Skip to main content

Musafir di angin lalu

Menaiki Air Asia
Saya tidaklah kerap menjadikan kapal terbang sebagai sistem pengangkutan semasa cuti. Sejak tahun 2007, saya berulang-alik Johor- Terengganu dengan kenderaan sahaja. Pandu sendiri. Atau menaiki bas apabila saya berasa tidak berbaloi hendak memandu jauh jika cuti tak sampai seminggu.
Tetapi saya antara salah seorang hamba tuhan yang ditakdirkan keluar dari benua khatulistiwa ini semenjak berusia 18 tahun lagi. Jadi, sedikit sebanyak informasi berkenaan permusafiran dengan pesawat ada dalam cepu akal saya. Apatah pula keluarga kini menetap buat sementara waktu di Indonesia, secara tidak sengaja saya mula kerap menggunakan sistem pengangkutan udara ini sejak dua tahun kebelakangan.
Walau apa jua pengangkutan yang kita gunakan, ia melibatkan dua perkara sahaja iaitu: Pergi dan Pulang. Jadi, bagi sesiapa yang ingin bermusafir ke mana jua lokasi, ingat dengan benar dua perkara ini dalam kepala.
Bagi mereka yang belum ada pengalaman menaiki pesawat, sudilah baca tips yang saya kongsikan di bawah ini. 
Perkara yang selalu bersangkut paut dengan perjalanan udara ialah :
1.        Passport
a.       Dokumen penting yang mesti ada. Sekarang harganya RM300 untuk 5 tahun. RM100 untuk dua tahun. Pilihlah ikut kesesuaian anda. Macam mana nak mohon passport? Cetak borang permohonan online, salinan ic dan dua keping gambar berukuran passport lepas tu pergi ke pejabat imigresen. Paling cepat sejam sudah siap. Insya Allah.
b.      Perlu diingat apabila 6 bulan lagi passport dah nak luput, sila perbaharui passport anda semula. Kalau tidak, anda akan bermusafir di dalam bilik pejabat imigresen jawabnya.
2.       Kad Pengenalan
a.       Bawa kad pengenalan. Macam mana nak mohon kad pengenalan? Melampau tu kalau passport ada tapi kad pengenalan tak ada.
3.       Pass Masuk ( Boarding Pass)
a.       Pas yang membuktikan kita penumpang yang sah. Pada pass ini akan tertera nama, nombor tempat duduk dan butir-butir lain.
4.      Pemeriksaan kastam
a.       Apa jua barang yang kita bawa akan melalui zon ini. Begitu juga dengan tubuh badan kita, tetap akan melalui pemeriksaan kastam.
5.       Pemeriksaan Imigresen
a.       Nama penuh, tarikh luput passport dan pemberian visa perjalanan selama 30 hari sangat berkait dengan pemeriksaan imegresen. Lebih baik gunakan mesin layan diri, lebih cepat dan mudah. Jangan takut hendak menggunakan mesin layan diri itu. Kita cuba, barulah kita tahu. Kalau hendak mengharapkan pegawai yang periksa, kadangkala macam-macam soalan dia tanya. Itu ini, begitu begini. Kerja dia memeriksa dokumen kita, periksa betul-betul sudahlah. Orang kemain berbaris lama di belakang menunggu giliran. Dokumen sudah ada depan mata sebagai bukti, tak payah nak selidik sangat itu ini. Melambatkan kerja, membuang masa! Apalagi jika penerbangan melibatkan transit dan pula jadual penerbangan sangat rapat antara pesawat pertama dengan pesawat berikutnya, terpaksa pam jantung laju-laju berlari ke pintu menunggu. Aik? Emosi semacam apabila berkongsi tentang hal imegresen nampak? Ya, terlalu banyak pengalaman pahit dengan hal-hal imegresen ini sejak dulu, kini dan selamanya. Boleh muntah darah kalau nampak perkataan imegresen.
6.      Luggage
a.       Air Asia menetapkan beberapa garis panduan membawa bagasi tangan. Tak jelas dengan istilah bagasi? Beg. Biasanya berat yang dibenarkan adalah 7kg bersama sebuah beg laptop atau beg tangan. Pada pendapat peribadi saya, ini bergantung juga kepada lapangan terbang yang terlibat. Di KL atau JB, mereka tak berapa tekankan sangat berat 7kg ini. Kecuali yang benar-benar nampak sangat gedabaknya. Tapi di Pekanbaru misalnya, atau di Jakarta, jika lebih daripada berat yang sepatutnya anda terpaksa mengurangkan berat isi poket anda dengan membayarnya. Barangkali setelah sistem perkhidmatan penerbangan di sana semakin berkembang maju, mereka akan berlebih kurang tentang berat bagasi tangan. Harap-harap begitu.
7.       Baggage
a.       Bagasi besar. Adat pulang dari merantau, takkan mungkin terbang membawa badan sahaja. Tentu ada ole-ole dan keperluan untuk beberapa hari menginap yang memerlukan ruang lebih besar.
b.      Air Asia menawarkan beberapa kategori berat bagasi dengan harga tersendiri. Jika mahu benar-benar murah, ikutlah tawaran yang ditentukan. Jika kita beli untuk 20kg kemudian staff tu timbang jadi 30kg, sudah tentu ada bayaran tambahan yang lebih mahal daripada kita beli secara online. Bayangkan harga yang 35rm untuk 20kg(beli secara online) tu menjadi 35rm untuk sekilo yang terlebih(semasa bagasi ditimbang di kaunter), tidak ke haru-biru jadinya. Dan ia sudah tidak boleh dikatakan penerbangan tambang murah lagi.
8.      Perjalanan Ditunda
a.       Perkara biasa terutamanya semasa hari-hari perayaan. Dan biasanya apabila sebuah perjalanan telah tertunda, jadual seterusnya akan mengalami perkara yang sama. Elok-elok akan bertolak jam 8.00, alih-alih terpaksa ditunda terbang jam 10.30. Malah pintu untuk menunggu juga boleh berubah-ubah. Sekejap bertukar di pintu 1, kemudiah bertukar ke pintu 2. Waktu ini mata harus selalu memantau jadual pada paparan monitor perlepasan.
9.      Perjalanan Dibatalkan
a.       Lagi haru biru jika perkara ini berlaku. Apa akan berlaku jika pesawat tidak dapat terbang pada waktu yang telah dijadualkan? Saya tidak dapat beri jawapannya kecuali pesawat akan duduk diam saja di atas landasan. Hahaha... saya belum pernah mengalami hal ini. Itu yang sebenarnya.
 

