Skip to main content

Yusuf As Siddiq

YA YUZARSIF…



Ia bukanlah kisah legenda. Bukan juga cerita dongeng “Pada zaman dahulu...”. Ia sungguh-sungguh sebuah kisah benar yang diadaptasi daripada Al Quran, Injil dan Taurah. Tajuknya ialah YUSUF PAYAMBAR (YUSUF AS SIDDIQ), ertinya Nabi Yusuf Seorang Yang Benar.



Pertama yang saya fikirkan ialah betapa sebuah negara yang sangat popular dengan julukan salah sebuah negara ‘terrorist’ kerana pendirian yang kukuh atas program nuklearnya, ditambah pula dengan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas negara itu, drama bersiri (musalsal) sebanyak 45 episod ini berjaya dipertontonkan dengan penuh berkesan! Lebih menakjubkan saya apabila mengetahui bahawa segala babak dan lokasi hanya dilakukan di dalam negara itu sahaja. Saya memang terkesima dan berasa sangat bangga. Kalaulah anda dapat merasakan apa yang saya rasa...


Soalan cepu emas: Siapakah Nabi...yang datuk baginda adalah Nabi, ayah baginda juga seorang Nabi dan anak baginda pun seorang Nabi ? 

Ya! Kepek Kepek Kepek (tepuk tangan)... baginda ialah Nabi Ya’qub Alaihissalam (as). 

Pun begitu, saya bukanlah hendak bercerita tentang Nabi Ya’qub. Tapi bagi pembaca yang mungkin belum tahu, tidak salah kiranya saya memberitahu bahawa Nabi Ya’qub merupakan cucu kepada Nabi Ibrahim, anak kepada Nabi Ishak dan bapa kepada Nabi Yusuf alaihimussalam... Ini adalah fakta ya, bukan auta. Bukan cerita suspen, mengarut bin merepek meraban. Bukan juga sejarah yang bersifat seperti mata pelajaran Sejarah dalam buku teks sekolah menengah (buat pelajar mengantuk). Ia sesungguhnya beserta bukti dan kajian arkeologi dari masa ke masa.



Drama bersiri ini sangat mempesonakan saya. Intro awalnya sahaja sudah bikin bulu roma saya meremang. Hayatilah bacaan potongan ayat yang diperdengarkan, pasti menusuk ke dalam nubari anda tanpa anda sedari. 

SURAH YUSUF AYAT 1-4

الر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ ﴿١﴾ إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ﴿٢﴾
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَٰذَا الْقُرْآنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ ﴿٣﴾
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ ﴿٤﴾




Ulasan drama bersiri : YUSUF AS SIDDIQ
Drama terbitan: Negara Iran
Episod: 45
Dibintangi oleh: Moustafa Zamani dan Katayun Riyahi
Lokasi dan babak : Dalam negara


zulaikha masa muda(pelakon: Katayun Riyahi)


Apa yang saya tonton: Drama sebanyak 45 episod ini tidak lari dari kandungan 1-4 ayat Surah Yusuf yang menjadi mukadimah setiap siri. 

-          - Bermula dengan kelahiran Nabi Yusuf  yang menyebabkan ziggurat (tempat ibadah orang Parsi) terbakar, hujan rahmat yang turun dan hijrahnya Nabi Ya’qub ke Kan’An apabila mendapat khabar ayah baginda Nabi Ishak sudah meninggal dunia. Dengan itu, terpikul di bahu Nabi Ya’qub untuk kembali ke Kan’an meneruskan hidup di sana, menggantikan ayah baginda. 


-          - Nabi Ya’qub mempunyai beberapa orang isteri. Baginda mempunyai 12 orang anak dari berlainan ibu. Fokus dalam drama bersiri ini ialah Yusuf dan Bunyamin dari isterinya bernama Rahil. Oleh kerana dua orang anak baginda inilah yang paling kecil, maka Nabi Ya’qub amat menyayangi mereka melebihi 10 orang anaknya yang lain. Namun begitu, kecintaan Nabi Ya’qub nampak cenderung kepada Nabi Yusuf seakan baginda tahu bahawa kenabian seterusnya akan terpikul di pundak bahu anak baginda yang seorang itu. Kemana sahaja baginda pergi, Nabi Yusuf pasti dibawa bersama. Sudah tentulah hal ini akan menyebabkan 10 orang abang-abang Nabi Yusuf berasa iri hati dan  hasad. Tambah pula dengan mimpi yang dikhabarkan oleh Nabi Yusuf bahawa baginda melihat 11 bintang bersujud kepada baginda, Nabi Ya’qub amat yakin bahawa Nabi Yusuflah penyambung tugas kenabian nanti.





-          Seperti yang ramai sedia maklum, api cemburu dan dengki yang ditiup oleh syaitan ke dalam hati anak-anak Nabi Ya’qub yang 10 orang itu (Bunyamin masih kecil dan tidak ikut mengembala) menyebabkan tercampaknya Nabi Yusuf ke dalam telaga dan dijual kepada pengembara yang lalu di kawasan itu. Kepada Nabi Ya’qub, mereka mengatakan Nabi Yusuf dimakan serigala sambil menunjukkan pakaian yang berlumuran darah. Bermula saat ini, Nabi Ya’qub menangis dan menangis sehinggalah akhirnya berputih mata.

Asinat, isteri Nabi Yusuf as(pelakon: Elham Hamidi)
-          Terlalu banyak ranjau yang dilalui oleh Nabi Yusuf sehingga saya tidak dapat hendak meringkaskannya melainkan anda harus menontonnya sendiri. Alhasil, penamatnya juga akan membawa penonton mengingat semula mimpi 11 bintang yang bersujud kepada baginda. 
Zulaikha, isteri kedua Nabi Yusuf as


-          Nabi Yusuf meningkat dewasa sebagai seorang pria yang sangat tampan sehingga tangan wanita yang sedang memotong buah terpotong jari mereka tanpa sedar. Dan dek ketampanan baginda itu, Zulaikha, isteri Boutifar jatuh cinta lalu cuba menggodanya. Namun demikian, Allah tetap memelihara kekasihNya. Nabi Yusuf rela dipenjara daripada terpenjara dek godaan Zulaikha.  Di Mesir, Nabi Yusuf dipanggil Yuzarsif oleh Arab Mesir.
Bersambung....

 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…