Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Proses Pinjaman Perumahan Kerajaan

Ramadhan Karim…

Alhamdulillah...berkat rahmat dan limpahan kasih sayang-Nya, saya dapat menghirup nafas segar pada malam ini. Terlalu banyak peristiwa baik dan kurang baik yang terjadi tetapi entah kenapa, jari-jemari ini tidak pula rajin hendak menulis di blog.  


Baiklah, kali ini saya hendak berkongsi dengan anda tentang isu pinjaman perumahan kerajaan. Saya bukanlah seorang yang rajin menonton televisyen dan sentiasa mengikuti isu semasa. Namun begitu, sebagai seorang pekerja kerajaan, memiliki rumah kediaman dengan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan adalah sesuatu yang MESTI bagi saya! 


Isu harga rumah yang semakin melampau tingginya bukanlah perkara baru. Apatah pula dengan lokasi negeri saya yang terletak bersempadan dengan Kota Singapura, kebanyakan pembangunan yang disediakan adalah untuk rakyat seberang sana. Apakata anda tinjau dan kaji sendiri setiap pembinaan rumah yang dijalankan, anda akan dapati hanya berapa peratus sahaja kuota yang ditempatkan untuk golongan bumipute…