Skip to main content

HIDUP INI BAGAI LAMPU DINDING...


Mungkin ini sahaja jawapan yang ada di dalam kepala saya. Jawapan apabila ditanya tentang isu yang timbul satu per satu. Isu yang menggoncang dunia. Isu yang menggoncang negara. Isu pelbagai isu. Isu yang tak bernafsu lagi saya hendak membuat ulasan peribadi dek banyaknya komentar manusia menerusi laman sosial dan media massa mahupun cakap-cakap di warung atau kantin.


Apa yang saya nampak hanyalah satu, semua yang berlaku walau di hujung dunia akan tersebar dengan sekelip mata. Meski hampir muak membaca semua suapan berita yang kadangkala mengasak-asak otak yang kian tepu, saya bersyukur seadanya. Fenomena ini semakin menguatkan keyakinan saya bahawa semua manusia akan dibangkitkan dan dipersoalkan selepas mati. Semua insan akan diberi pembalasan samada baik atau sebaliknya atas perbuatan walau sebesar zarah sekalipun. Untuk menghitung kerja amal manusia selama hidupnya bukanlah suatu yang mustahil walau berbilion manusia di atas muka bumi ini. Tak ada yang dapat bersembunyi. Tak mungkin boleh lari. Hanya ketakwaan yang akan menjadi penyelamat diri.


Saya tiada ubahnya dengan lampu dinding. Apabila minyak sudah kering, ia pasti akan padam sendiri. Tiada suplemen untuk menghalang kita daripada mati. Belum ada manusia yang masih hidup sejak ribuan tahun yang lalu.


Apa sahaja yang mengatas namakan KEUNTUNGAN selalunya berkait dengan sikap tamak, haloba, zalim dan penindas biar sebaik mungkin perniagaan itu dijalankan. Harga tak akan pernah turun. Harga rumah, minyak petrol, keperluan asas dan semuanya! Percayalah, ia akan terus naik.


Saya pun tak bernafsu untuk mengulas lebih lanjut. Apa yang saya sedar ialah saya  lampu dinding yang dinyalakan di malam hari. Saya perlu mementingkan diri sendiri sebelum minyak kering. Ingin perbaiki apa yang lemah dan kurang lalu menambah baik apa yang mungkin boleh dikatakan baik yang ada dalam diri ini.


Saya sedang menguatkan azam itu. Kerana saya sangat yakin ada kehidupan selepas mati. Hidup yang penuh dengan adil dan saksama. Hidup berlandaskan siapa betul dan siapa salah. Hidup seperti yang telah dijanjikan pada hidup yang pertama.





Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …