Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Musafir di angin lalu

Menaiki Air Asia Saya tidaklah kerap menjadikan kapal terbang sebagai sistem pengangkutan semasa cuti. Sejak tahun 2007, saya berulang-alik Johor- Terengganu dengan kenderaan sahaja. Pandu sendiri. Atau menaiki bas apabila saya berasa tidak berbaloi hendak memandu jauh jika cuti tak sampai seminggu. Tetapi saya antara salah seorang hamba tuhan yang ditakdirkan keluar dari benua khatulistiwa ini semenjak berusia 18 tahun lagi. Jadi, sedikit sebanyak informasi berkenaan permusafiran dengan pesawat ada dalam cepu akal saya. Apatah pula keluarga kini menetap buat sementara waktu di Indonesia, secara tidak sengaja saya mula kerap menggunakan sistem pengangkutan udara ini sejak dua tahun kebelakangan. Walau apa jua pengangkutan yang kita gunakan, ia melibatkan dua perkara sahaja iaitu: Pergi dan Pulang. Jadi, bagi sesiapa yang ingin bermusafir ke mana jua lokasi, ingat dengan benar dua perkara ini dalam kepala. Bagi mereka yang belum ada pengalaman menaiki pesawat, sudilah baca tips yang sa…