Skip to main content

Proses Pinjaman Perumahan Kerajaan




Ramadhan Karim…

Alhamdulillah...berkat rahmat dan limpahan kasih sayang-Nya, saya dapat menghirup nafas segar pada malam ini. Terlalu banyak peristiwa baik dan kurang baik yang terjadi tetapi entah kenapa, jari-jemari ini tidak pula rajin hendak menulis di blog.  



Baiklah, kali ini saya hendak berkongsi dengan anda tentang isu pinjaman perumahan kerajaan. Saya bukanlah seorang yang rajin menonton televisyen dan sentiasa mengikuti isu semasa. Namun begitu, sebagai seorang pekerja kerajaan, memiliki rumah kediaman dengan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan adalah sesuatu yang MESTI bagi saya! 



Isu harga rumah yang semakin melampau tingginya bukanlah perkara baru. Apatah pula dengan lokasi negeri saya yang terletak bersempadan dengan Kota Singapura, kebanyakan pembangunan yang disediakan adalah untuk rakyat seberang sana. Apakata anda tinjau dan kaji sendiri setiap pembinaan rumah yang dijalankan, anda akan dapati hanya berapa peratus sahaja kuota yang ditempatkan untuk golongan bumiputera. 



Ya, harga rumah yang semakin melonjak naik dari tahun ke tahun hampir-hampir buat saya pitam kerana surat pengesahan pencen saya tak beres-beres lagi.



Saya tak tau bagaimana cara orang lain berfikir. Pada pendapat peribadi saya, rumahlah aset pertama yang perlu kita usahakan untuk memilikinya pada keadaan yang seharusnya. Tidak kira sudah berkahwin atau tidak, hendak beli di kawasan mana atau berapa jumlah harga... rumahlah aset yang perlu dimiliki oleh masyarakat amnya dan pegawai kerajaan khasnya. Jadi, bersabarlah dengan godaan duniawi yang lain sehingga anda dapat memiliki rumah sendiri. 



Benar, rumah kecil atau rumah besar...suatu nikmat Allah yang mesti disyukuri kerana dapat duduk di dalam kediaman sendiri. Harga semakin naik, nak jual pun semakin untung. Mengapa hal ini tidak diambil berat sebaliknya ada yang berpendapat duduk rumah sewa sampai mati lagi jimat. Tidakkah anda tahu bahawa kemudahan pinjaman perumahan kerajaan adalahlah kemudahan yang terbaik di dunia? Ya, saya pun baru tahu selepas beli rumah...hehe



Saya tak tahu bagaimana orang zaman sekarang berfikir. Apa yang saya tahu ialah memohon pinjaman perumahan dengan Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu yang sudah berkuatkuasa pada Januari 2012 tidaklah sesukar yang dibayangkan. Jika anda memudahkan kerja orang lain, tentu orang lain akan memudahkan kerja anda. Jadi, kalau dah namanya permohonan tu, pastikanlah segala dokumen yang diperlukan lengkap. 



Baiklah, di sini saya dengan sukacita hendak berkongsi cara untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa ini. Manalah tau, ia memberi manfaat kepada anda yang terbaca catatan ini. Saya tak rugi pun memberi maklumat ini. Anda berasa lega, saya juga gembira. Insya-Allah! Ok kita mula!



1.        Setelah anda pasti bahawa anda ingin membeli sesebuah kediaman samada sudah siap atau masih di dalam pembinaan, anda pergi  ke pejabat jualan syarikat pemaju kediaman tersebut. Siap-siap bawa slip gaji. Melalui perbincangan anda dengan petugas itu, anda sudah boleh tahu samada anda layak atau tidak membuat pinjaman dengan slip gaji yang ditunjukkan. 



2.       Jika jawapannya adalah positif, bayarlah deposit yang diperlukan. Deposit itu akan dikembalikan sebaik sahaja anda mendapat kunci rumah. Deposit juga akan dipulangkan sekiranya permohonan pinjaman ditolak. Deposit akan hangus sekiranya anda membatalkan permohonan dengan sengaja. Namun begitu ada sebahagian pemaju yang akan memulangkan deposit walaupun kita tidak jadi membeli kediaman mereka. 



3.       Kemudian anda harus mencari peguam untuk membuat urusan pindah milik kediaman daripada pemaju kepada anda. Seperti pemaju kediaman yang saya pohon, mereka mempunyai peguam panel sendiri. Namun begitu, kita bebas untuk mencari peguam sendiri. Merekalah yang akan membantu menguruskannya.



4.      Buka laman web http://bpp.treasury.gov.my dan isi borang pada Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu bagi peminjam kali pertama. Manakala peminjam kali kedua perlu isi borang di bahagian yang telah disediakan dalam laman web tersebut. Ambil sedikit masa untuk meneliti dan memahami apa yang perlu disediakan bagi mengelakkan permohonan kita ditolak. Ikut pada pengalaman saya, jawapan diberikan hanya dalam tempoh 3 hari masa bekerja. Saya hantar dengan pos laju, mereka jawap dalam masa 3 hari sahaja bahawa permohonan saya diluluskan. Alhamdulillah...Nampak macam senang sahaja bukan? Memang senang jika anda menyenangkan kerja mereka seperti :



a)      Isi borang online dengan lengkap kemudian cetak. Jika membuat bayaran proses secara online, pastikan ia dicetak dan penyata bank yang kita buat bayaran itu harus juga dicetak.



b)      Pastikan kesemua dokumen yang diperlukan menepati kehendak perbendaharaan. Contoh : Surat Iringan kena ikut format, Borang 2 lengkap (bagi peminjam kali pertama)



c)      Gabungkan segala dokumen yang kita sediakan dengan dokumen yang pihak guaman siapkan. Pastikan pihak guaman ada menyertakan Power Attorny (Surat Perwakilan Kuasa) dalam dokumen yang akan kita pos lajukan. Kadangkala sebahagian pihak guaman tidak menyertakannya. Satu kerja pula nak pos sekali lagi.



d)      Jika telah lengkap, hantar terus menerusi pos laju atau pos ekspress atau pos berdaftar. Insya-Allah dalam tempoh 3 hari dapatlah jawapan yang positif. Jika jawapannya negatif kerana ada butiran yang masih tidak lengkap, cepat-cepatlah lengkapkan tanpa buang masa. Jika jawapannya negatif kerana memang belum layak memohon,  apa nak dikata lagi. Boleh cuba lagi dengan kelayakan yang sewajarnya. Ikut pengalaman saya, saya mendapat pinjaman seratus peratus.



e)      Jawapan yang merupakan tawaran pinjaman perumahan kerajaan daripada pihak perbendaharaan akan menyertakan sekali Surat Setuju Terima. Isi dan lengkapkan kemudian bagi pada peguam. Saya main pos laju je, tak terfikir nak bagi peguam pulak sebab kena isi dalam tempoh 14hari. Saya hantar semula pada bpp(Bahagian Pinjaman Perumahan) terus.



f)       Kemudian barulah buat pembayaran kepada pihak guaman. Untuk kos rumah saya yang bernilai RM238000 dengan insuran RM10000, yuran guaman saya adalah sejumlah RM 6821.



g)      Ok selesai. Memandangkan rumah saya masih di dalam pembinaan, jadi saya kenalah tunggu sampai rumah tu siap. Kalau tak silap progressnya dah 85%. Haritu tengok dah siap cat tapi pintu, tingkap tak pasang lagi. Pemegang tangga pun belum ada lagi. Kena pergi pejabat pemaju minta kepastian tahap kemajuannya.



Setakat ini dahulu maklumat yang dapat saya kongsikan. Ini bagi pinjaman perumahan kali pertama ya. Kali kedua ketiga keempat dan seterusnya adalah di luar pengetahuan saya. Apa yang saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya alami sahaja.



Ada satu lagi rahsia yang ingin saya kongsikan...iaitu dalam setiap usaha kita, tawakkal kepada Yang Maha Kuasa itu mesti! Bagaimana sukar sekalipun urusan yang kita jalani, kita hanyalah berurusan dengan makhluk yang lemah seperti kita juga. Jadi dongakkan kepala ke langit, mintalah Pencipta makhluk-makhluk yang lemah ini agar memudahkan segala urusan kita. Siapakah yang membolak-balikkan hati manusia kalau bukan Dia Yang Maha Perkasa?





p/s : Maaf banyak-banyak, terpaksa tutup ruang komen sebab dah beratus-ratus. Tetiba rasa macam diriku seorang agen perumahan pulak. Saya tak mampu nak jawap semuanya. Harap tak berkecil hati ya. Sila rujuk kepada pihak yang berkenaan untuk lebih mudah dan jelas. 




Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…