Skip to main content

MONOLOG SEPI TENTANG 'ANDA'





Salam Khamis yang tenteram...

Alhamdulillah masih dapat bernafas pada hari ini, melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang menuntut tuntas, melewati turap-turap jalan yang semacam sebati dengan diri dan kembali ke teratak kecil melepaskan lelah, merehatkan rasa.

Apabila hujung tahun sudah berada di ambangnya, kesibukan kembali menjengah sehari-hari. Bezanya pada tahun ini, serabut kepala ditambah lagi dengan hal rumah baharu. Kertas peperiksaan yang selesai ditanda, markah yang telah disiapkan buat sementara waktu memang dapat melegakan hati. Tapi ada banyak lagi perkara lain menunggu giliran. Dan kini satu lagi sudut dugaan menuntut saya mengambil sedikit waktu, mendengar suara hati yang semakin terdengar kuat,mengajak berbicara...

Masih ada. Sampai bila-bila pun akan tetap ada melainkan dunia ini hancur bak debu, tenggelam dek air lautan dan langit saling berjatuhan. Masih ada wanita yang tidak menjadikan paras rupa sebagai keutamaan dalam berkawan. Masih tetap ada wanita yang meneliti dari segala segi ciri-ciri lelaki yang wajar dibuat suami. Masih ada.

Ia bukan kerana apa yang lelaki itu harus ada. Ia kerana lelaki itu sebenarnya siapa? Sejauh mana lelaki itu tahu bahawa dia adalah lelaki. Sejauh mana dia sedar kekuatan dan kelemahannya. Setakat  mana dia jelas akan ringan dan beratnya tanggungjawab menjadi seorang pria. Masih ada wanita yang sentiasa ingin tahu perihal ini. Kerana sejak dulu Nabi dan Rasul hanya terdiri daripada lelaki. Pemimpin dunia ini adalah lelaki. Dan saya memandang tinggi kepada lelaki khususnya ayah saya.

Ayah saya seorang penjual sepit kuku, pencabut bulu ketiak, pengorek telinga, pemetik api, pencukur janggut, gunting lipat dan pisau kecil di tepi kaki lima Pekan Masai setelah gajinya sebagai pengangkut batu bata di Batu Pahat tidak dibayar era 80-an. Kemudian jualannya semakin berkembang dan tapak niaganya sudah berubah ke area yang lebih besar iaitu pasar malam. Dengan sebuah van, ayah saya bergerak dari Johor ke Rompin, Pahang, kemudian ke Mersing menjual barang-barang plastik di situ.

Ayah saya yang sangat sederhana itu mampu menerbangkan saya beribu-ribu kilometer jauhnya, merentas benua demi benua lalu saya menjadi perantau pula di negara orang sebagai seorang penuntut ilmu. Dia sanggup hanya berbaju cap PAGODA asalkan anaknya dapat belajar di peringkat yang tinggi. Dia sudi berselipar TAT SING sahaja asalkan anak-anaknya bersungguh dalam meniti cita-cita.

Jadi, jangan rosakkan penghargaan saya selama ini tentang lelaki dengan cara dan sikap anda yang suka merendah-rendahkan perempuan. Insan seperti anda, yang gemar menghancurkan perasaan wanita semata-mata untuk mencari yang terbaik, tentu akan memperolehi wanita yang ciri-cirinya sama seperti anda juga.

Orang seperti anda, yang suka melemparkan kata-kata kesat kepada wanita, terbiasa menghamburkan caci maki, cerca keji kepada wanita, itu tanda yang teramat jelas kepada saya bahawa anda kekurangan kasih sayang.

Anda harus juga tahu, cerita dalam novel atau cerekarama di dalam televisyen sebahagian besar daripadanya adalah hasil fiksyen sang penulis cerita. Jadi jangan berharap cerita yang selalu memaparkan hero jahat dengan heroin baik atau hero baik dengan heroin jahat akan berakhir dengan happy ending.  Itu sekadar drama fiksyen.

Hakikatnya, orang yang jahat hanya boleh berubah menjadi baik setelah hatinya mengalami perubahan terlebih dahulu. Selagi hatinya tidak merasa apa-apa, jangan berharap ada sesiapa yang dapat membuat si jahat akan berubah. Dan jangan pernah berfikir saya dapat membuat anda berubah baik jika anda memang mengakui anda jahat. Anda baik atau anda jahat, tiada kena-mengena dengan diri saya. Saya tak masuk campur. Tanyakan hati anda, mengadulah kepada Yang Menciptakan Hati anda. Berharaplah Yang Maha Kuat dan Berkuasa berkenan memberi hidayah dan meminjamkan kekuatan kepada anda untuk berubah. Segala-galanya terletak di tangan ada. Bukan saya. Saya hanya seorang hamba allah yang sama seperti manusia-manusia lain.

Saya tidak gentar dengan ugutan anda itu. Tidak pula gemuruh menatap wajah anda yang sememangnya rupawan. Apa yang anda perlu tahu, masih ramai  wanita seperti saya di dunia fana ini. Wanita yang sentiasa ingin tahu siapakah orang-orang seperti anda yang sebenar-benarnya. Wanita yang akan sentiasa mengambil kira latar belakang keluarga. Saya tidak hairan dengan ‘apa’ yang anda ada. Tapi saya dahaga dan akan selalu ingin tahu anda ‘siapa’...

Jangan tanyakan lagi mengapa saya membisu. Jangan berasa aneh lagi kenapa saya menyepi. Terkadang orang yang beracun seperti anda hanya boleh disengat dengan DIAM. Asalkan anda tahu, masih ada wanita yang seperti saya...








Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…