Skip to main content

Yusuf As Siddiq Bahagian 2

Kita selalu benar merintih betapa terlalu banyak diri ini diberi ujian dan dugaan tetapi kita sedikitpun tidak berasa aneh apabila ibadah yang kita dilakukan sekadar cukup-cukup makan.
Yuzarsif dicampak ke dalam telaga, dijual lalu menjadi hamba di qisra Boutifar di Thebes, Mesir. Diganggu oleh Zulaikha yang terdera dek ketampanannya lantas penjara menjadi kediamannya yang lebih aman dan sejahtera..

YUSUF DIMASUKKAN KE DALAM TELAGA
12 tahun bukanlah suatu masa yang pendek menjadi banduan penjara. Saya sendiri pun selama 6 tahun menjadi mahasisiwi di Mesir (Alexandria) amat merasakan tempoh yang cukup panjang. Bagi seorang insan biasa yang langsung tidak mempunyai sebarang kelebihan, perempuan yang lemah, jauh daripada keluarga dan saudara-mara...hidup merantau selama 6 tahun amat menguji kekuatan hati dan ketinggian iman di dada. Namun doa dan tawakal yang tidak pernah putus itu tanpa saya sedari telah menjadi benteng yang amat teguh sehingga saya mampu bertahan sehingga ke titik akhir. 
Bumi Mesir sungguh bukan bumi biasa. Di atas jalan yang saya lalu-lalang dari rumah ke tempat kuliah, pasar Asafirah atau pasar Mansyiah, Mahattah Ar Raml atau Stesen Keretapi Sidi Gaber, jalan-jalan itu pernah dilalui oleh masyarakat Mesir Purba dan Para Anbia. Darah perjuangan para Nabi Allah pernah tumpah di atas tanah itu. Malah Yusuf atau Yuzarsif atau Nabi Allah Yusuf AS dipenjarakan di bumi ini juga dan menjadi menteri usai keluar dari penjara. 

