Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

TIMING BELT & WIRING

Salam Khamis yang mendung...
Dalam pada sibuk-sibuk mengejar waktu, menyelesaikan apa yang patut sebelum hari cuti, masa untuk servis kenderaan pun tiba.
Kilometer saya dah terlebih seratus kilo daripada km yang sepatutnya. Kemudian saya hantar ke tempat yang selalu saya servis. Apabila servis di tempat yang biasa dan bukan Proton, tentulah barang-barangnya banyak yang bukan original. Nak original memang boleh tapi mahal. Sejak dah kurang berulang alik Johor-Terengganu, minyak silinder yang saya gunakan hanya untuk kegunaan 5000 km jenis semi sintethic. Brand pun biasa, kadang Delphi, kadang Formula Z. Synthium pula jika saya servis di Proton. Pengalaman pahit memang banyak di Proton tapi tak perlulah diceritakan. Cukuplah memadai jika saya hanya ke Proton jika ia melibatkan perkara besar seperti enjin, timing belt atau servis major.
Ketika servis sudah siap, pomen tu tanya tentang timing belt pada saya. Selalunya jika timing belt sudah ditukar, mesti ada tulis pada penutupnya kilomete…

MONOLOG SEPI TENTANG 'ANDA'

Salam Khamis yang tenteram...
Alhamdulillah masih dapat bernafas pada hari ini, melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang menuntut tuntas, melewati turap-turap jalan yang semacam sebati dengan diri dan kembali ke teratak kecil melepaskan lelah, merehatkan rasa.
Apabila hujung tahun sudah berada di ambangnya, kesibukan kembali menjengah sehari-hari. Bezanya pada tahun ini, serabut kepala ditambah lagi dengan hal rumah baharu. Kertas peperiksaan yang selesai ditanda, markah yang telah disiapkan buat sementara waktu memang dapat melegakan hati. Tapi ada banyak lagi perkara lain menunggu giliran. Dan kini satu lagi sudut dugaan menuntut saya mengambil sedikit waktu, mendengar suara hati yang semakin terdengar kuat,mengajak berbicara...
Masih ada. Sampai bila-bila pun akan tetap ada melainkan dunia ini hancur bak debu, tenggelam dek air lautan dan langit saling berjatuhan. Masih ada wanita yang tidak menjadikan paras rupa sebagai keutamaan dalam berkawan. Masih tetap ada wanita yang menel…