Skip to main content

BAHAGIA

Salam Sejahtera ke atas kamu...khususnya mereka yang selalu dambakan erti sebenar Kesejahteraan. 

                Alhamdulillah... bertambah bersih laman sesawang ini setelah dimasukkan entri demi entri. Em...sayangnya tak ada pula entri tentang penulisan kan? Buat waktu ini, saya memilih untuk menulis pengalaman dan buah fikiran. Semakin berusia, semakin banyak ilmu baru yang dapat ditimba daripada pengalaman hidup. 

                Pena memang lebih tajam daripada pedang. Tersalah tulis, ada hati bakal terguris. Namun begitu saya adalah manusia biasa yang kaya dengan kekurangan dan kelemahan. Betapa bagaimana pun bentuk tulisan saya, pro dan kontra mesti ada di dalamnya tidak mengira jenis cara hidup manusia. Saya tidak pandai menulis bahawa watak hero akan sentiasa baik dan bagus. Watak antagonis pula jahat, buruk, gila dan sebagainya. 

                Dalam realiti kehidupan, semenjak zaman dulu lagi, Allah SWT juga menegur perbuatan pesuruhNya. Menegur kaum-kaum beriman di dalam ayat-ayatNya. Itu sebagai tanda, hanya Pencipta sahaja yang tidak pernah berbuat salah. Manakala semua utusanNya dipelihara dari dosa. Itu sebagai pengajaran, sebagai bahan yang diciptakan, kita tidak berkuasa untuk menentukan apa yang kita mahukan. Kalaupun kenyataannya selari dengan kehendak, ia hanyalah dari keizinan Pencipta itu sendiri. Apa yang penting, kita dituntut untuk berusaha. Berusaha beramal seperti yang diperintahkan, berusaha mencari rezeki yang baik, berusaha mengikut cara dan peraturan yang telah ditentukan dan berusaha menjadi hamba yang sejati. Mudahkah? Maka berusahalah selagi usia masih bersisa di alam yang fana ini. Sekurang-kurangnya kita berusaha menjadi lebih baik setiap hari. Dan berdoalah di atas usaha kita itu. Adakah kita akan tahu bila kita akan mati? Adakah kita akan tahu apa akan jadi esok hari? Rendahkanlah ego kita, barulah kesedaran akan lunak meresap ke dalam hati...janganlah pembaca berasa saya menasihati saudara/saudari. Saya sebenarnya menasihati diri saya sendiri.
                Jadi, eloklah saya menulis apa yang saya lihat dan hadapi...

                Hari ini saya ingin menulis tentang bahagia. Ya, dah selalu dengar orang bercerita tentang bahagia. Hanyalah dalam entri ini, saya menulis tentang bahagia mengikut apa yang saya sorot sendiri. 

                Bahagia adalah apa yang dirasakan oleh hati. Itu sahaja. Miskin, kaya, cantik, hodoh, sempurna, cacat...semua itu tidak dapat menjamin sebuah kebahagiaan. Jika miskin, barangkali ingin mengejar kekayaan sebagai suatu kebahagiaan yang diidam-idamkan. Namun begitu, adakah semua orang kaya kita lihat bahagia? Pada yang tidak cantik, tentulah mengejar kecantikan sebagai idaman. Namun, adakah mereka yang cantik itu kita lihat bahagia? 

                Hakikatnya manusia bukan menginginkan kemiskinan atau kekayaan. Manusia hanyalah inginkan kebahagiaan tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang dikatakan bahagia. Google lah seantero dunia ini, bahagia itu tidak akan kita temui kecuali setelah kita buka hati kita sendiri dan lihat dengan mata hati sendiri wajah bahagia yang sebenarnya. Di mana akan kita cari? Tepuklah dada, bukalah hati. 

Benar, bahagia yang sebenar ialah mendapat sebuah KEREDHAAN ILAHI. Untuk mendapatkan redha Allah, saya kira rasa REDHA itu perlu ada di dalam hati kita. REDHA juga seperti air, tidak mahu naik ke tempat yang tinggi, hanya bertakung di kawasan yang rendah. Rendahkanlah hati kita, tentu redha akan menyelinap, memberi sebuah ketenteraman. 

Namun begitu, anak Adam tetap saja bernama anak Adam. Bukan kita sahaja yang menghuni dunia yang fana ini. Sejak dahulu kala sudah diperingatkan tentang gangguan syaitan dan jin. Ditambah pula gangguan dalaman berupa nafsu syahwat. Nama, pangkat, harta dan rupa.... elemen-elemen emas ini menjadi batu asas mereka untuk melalaikan para BANI ADAM. 

Mengikut apa yang saya taakul, selagi TAQWA tidak wujud dalam diri kita, selama itulah rasa REDHA tidak akan muncul dalam hati. Ketaqwaan bukan bermakna tudung perlu selabuh kaki atau waktu hanya dihabiskan di atas sejadah. Taqwa membawa kita merasakan ada satu kuasa yang luar biasa. Dan keyakinan bahawa ada kuasa besar yang maha agung tak terlihatkan itulah membunuh bibit-bibit takbur, riak, sombong, tinggi diri, ego dan mendambakan puja-puji. Ini secara tidak langsung mengheret perasaan hati daripada lemas dengan segala sifat-sifat kotor itu ke sebuah medan yang lapang dan tenang. Indah dan amat bermakna sekali, yang tidak dapat dirasakan oleh sesiapa pun melainkan diri kita sendiri.  

 

Kita kenali keupayaan diri, maka kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Dan ini tidak akan menyebabkan hati akan terguris melihat orang lain lebih banyak hasilnya daripada kita. Ini juga tidak akan menyebabkan rasa menggelabah tak tentu hala apabila orang lain mendapat pangkat yang lebih baik daripada kita. Tiada lain melainkan syaitanlah yang selalu membisikkan bahawa ego itu sesuatu yang sangat utama dalam memartabatkan maruah diri ke dalam cepu akal anak ADAM.



Apabila ketenangan kita nikmati...tiada apa pun yang dapat mengganggu rasa hati. Apakah dosa berkereta kecil andai jiwa tuannya besar dan bahagia? Apakah yang buruk di mata melihat orang yang tidak cantik andai tuannya berasa bahagia dengan apa yang ada. Jangan dilihat cacat cela orang lain, lihatlah diri kita sendiri. Kerana hanya kita sahaja yang dapat membantu diri kita mencapai bahagia. Bagaimanakah kita mahu orang lain menolong kita mencari kebahagiaan sedangkan rasa bahagia itu hanya kita sendiri sahaja yang mengetahuinya?  



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…