Skip to main content

Ulasan Novel Datang Pada Waktunya

 


Novel ini saya beli bersama dengan 6 buah novel lain dengan tujuan untuk pembelajaran kendiri. Saya perlu terus membaca untuk belajar dan belajar, ingin menekuni gaya penulis lain menyampaikan mesej mereka tanpa mengira genre. Target saya, sehari sebuah novel. Alhamdulillah, saya berjaya habiskan kesemua novel yang saya baca. Bahan bacaan yang saya beli kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Salah satunya ialah DATANG PADA WAKTUNYA, karya penulis prolifik, MARIA KAJIWA.
Sebenarnya saya mampu menghabiskan novel tebal ini dalam masa satu hari kerana jalan ceritanya yang mengena nubari saya tetapi sengaja saya tangguhkan sehingga tiga hari supaya keterujaan menghabiskannya dapat diperlahankan. Saya memang suka buat kejutan kepada diri sendiri. Ibarat sedang makan hidangan yang sangat enak, saya lebih suka lambat-lambat habiskan bahagian yang saya gemari. Sayang tau...hehe.
Menjadi seorang Edri, pria berwatak sederhana dengan waktu yang selalu disesakkan dengan tugas, berpendirian dan hanya takutkan tuhan bukanlah mudah untuk kita temui pada diri pria kebanyakan di dunia ini. Oleh kerana pegangannya yang kuat akan agama, dalam waktu yang sama taman hatinya masih belum diisi oleh bunga indah sebagai penyerinya, barangkali itulah penyebab Allah mengujinya dengan gangguan dunia ghaib. Mungkin juga kerana keteguhan pendiriannya itu, Edri berjaya menghadapi dugaan sekaligus menaikkan martabatnya apabila selama 45 tahun pembinaan jambatan di Kampung Durian Lima tergendala, Edri berjaya menyelesaikannya dan naik pangkat. Cerita ini sangat berkualiti berbanding kuantitinya.
Dari suatu sisi, saya melihat cerita ini misteri sekali. Ingin tahu apa seterusnya...apa selanjutnya...Ini kerana mempercayai yang ghaib adalah wajib. Termasuk ke dalam suatu sumpahan ghaib bukanlah suatu hal yang mustahil, malah kita selalu dengar ia meniti dari bibir ke bibir, diturunkan dari satu generasi ke satu generasi sehingga kini orang sudah menganggapnya ‘dongeng’ atau ‘khurafat’ pula.
Dari suatu sisi yang lain, saya diperlihatkan akan panorama pada zaman sepuluh  tahun sebelum saya lahir, pada 43 tahun yang lampau. Sikap masyarakat yang saling bekerjasama, satu kampung turun tangan membantu menyiapkan persediaan untuk kenduri kahwin bahkan mungkin apa saja keramaian, keraian dan aktiviti besar-besaran. Makanan masyarakat di kampung itu pula hampir seratus peratus buatan tangan, bersih dan suci. Sikap mengambil berat, tolong-menolong dan ramah-tamah amat jelas dalam diri masyarakat Kampung Durian Lima. Saya rasakan ada nilai sentimental pada sisi ini. Apatah pula nilai-nilai murni, amat banyak untuk saya jadikan pengajaran!
Cinta yang terjalin di antara adam dan hawa memang perkara biasa. Namun bercinta dengan manusia yang tidak satu zaman dengan kita, saya kira ia suatu pengalaman yang bermakna. Apabila tiba waktunya, ada sumpahan yang akan berputar sesuai dengan ketetapan yang telah digariskan. Dan orang yang beriman sahajalah yang akan mencapai kemenangan.
Itulah sahaja ulasan saya tentang novel yang amat saya sayangi, Datang Pada Waktunya.








Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…