Skip to main content

Ulasan Novel Kasih Nan Agung

Tajuk              : Kasih Nan Agung
Penulis            : Sri Rahayu Mohd Yusop
Penerbit         : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Terbitan         : Tahun 2009



                 Novel Kasih Nan Agung merupakan novel pertama bagi bahan bacaan saya semasa cuti. Cerita ini memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 sebagai juara.
            Dengan halaman sebanyak 172 muka ini menyebabkan saya kehairanan, bagaimana novel setipis ini berjaya mendapat tempat pertama? Sampulnya pula berlukiskan hutan rimba. Ia terlihat biasa-biasa sahaja pada pandangan kali pertama. Namun demikian setelah selesai saya membacanya...
            Bisa Berbisa! Novel ini amat berbisa, tidak padan dengan muka suratnya yang tipis. Kecil-kecil cili padi. Mata saya bergenangan dan mulut saya terlopong sehingga hati saya berdetik, “Betapa hebat penulis ini sehingga aku tidak tahu entah apa yang kutuliskan selama ini di dalam karya-karyaku...”
            Kasih Nan Agung menceritakan pendirian teguh seorang pria dalam mempertahankan imannya sebagai seorang hamba yang hidup bertuhan, berdepan dengan mereka yang memiliki sifar tuhan dan pula mereka itu cendekiawan-cendekiawan terulung dan terkenal di dalam bidang yang sedang dipelajarinya, bidang Paleoantropologi.
            Bidang Paleoantropologi, mengkaji asal usul manusia berdasarkan kajian arkeologi terhadap fosil-fosil yang dijumpai. Bidang ini walaupun sangat asing dengan diri saya yang tidak banyak ilmu tetapi saya sukakan sains. Saya yakin bidang ini tidak jauh daripada isu yang tidak pernah surut hangatnya iaitu teori evolusi dan kebetulan. Bidang ini juga dipelopori oleh kebanyakan mereka yang anti tuhan.
            Satu penemuan fosil yang sedang bertransformasi bentuknya daripada monyet kepada manusia dijumpai-fosil yang tidak sempurna bentuknya- di sebuah kubur. Ini membawa kepada sebuah simposium di mana panel-panel atheis dan kristian bergabung dalam membincangkan topik ‘Kebangkitan Semula Neo-Darwinisme: Bukti Baharu, Kebenaran Lama’.
            “Penemuan ini telah meletakkan kita di satu tempat yang realistik di alam semula jadi. Kita bukan lagi tuan bagi segala spesies, tetapi kita hanyalah satu unit rantaian dalam sejarah panjang proses hidup dan mati di atas planet ini. Pandangan ini mungkin dilihat amat merendah-rendahkan manusia, tetapi ia benar. Jadi saya ingin akhiri pembentangan saya hari ini dengan satu soalan: Apa kaitan ‘Tuhan’ dengan kehidupan di alam semesta?”
            Ucapan Richard Le Frost, panel kedua simposium berjaya membuatkan darah seorang pelajar Muslim yang teguh iman dan jati diri, Jaka Sulaiman, menggelegak hangat lalu dia bangkit mempertahankan tuhannya yang Maha Pencipta. Amat mahal harga sebuah tugu iman yang terbina di dalam dada perkasa Jaka Sulaiman sehingga dia sanggup menerima akibat dan hukuman rentetan tindakan berani itu.
            Ketika membaca cerita ini, saya amat kagum dengan Jaka Sulaiman sampai berangan kalau memang ada lelaki begini, saya ingin menguratnya. Hahaha...
            Dari suatu sisi, saya melihat cerita ini sangat logik. Berlatarbelakangkan suatu kawasan agak pedalaman, ayah yang bekerja sebagai seorang Pegawai Kanan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan emak sebagai seorang guru, Jaka Sulaiman barangkali dominan mengikut ayahnya, mengkaji soal rimba dan penghuninya sehingga dia melanjutkan pelajaran ke Universiti California, Berkeley. Kemudian setelah dia digantung pengajian, kepulangannya ke Malaysia menemukan dia dengan Evangeline Maximillian, pengamal perubatan am di Universiti Sains Malaysia. Dan pengamal itu bukanlah orang lain, anak kepada salah seorang panel atheis yang diserangnya semasa di Berkeley, Tuan Maximillian Blake!
            Dari suatu sisi yang lain, saya melihat akan trauma seorang lelaki yang kehilangan adik semasa kecil ketika bermain di dalam hutan. Dia penyebab utama kehilangan itu sehingga hubungannya dengan emak semakin dingin tahun demi tahun. Dan dia berusaha membetulkan keadaan walaupun kepayahan amat terasa. Trauma itu bagai tidak lekang dari lompong ingatannya apabila Tuan Maximillian Blake pula mahu mengejar sesuatu di dalam rimba banat, mencari orang mawas untuk dijadikan bukti kepada penemuannya. Sesuatu telah terjadi di antara Maximillian Blake dan Jaka Sulaiman di hutan itu.
            “Tuhan terlalu kasihkan manusia untuk membiarkan kita lahir daripada keturunan mawas. Dapatkah awak menolak kasih yang begitu agung?”
            Jaka Sulaiman, andai kamu memang wujud di dunia ini dan punya muka buku sendiri, tentu ramai yang akan meminatimu dan menambah kamu sebagai rakan muka buku. Apalagi jika kamu punya Halaman Peminat, dari zaman batu lagi aku akan ‘Like’ halaman itu. – Adlinz Alexandria
           
           
           
           

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …