Skip to main content

Mamlakah Sulaiman AS




Syaluum…Salam…Sejahtera ke atas kamu…

Ah...amat terpesona dengan kalimah Syaluuum ini. Barangkali ia disebut syalum sempena Ursyalum atau Jerusalem yang amat tersohor sejak berjuta abad terdahulu hingga kini. Jerusalem, kota yang penuh kedamaian. Maka ia dinamakan Ursyalum. Apakah benar begitu? Jika demikian, mengapakah sejak saya mula mencerap nama Jerusalem dalam cepu akal ini tidak pula saya temukan kedamaian yang dikaitkan dengan Jerusalem atau lebih senang dipanggil Palestin.

Sejak tahun 1998 apabila diri mula meningkat belia dan menjadi siswi di jazirah yang boleh dikatakan dekat juga dengan Bandar Ursyalum ini, seringkali saya menatap sesuatu yang ngeri untuk dilihat, buruk untuk didengar dan tersayat untuk dihayati tentang Ursyalum. Ia menyiat-nyiat rasa dan menumpahkan airmata. Jadi, mengapa ia dikatakan Jerusalem?(Kota Kedamaian)

Ia sebenarnya memang kota yang penuh kedamaian dan kesejahteraan. Pada namanya terkandung huruf Sin Lam Mim, bermakna Salam. Salam yang bermaksud sejahtera dan damai. Maka, hanya penganut kedamaian sahaja yang boleh mentadbir negara itu. Selagi penganut agama yang damai tidak menguasai kota yang damai, maka pertumpahan darah, peperangan dan kemiskinan akan sentiasa mengambil giliran. Entah mengapa hatiku berasa begitu dan  akalku menaakul demikian.



Dengan tidak semena-mena sedang saya melayari Youtube pada prasasti Galaxy 10.1 pada suatu petang, saya terjumpa paparan layar filem bertajuk Kingdom Of Solomon. Ia versi Iran tetapi telah dialihbahasa kepada Bahasa Arab. Ada juga versi original dan disertakan sarikata dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Arab. 



Terpesona. Tak sedar saya menonton filem atas talian itu dari awal sehingga tamat. Aku benar-benar terharu. Ternyata masih ada layar cerita yang begini. Barangkali kerana saya peminat sejarah. Sejak umur 7 tahun, pagi-pagi sudah dibangunkan untuk mendengar ayah bercerita tentang Qisasul Anbia sehingga saya  mengingat semua kisah 25 Rasul yang amat menarik itu.
Begitu juga semasa menjadi mahasiswi, paling gemar menghafaz surah yang banyak menceritakan kisah nabi dalam Al Quran selain daripada ilmu sains dan falsafah yang terdapat di dalamnya. Tak tahu mengapa terlalu suka berbanding ayat yang mengandungi hukum syariah, hukum matematik atau hukum bacaan dan tajwid.

Barangkali saya seorang sahaja begitu. Barangkali juga saya manusia yang agak aneh di dunia. Saya seorang sahaja yang sukakan filem-filem parsi yang sangat berkualiti pada pendapat peribadi sendiri. Barangkali juga umur saya sahaja yang seakan belum tua sedangkan kegemaran dan kesukaan saya tidak pernah sama dengan mereka yang sama baya. Dalam pada orang lain terpengaruh dengan visual hebat filem barat dan cerita yang amat menarik hati mereka, saya langsung tidak dapat merasakan apa yang mereka rasa itu. Saya  cuba menonton filem barat, masuk ke panggung menonton filem-filem terbaru tetapi masih tidak dapat melihat apa yang buat orang lain jakun dan tertarik. Ohh...benarlah saya sudah jauh ketinggalan. Ketinggalan zaman. Adim awi...awi...

Baiklah, lupakan tentang diri sendiri. Tidak menarik untuk dituliskan. Yang menarik ialah apa yang ingin saya tuliskan tentang filem ini.


Ulasan: Filem Mamlakah Sulaiman An Nabiy...
Pertama sekali, saya sukakan warna latar cerita ini. Warnanya yang kekuningan bak padang pasir mengingatkan saya kehidupan semasa menjadi pelajar di timur tengah. Gunung-ganang yang berbalam, dataran batu yang luas terbentang dipayungi langit tidak bertongkat dan bangunan kota yang tidak berbumbung amat menggamit perasaan seakan berada di suatu dimensi lain. Apakah itu dimensi purba? Dimensi alam ghaib atau tiga dimensi? Heh heh...



Kisah ini tentang kehadiran makhluk ghaib yang sudah hampir dekat dengan bumi anak adam. Semasa Nabi Sulaiman as menjadi raja dan nabi, baginda tidak menyedari bahawa sebahagian daripada kaum baginda mentaati syaitan, bukan tuhan. Maka, wahyu telah diutuskan kepada baginda untuk memberi ingat tentang hal yang amat penting itu. 

Dalam filem ini saya berfikir... padahal sebelum Sulaiman menjadi Nabi, bapa baginda Nabi Daud adalah raja dan utusan Allah juga tapi masih terdapat sebahagian masyarakat yang kononnya berpegang kepada ajaran Taurah(Nabi Musa as) dan tidak mahu mengakui kerasulan Daud dan Sulaiman alaihimass salam. Ohh...amatlah benar bahawa kadangkala hati manusia boleh menjadi lebih keras daripada batu. Andai dikeluarkan hati sekeras batu itu lalu dilontar kepada anjing...bukan sahaja anjing itu yang mati bahkan jika dibaling kepada manusia juga barangkali manusia terus out of service...

   

Dan itu adalah sebahagian keadaan manusia yang hidup di mana nubuwwah sudah jelas ada dalam zaman hidup mereka. Seorang manusia, raja dan juga Nabi berada di hadapan mata mereka. Pun keingkaran tetap  bermaharajalela...

                   

Dan saya berfikir lagi...bagaimana pula dengan zaman kini? 1400 tahun terpisahnya zaman ini dengan kenabian Muhammad S.A.A.W, adakah hati manusia yang keras lebih keras daripada batu pada zaman ini? Saya terpandang bahawa zaman ini tak ubahnya seperti zaman selang di antara zaman Isa AS dan Muhammad SAAW. Mereka yang berasa diri mereka betul sentiasa sahaja fanatik dengan apa yang mereka pegang. Mereka yang tenggelam dengan arus dunia terus hanyut lalu tidak mahu mempercayai memang ada sesuatu yang lebih besar dan berkuasa di alam ini. Manusia berpecah-belah mewujudkan jarak yang jauh di antara satu sama lain. Hilang sudah kasih sayang. Pertumpahan darah, peperangan, kezaliman dan kelalaian menjadi suatu cara hidup manusia.

 
Aaahh...kalaulah kehidupan dalam filem ini(sebelum syaitan mengganggu) sama macam kehidupan yang saya rasai sekarang alangkah indahnya. Kalaulah memang semua lelaki berwatak seperti Nabi Sulaiman yang tegas, tangguh menghunus pedang dan memacu kuda...yang penyayang terhadap isterinya Miriam...yang pengasih kepada kanak-kanak...saya pun sanggup berhenti kerja dan jadi macam Miriam. Er...mengapa tulisan ini sudah melarat kepada hal saya pula...sorry



--------------------- akan disambung lagi memandangkan ayat aku entah apa-apa dah------------------------------







Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…