Skip to main content

Kalau dah nama REZEKI...

Salam sejahtera...

Benar, saya berharap pembaca yang sedang melayari blog saya samada sengaja atau tidak, semoga berada di dalam kesejahteraan. Sempena bulan Syaaban yang penuh rahmat dan kebaikan, kini hati saya sedang dilamun rasa untuk selalu mendoakan kesejahteraan sesiapa yang mengakui Allah adalah tuhannya. Tak guna duit pun untuk perkara semudah doa. Tidak perlu waktu yang terlalu panjang untuk perkara setajam doa. Yalah, doa adalah senjata, bukan? Jika mantera dan jampi serapah memanggil syaitan dan jin dengan tujuan dapat memberi pertolongan, doa pula memanggil tuhan, pencipta syaitan dan jin! Mana lebih baik? Heh heh... 

Suatu petang saya teringin benar hendak memasak untuk makan malam. Selalunya beli bungkus saja di kedai. Agaknya dah jelak nak makan di kedai, saya parkir kenderaan di hadapan Econsave, nak meninjau apa yang elok dibeli terlanjur beras sudah kehabisan.

Masuk saja ke dalam, tempat utama yang dituju dulu ialah kawasan pasar basah. Tengok ikannya layu semacam, sotong dan udang pun tak segar di sebalik timbunan ais ketul. Rasa mula nak menyesal kerana dah lewat petang barulah teringin nak masak. Kan bagus kalau awal sedikit tadi, bolehlah ke pasar kecil. Di sana barang-barangnya lebih segar dan banyak pilihan. Apa nak buat, telan sajalah rasa menyesal yang sungguh tak selesa!

Tak sampai pun 10 minit saya dah ke kaunter pembayaran. Tak ada yang menarik hendak dimasak gamaknya. Kepala pun mulalah fikir kedai makan mana hendak dituju selepas itu.


Dalam pada melangkah keluar dengan sedikit barang belian dalam troli, saya singgah membeli roti di kedai roti yang terletak di dalam kawasan Econsave. Sedang meninjau-ninjau roti apa yang berkenan di hati, terserempak pula dengan kawan yang merupakan tokeh Kedai Papa Roti yang terletak selang dua buah kedai dengan kedai roti yang ingin saya beli. Saya tidaklah berapa gemar dengan Papa Roti, justeru saya cepat-cepat beli roti yang saya suka setelah kawan tersebut beredar dan berharap kawan tersebut tidak berpatah balik. Tentulah tidak sedap rasanya kalau dia tahu saya membeli roti di kedai lain sedangkan dia juga menjual roti. 


Langkah kaki semakin pantas menuju pintu besar Econsave. Sejenak saya memerhati keadaan troli saya. Hmm....kerang, mee kuning, bawang...bla..bla...bla...

Eh? Bila masa pula ada barang-barang yang bukan saya punya dalam troli saya? Setelah diamati sekali lagi, jelaslah saya yang tersalah mengambil troli. Kebetulan ada sepasang suami isteri membeli roti di tempat yang sama tadi. Tanpa berlengah, saya berpatah semula dan memulangkan troli kepada tuannya. Muka memang terasa tebal tapi apa susahnya meminta maaf kan? Kita yang mata entah ke mana sampai ambil troli orang lain. Akhirnya saya keluar membawa troli berisi barang milik sendiri dari Econsave. Sepanjang jalan menuju ke arah   kenderaan, bibir tersenyum-senyum sendiri, entah kenapa terasa kelakar. 

 

Baru sahaja membuka kunci keselamatan kenderaan, ada orang memanggil saya. 

“Kak! Kak!’

Saya menoleh lalu mengerut kening. Seorang lelaki bercermin mata meghulur bungkusan plastik.

“Ini roti akak beli tadi, akak masukkan dalam troli kami.”

“Oh, terima kasih...”Muka terkulat-kulat sambil mencapai roti yang saya beli dalam keadaan tergopoh-gapah tadi. 

Senyuman semakin lebar kerana hati yang entah kenapa berasa gembira. Dalam sekian banyaknya kenderaan yang parkir di kawasan luas itu dan suasana remang-remang senja, pasangan itu dapat mencari saya dan memulangkan roti saya. Akhirnya roti itulah jamuan makan malam saya tanpa perlu pergi ke kedai beli bungkus. Hehe...

Alhamdulillah....kalau dah namanya rezeki....takkan ke mana.

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…