Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Kalau dah nama REZEKI...

Salam sejahtera...
Benar, saya berharap pembaca yang sedang melayari blog saya samada sengaja atau tidak, semoga berada di dalam kesejahteraan. Sempena bulan Syaaban yang penuh rahmat dan kebaikan, kini hati saya sedang dilamun rasa untuk selalu mendoakan kesejahteraan sesiapa yang mengakui Allah adalah tuhannya. Tak guna duit pun untuk perkara semudah doa. Tidak perlu waktu yang terlalu panjang untuk perkara setajam doa. Yalah, doa adalah senjata, bukan? Jika mantera dan jampi serapah memanggil syaitan dan jin dengan tujuan dapat memberi pertolongan, doa pula memanggil tuhan, pencipta syaitan dan jin! Mana lebih baik? Heh heh... 
Suatu petang saya teringin benar hendak memasak untuk makan malam. Selalunya beli bungkus saja di kedai. Agaknya dah jelak nak makan di kedai, saya parkir kenderaan di hadapan Econsave, nak meninjau apa yang elok dibeli terlanjur beras sudah kehabisan.
Masuk saja ke dalam, tempat utama yang dituju dulu ialah kawasan pasar basah. Tengok ikannya layu semacam, sot…

BAHAGIA

Salam Sejahtera ke atas kamu...khususnya mereka yang selalu dambakan erti sebenar Kesejahteraan. 
                Alhamdulillah... bertambah bersih laman sesawang ini setelah dimasukkan entri demi entri. Em...sayangnya tak ada pula entri tentang penulisan kan? Buat waktu ini, saya memilih untuk menulis pengalaman dan buah fikiran. Semakin berusia, semakin banyak ilmu baru yang dapat ditimba daripada pengalaman hidup. 
                Pena memang lebih tajam daripada pedang. Tersalah tulis, ada hati bakal terguris. Namun begitu saya adalah manusia biasa yang kaya dengan kekurangan dan kelemahan. Betapa bagaimana pun bentuk tulisan saya, pro dan kontra mesti ada di dalamnya tidak mengira jenis cara hidup manusia. Saya tidak pandai menulis bahawa watak hero akan sentiasa baik dan bagus. Watak antagonis pula jahat, buruk, gila dan sebagainya. 
                Dalam realiti kehidupan, semenjak zaman dulu lagi, Allah SWT juga menegur perbuatan pesuruhNya. Menegur kaum-kaum beriman di dalam aya…

Yusuf As Siddiq Bahagian 2

Kita selalu benar merintih betapa terlalu banyak diri ini diberi ujian dan dugaan tetapi kita sedikitpun tidak berasa aneh apabila ibadah yang kita dilakukan sekadar cukup-cukup makan. Yuzarsif dicampak ke dalam telaga, dijual lalu menjadi hamba di qisra Boutifar di Thebes, Mesir. Diganggu oleh Zulaikha yang terdera dek ketampanannya lantas penjara menjadi kediamannya yang lebih aman dan sejahtera..

12 tahun bukanlah suatu masa yang pendek menjadi banduan penjara. Saya sendiri pun selama 6 tahun menjadi mahasisiwi di Mesir (Alexandria) amat merasakan tempoh yang cukup panjang. Bagi seorang insan biasa yang langsung tidak mempunyai sebarang kelebihan, perempuan yang lemah, jauh daripada keluarga dan saudara-mara...hidup merantau selama 6 tahun amat menguji kekuatan hati dan ketinggian iman di dada. Namun doa dan tawakal yang tidak pernah putus itu tanpa saya sedari telah menjadi benteng yang amat teguh sehingga saya mampu bertahan sehingga ke titik akhir.  Bumi Mesir sungguh bukan bumi b…