YUSUF MEMBUAT PERHITUNGAN DENGAN 10 ORANG SAUDARA KANDUNGNYA
Cerita Yusuf As Siddiq amat menyentuh hati. Dahulu apa yang kekal dalam kotak ingatan saya ialah cerita baginda dengan Zulaikha sahaja. Tiada yang lain. Rasanya(pada waktu itu) saya sendiri masih ragu apakah akhirnya baginda berkahwin dengan orang yang mengoyakkan baju baginda dari arah belakang itu? Betapa popularnya apa yang berlaku di antara Nabi Yusuf AS dan Zulaikha sehingga kisah cinta sering dikaitkan dengan pasangan ini. Malah dalam setiap kad perkahwinan juga pasti akan diselitkan hal Nabi Yusuf dan Zulaikha.
Setelah menonton 45 siri drama ini, perkara paling penting dan utama tentang kisah Nabi Yusuf AS sebenarnya ialah bagaimana baginda menyampaikan dakwah dalam keadaan dipisahkan daripada bapa baginda yang juga seorang Nabi dan menukar sistem agama Politeisme(Tuhan Banyak) kepada Agama Monoteisme (Satu Tuhan) di Mesir. Lebih menarik lagi, baginda bukanlah bangsa Arab Mesir malah keturunan dari Nabi Ishak dan Nabi Ya’qub (Bani Israel) tetapi mampu menawan hati masyarakat Arab Mesir. Apatah pula daripada seorang banduan berubah menjadi Menteri setelah ta’wil mimpi baginda menjadi nyata. 
Kemuncak cerita ini bila mana ta’wil baginda bahawa Mesir akan dilanda kemarau selama 7 tahun menjadi kenyataan. Musibah ini menular sehingga ke kawasan Kan’an (perkampungan keluarga baginda). Dan 10 orang saudara kandung baginda diperintahkan oleh bapa mereka untuk ke Mesir meminta bantuan gandum. Bunyamin tidak dibenarkan ikut setelah tragedi yang menimpa Yusuf dahulu. 
YUSUF DAN BUNYAMIN
YUSUF SEBAGAI MENTERI KEWANGAN/GUBERNUR
Dan pertemuan semula di antara Nabi Yusuf dan 10 orang saudara kandung baginda ini menyebabkan airmata saya amat murah sekali. Bagaimanakah keadaan kita apabila bertemu semula dengan saudara kandung kita yang telah memukul dan menjual kita, memisahkan kita daripada bapa? Dan pula kita mendapat tahu bahawa mata bapa menjadi buta kerana meratapi kita yang disangka sudah mati dibaham serigala? Padahal segalanya adalah kebohongan semata-mata? Dapatkah kita mengawal perasaan kita yang sememangnya sangat merindui bapa hampir berpuluh tahun lamanya di hadapan 10 orang saudara kandung kita itu? Oh...jika saya berada di tempat Yuzarsif...barangkali saya tidak mampu mengawal emosi. 
Tapi Nabi Yusuf amat kental dan cekal. Mampu berhadapan dengan 10 orang saudara kandung baginda tanpa mereka sedar bahawa orang yang sedang berbicara dengan mereka adalah adik kandung mereka sendiri! Sebaik-baik kisah manusia...kisah ciptaan Allah lebih baik dan amat menarik sekali. 
Paling saya tidak tahan apabila Nabi Ya’qub bertemu semula dengan Nabi Yusuf. Allah.. agungnya ujianMu terhadap kekasihMu...babak ini melupakan saya seketika tentang zulaikha dan Nabi Yusuf. Melenyapkan sama sekali kesan babak tentang mereka. Bertemu semula setelah berpisah berpuluh tahun lamanya cukup mengusik perasaan. 
Kesimpulannya...andai sekali sahaja sesiapa di antara 10 orang saudara kandung Nabi Yusuf membuka mulut dan mengaku kebohongan mereka selama berpuluh tahun itu, tentu Nabi Ya’qub tidak sampai buta matanya dek menangisi dan meratapi Nabi Yusuf. Malah andai sekali sahaja mereka mengakui kesalahan, tentu Allah akan melimpahkan rahmat dan keampunan. Ini...daripada remaja sehinggalah dah nak bercucu, rahsia itu tersimpan kemas tanpa seorang pun ingin membocorkannya kepada Nabi Ya’qub. Betapa sampai hati mereka melihat bapa mereka menangis dan menangis. Maka, sebaik-baik rancangan manusia, lebih baik lagi rancangan Allah SWT. Seberapa lama bangkai ingin disorok, akhirnya akan terbau juga. Bertemu juga buku dengan ruas. 
Anak Nabi pun mampu digoda syaitan laknatullah, inikan pula kita insan biasa. Jika bukan kerana ego dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa kenabian seterusnya adalah di bahu adik mereka Nabi Yusuf, tentu perbuatan mungkar itu tidak akan berlaku. Dan kerana ego jugalah, mereka sanggup mengatup mulut berpuluh tahun lamanya. 
Sama juga seperti kita pada hari ini. Amat berat hati hendak meminta maaf andai sudah melakukan kesalahan diri. Amat siksa rasanya hendak mengaku bahawa kesalahan itu pernah kita lakukan padahal kita juga sedia maklum bahawa Allah Maha Pengampun. Sebesar-besar dosa kita, besar lagi rahmat Allah yang maha Penyayang. Namun demikian hati kita sangat berat untuk mengakui kesilapan. Ego. Amat jatuh maruah kita apabila orang tahu kita melakukan kesilapan itu. Kita amat takut dengan apa yang orang tahu tentang kita. Kita tak pula takut dengan apa yang Tuhan tahu. 
Jadi, ego= pengecut. Di sebalik dada yang sentiasa mendabik itu, terkalung segenap ketakutan yang terselindung. Takut dikata orang, takut dihina orang, takut dipandang rendah orang, takut ditertawakan orang, takut diejek orang, takut diperlekeh-lekeh orang, takut dijauhi orang dan 1001 macam ketakutan. Isy...kesiannya.
Rendah hati = Tenang dan cool... nak pakai apa, beli apa dan buat apa selagi di bawah garis cara hidup Islam, tak pernah takut apa orang akan kata. Dia amat yakin dengan apa yang dikerjakannya. Dia hanya takut kepada siapa yang menciptakannya. Isy... bahagianya!
Itulah apa yang saya dapat sedikit daripada drama bersiri ini. Mudah-mudahan saya dapat mengambil manfaat daripadanya dan berusaha ke arah kebaikan.

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…