Skip to main content

YES memang YES!

Salam sejahtera ke atas kamu...(pembaca)

Panas benar cuaca akhir-akhir ini. Walaupun gunakan filem kalis cahaya sehingga tahap 80 peratus, kenderaan yang dipandu tetap terasa bagai ada lahar yang cukup hangat dan membakar di dalamnya. Apabila selalu menghadapi saat-saat yang panas, kesabaran jika tak dikemaskini selalu dalam diri, tentu bermacam-macam insiden yang tidak diingini akan terjadi. Kita hanyalah hamba yang terdiri dari golongan manusia. Ada iman yang bila-bila masa boleh surut dan layu. Ada nafsu yang bila-bila boleh ditawan golongan syaitan dan jin. Mudah-mudahan kita sentiasa berlindung dengan Tuhan yang Maha Esa. 

Kehangatan dan kepanasan ini sudah menjalar kepada kerja-kerja yang tidak pernah habis dan semakin lama semakin banyak melibatkan kerja atas talian. Apabila kerja sudah membabitkan talian internet, rasa panas sudah pula membahang di ke dalam hati. Manakan tidak, talian internet sudah semakin lembab!

Apa jua kempen yang mendorong ke arah kemajuan, saya amat memberi sokongan penuh. Tapi kalau kebajikan rakyat tidak dipelihara, main tangkap muat sahaja atas nama kemajuan yang dicanang-canangkan itu, saya bukanlah seorang rakyat yang buta dan pekak.

Saya telah menggunakan broadband(selalu travel) Celcom yang teramat murah dan ruang data yang paling minimum untuk kerja-kerja atas talian dan peribadi. Kalau asyik tersangkut-sangkut, bilakah kerja yang bertimbun boleh siap? Murahkah sebulan RM68 jika semudah memasukkan data secara atas talian pun tak boleh lancar? Bukannya menonton Youtube, Facebook atau lain-lain. Kalau begitu, apa kemudahan sebenar yang diberikan atas pakej yang paling murah tu? Dapat melayari internet dalam tempoh yang lambat?  Alhamdulillah dapat pakej kerajaan, bayar RM50 aja. 

Di rumah sewa juga talian tetap internet dipasangkan untuk kemudahan seisi rumah.  Bayaran RM60 sebulan. Tiga tahun terawal memang laju walaupun tahap 384kbps sahaja. Tak pernah pula saya merungut fasal talian internet yang satu ini. Paling penting ialah dapat membuat kerja atas talian dan melayari laman sosial. Tak tengok cerita atas talian pun. Muat turun fail-fail yang berkapasiti besar pun jarang.

Tahun ini, apabila pakej telah dinaiktaraf kepada 512kbps, talian semakin lama semakin merudum pula kelajuannya. Oh...Bandar Fukujima dilanda Tsunami ya? Menyebabkan kabel internet bawah laut putus la...apa la...macam cantik benar alasan yang diberikan itu...

Apa fasal boleh ada pulak P1 W1 dengan kelajuan sehingga 4mbps? Dan yang terkini lagi sensasi...YES dengan tahap kelajuan 20mbps! Mereka pakai kabel dari Kutub Utara ke sampai boleh laju macam tu? Ke Kutub Selatan? Ya allah...sabarkanlah hati hambaMu ini..

Dahulu rasa seronok sahaja apabila dengar seseorang memasang talian internet di rumahnya. Malah sanggup berjam-jam ke Cyber Cafe untuk melayari internet apabila ada masa senggang. Kini apabila kerja sudah mewajibkan menggunakan penggunaan internet dan segala perkara bergantung kepada talian, lain pula rasanya. Entah kemana agaknya keseronokan itu pergi melarikan diri...tuhan lebih tahu. 



Inilah dia modem YES yang saya beli untuk mencabar kelajuannya seperti yang dihebah-hebahkan. 20mbps? Biar betul! Tak mungkin kot? P1W1 yang dah lama saya tahu itu pun taliannya tidaklah stabil dengan laju 4mbps sahaja. 

Untuk percubaan, saya beli pakej yang prepaid sahaja. Harganya RM100. RM50 untuk perantinya sementara RM50 lagi untuk kredit penggunaan internet. Hanya pasang peranti ini kepada USB laptop dan tunggu pemasangan sehingga selesai. RM50 kredit pula berbentuk sekeping kad yang ada nama ID, manakala kata laluannya perlu digores terlebih dahulu(macam kad nilai tambah Celcom/Maxis/Digi.. dll)

Apabila semuanya sudah selesai, buka ikon YES (pada desktop) dan masukkanlah ID dan kata laluan yang telah digores itu ya. Tunggu seketika dan selepas itu anda akan mendapati ia sudah boleh digunakan. Walaubagaimana pun, liputan YES belum menyeluruh ke semua tempat. Anda boleh periksa sendiri di laman rasmi YES samada liputan YES sudah boleh dicapai di tempat anda. 



Saya beli pakej YES prabayar ini pada 13 Jun 2012 dan sehingga entri ini ditulis, baki kredit saya berjumlah RM42.12 . Nisbahnya seakan RM4 untuk seminggu. Memanglah berbaloi untuk mereka yang berprofesyen guru seperti saya. Apa tidaknya, murah dan lancar. Ya, tidak dapat saya nafikan, ia sangat laju. Baru nak muat turun fail, tak sempat tunggu dah selesai. Memang berdesuplah. Nak buat skrin shot tak pandai, jadi anda rasailah pengalaman saya melalui tulisan ini sahaja. Hehehe...

Oleh itu, ada beberapa ingatan yang mungkin boleh memberi manfaat kepada bakal pengguna YES.
1.        Buka laman web YES dan cari liputan (coverage) YES di tempat anda. Kalau ada, alhamdulilah dan senyum kemudian pergi beli YES. Kalau belum ada, YES memang sedang memperlebar jaringan internet ke seluruh tempat. Maknanya, kalau ada liputan tu, bolehlah kita gunakan modem YES. Kalau tak ada liputan YES di tempat anda, maka anda belumlah boleh menggunakan YES. Sebut YES sahajalah yang anda boleh. Keh keh...
2.       Yes terbahagi kepada Plan YES prabayar dan YES pascabayar. Disyorkan untuk beli prabayar sebagai satu percubaan. Jika sudah puashati, bolehlah tukar kepada Plan Pascabayar (sebulan RM48,RM68,RM98,RM108) . Kelajuan sama sahaja, 20mbps, hanya kuota data sahaja yang berbeza. Makin mahal makin besarlah ruang data yang diperuntukkan. Bagi Plan Prabayar pula RM50 itu untuk kuota 1.5GB.
3.       Awas! Plan Prabayar YES berlaku selama 30 hari sahaja. Maknanya, sehari sebelum tarikh akhir, hendaklah tambahkan nilai baru dalam akaun YES kita. Andaikata kredit ada lagi tapi kita tidak menambah nilai sebelum 30 hari, semuanya akan hilang bagai debu berterbangan... manakala jika kita menambah nilai sebelum 30 hari, semua baki kredit akan dibawa ke hadapan. Maknanya tak hilanglah...Jadi, catitlah tarikh kita beli kredit tu. Di akaun YES kita tiada rekod ya. Maklumlah, setakat prabayar aja.
4.      Bagi yang guna Pelan Pascabayar YES tak payah nak risau apa, bayar aja bulan-bulan ikut pakej yang dipilih beserta kuota yang disediakan. Kalau terlebih guna, talian hanya akan menjadi perlahan. Itu sahaja.

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…