Panduan ringkas ( ringkas? Susah nak percaya) bermusafir dengan sistem pengangkutan udara :
1.        Layari laman web Air Asia.
a.       Isi butiran dengan teliti dan cermat. Detail diri anda, detail perjalanan dan harga yang tertera. Jangan sampai anda keliru. Jangan sampai anda berasa bahawa anda telah tertipu. Ambil masa untuk menyemak dengan baik. Jangan keliru dengan waktu am/pm. Tersilap sedikit sahaja, ada bayarannya. Apabila sebut bayaran, maka kita sudah rugi. Sistem yang digunakan dalam jadual biasanya dalam 24 jam. Contoh pukul 9 malam = 21.00pm.
b.      Pada laman tempahan yang kita sedang isi itu harus dibaca dengan betul. Jika kita tidak memerlukan bagasi untuk dikargo, buang tanda yang telah siap-siap Air Asia tandakan. Setiap tanda=RM. Jika kita tak kisah dapat tempat duduk di belakang atau di depan asalkan bukan di atas sayap pesawat, skip sahaja bahagian SEAT. Walaupun satu tempat duduk yang kita pilih bernilai RM6 sahaja tapi jumlah itu cukup untuk satu set makan tengahari ; nasi, ikan goreng dan teh tarik. Berbeza jika tempat duduk itu boleh membuatkan perut jadi kenyang. Kan?
c.       Bayaran secara debit lebih jimat berbanding kad kredit.
d.      Lakukan web check in sendiri. Dalam tempoh tujuh hari nak bermusafir tu, check in terus dalam talian. Dapat boarding pass terus lagi senang. Macam mana nak web check in? Ambil masa dan belajarlah. Yang penting ada printer. Kiosk-kiosk untuk kita print itinerary semasa berada di lapangan terbang pun ada disediakan. Yang penting kalau kita check in di kaunter, alamat melayang duit lagi. Jika Air Asia boleh mencabar kita dengan mainan-mainan psikologi secara atas talian, kita sahut cabaran itu. Jadikan dan buktikan Air Asia memang nampak seperti penerbangan yang murah, sangat murah dan amat murah! So saya tak peduli dengan lapangan terbang yang selalu sesak, terminal yang amat jauh bagi orang-orang tua hendak berjalan dan pembantu kabin yang sendat sana sendat sini, plak tu muka masing-masing kalah undertaker.
2.        Menuju Balai Berlepas
a.       Lokasi yang kita tuju sebaik sampai di lapangan terbang ialah Balai Perlepasan. Apa sebabnya? Sebab kita nak berlepas, bukan nak mendarat.
b.      Cari monitor yang memaparkan jadual penerbangan kita. Nombor pesawat paling penting waktu ini. Kalau dah boleh boarding, terus bergerak ke bahagian Check In. Jika sekadar penerbangan dalam negeri, tuju Check In Domestik. Jika penerbangan kita luar negara, tuju Check In Antarabangsa/International.
c.       Duduk di ruang menunggu apabila sudah pasti pintu yang mana harus kita tunggu untuk masuk dalam pesawat.
3.       Menuju Balai Ketibaan
a.       Lokasi yang kita tuju apabila sudah sampai ke destinasi. Dah mendarat pun jadi tak payah nak masuk Balai Perlepasan pula.
b.      Setelah pemeriksaan imegresen, terus ke bahagian Tuntutan Bagasi jika ada bagasi yang dikargokan. Kalau tiada, terus ke bahagian pemeriksaan kastam dan keluar.
Sekian, itu sahaja. Selamat bermusafir dengan Air Asia.


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…