Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

HIDUP INI BAGAI LAMPU DINDING...

Mungkin ini sahaja jawapan yang ada di dalam kepala saya. Jawapan apabila ditanya tentang isu yang timbul satu per satu. Isu yang menggoncang dunia. Isu yang menggoncang negara. Isu pelbagai isu. Isu yang tak bernafsu lagi saya hendak membuat ulasan peribadi dek banyaknya komentar manusia menerusi laman sosial dan media massa mahupun cakap-cakap di warung atau kantin.

Apa yang saya nampak hanyalah satu, semua yang berlaku walau di hujung dunia akan tersebar dengan sekelip mata. Meski hampir muak membaca semua suapan berita yang kadangkala mengasak-asak otak yang kian tepu, saya bersyukur seadanya. Fenomena ini semakin menguatkan keyakinan saya bahawa semua manusia akan dibangkitkan dan dipersoalkan selepas mati. Semua insan akan diberi pembalasan samada baik atau sebaliknya atas perbuatan walau sebesar zarah sekalipun. Untuk menghitung kerja amal manusia selama hidupnya bukanlah suatu yang mustahil walau berbilion manusia di atas muka bumi ini. Tak ada yang dapat bersembunyi. Tak mung…