Skip to main content

Cetusan Rasa

Assalamualaikum...

Semakin lembab progres penulisan blog hamba. Sebulan sekali aja. Dulu kemain, sehari sampai dua kali post ke blog. Sekarang...?


Nak kata tak ada perkara menarik berlaku, terlalu banyak peristiwa yang terjadi dari sehari ke sehari. Oleh kerana ia bertimpa-timpa sehingga hamba tak tahu mana satu yang hendak dimulakan. Akhirnya tertunda begitu saja. Simpan dalam folder ingatan sendiri. 


1.       Cuti sekolah yang amat sibuk dan penuh ranjau berliku- Bisnes di Indonesia memaksa ayah dan adik ke sana memantau gerak kerja dan proses perjalanan bisnes itu. Mahu atau tidak, akulah yang terpaksa ambil alih kerja jaga kedai. Niat untuk bercuti terkubur begitu saja. Mudah-mudahan niatku kerana Allah dan Tuhan merestui ibadah ini. Pintaku hanya satu, semoga dugaan yang kutempuhi ini diredhai dan direstui oleh Yang Maha Esa.


2.       Ayah jatuh sakit – Dua hari lagi akan berangkat pulang ke Malaysia, ayah termakan racun. Racun itu menyebabkan darahnya naik lebih dari 200 dan penglihatannya kabur. Bermulalah episod baru dalam hidup, menghadapi ayah yang semakin lemah setelah emak juga tidak sihat. 


3.       Hal sambung belajar adik yang masih tiada kata putus- Setahun menanti, tiada apa pun jawapan diberi. Sudah mula memasuki tahun baru, aku tak tahu apa warna masa depan adik yang bongsu ini...


4.       Persediaan untuk tahun 2012 yang masih tidak dimulakan- Kerja-kerja rasmi yang belum bersentuh. 


5.       Keadaan kedai yang semakin parah- Barang-barang semakin berkurangan. Jualan semakin lembab. Tiada orang yang dapat menjadi pelapis. 


Inilah keadaan aku. Inilah dugaan yang aku hadapi. Tidak mampu aku menulis panjang lebar lagi kerana takungan airmata yang tidak mahu berhenti tika aku menulisnya. Ya Allah....tiada kekuatan dan daya upaya melainkan semuanya dipinjamkan oleh-Mu. Kuatkanlah diriku, tabahkanlah hatiku, cekalkan jiwaku dan lapangkan dadaku. Engkaulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…