Skip to main content

TIMING BELT & WIRING

Salam Khamis yang mendung...

Dalam pada sibuk-sibuk mengejar waktu, menyelesaikan apa yang patut sebelum hari cuti, masa untuk servis kenderaan pun tiba.

Kilometer saya dah terlebih seratus kilo daripada km yang sepatutnya. Kemudian saya hantar ke tempat yang selalu saya servis. Apabila servis di tempat yang biasa dan bukan Proton, tentulah barang-barangnya banyak yang bukan original. Nak original memang boleh tapi mahal. Sejak dah kurang berulang alik Johor-Terengganu, minyak silinder yang saya gunakan hanya untuk kegunaan 5000 km jenis semi sintethic. Brand pun biasa, kadang Delphi, kadang Formula Z. Synthium pula jika saya servis di Proton. Pengalaman pahit memang banyak di Proton tapi tak perlulah diceritakan. Cukuplah memadai jika saya hanya ke Proton jika ia melibatkan perkara besar seperti enjin, timing belt atau servis major.

Ketika servis sudah siap, pomen tu tanya tentang timing belt pada saya. Selalunya jika timing belt sudah ditukar, mesti ada tulis pada penutupnya kilometer seterusnya yang perlu ditukar. Saya mula keliru kerana ada belt yang pernah ditukar sebelum ini tapi tidak pasti adakah itu timing belt.

“Kilometer akak sudah over maaa... kalau belum tukar lagi timing belt, memang sangat bahaya. Kalau putus...habis!”

Jantung rasa macam nak pecah mendengar kata-kata mamat mata sepet ni. Apa salahnya dia minta saya rujuk kepada Proton untuk jejak semula rekod servis atau periksa dulu samada dah tukar atau belum. Perkataan ‘putus’ tu memang boleh buat nyawa saya macam nak putus sama.
Sebelum-sebelum ni pun memang selalu servis di tempat ni, so masa kilometer belum over, kenapa tak beritahu? Buat naik darah betul...dahlah memang sibuk ke sana ke mari nak uruskan rumah, sekolah...

Sejak dengar perkataan timing belt ni, saya terus google di laptop. Lagilah berderau segala saraf, salur darah dan semua komponen jantung ni...hahaha.. betapa pentingnya tukar timing belt pada kilometer yang seharusnya. Tambah pula baca pengalaman orang lain waktu timing belt putus di tengah jalan. Pula tu kos nak membaiki enjin apabila timing belt sudah putus dan segala valve2 yang dah bengkok...isk..isk... ribu riban...mana nak cekau duit...

106 700 km! 26 Disember ini genaplah 6 tahun usia kenderaan saya tapi belum pernah sekali pun tukar timing belt. Macam gila tak?

Ya, hampir separuh gila apabila baru sedar. Mulalah memandu dalam keadaan otak membayangkan ada benda akan putus dan kejadian-kejadian ngeri yang akan terjadi...heh heh...

So, buat temujanji dengan satu bengkel lain. Bengkel yang banyak stok Proton genuine . Pomen pun bekas pomen Proton. Orang melayu. Dalam waktu yang sama ada urusan dengan pekerja wiring. Mereka nak pasang lampu, kipas dan soket di rumah. Masa ni betul-betul macam orang gila. Sekejap ke sana. Sekejap ke sini dalam keadaan kereta macam tu. Pula tu waktu minta kebenaran guru besar tentang hal timing belt ini, cikgu-cikgu yang terdengar tutup mulut, terkejut. Dan mulalah leteran bertajuk timing belt kedengaran di telinga. Tahan aje lah...

Alhamdulillah, kereta perlu ditinggalkan dulu sebab lama juga nak tukar segala tali yang ada. Member hantar balik ke sekolah.

Dalam pukul 2 petang, kereta siap. Member hantar semula ke bengkel. Sampai di bengkel...

“Servis yang terakhir, cikgu buat kat mana?”
“Di Bengkel bla..bla..bla...(nama bengkel biarlah rahsia)”
“Mari saya tunjuk gambar...”



Aduh...dah kenapa pula tiba-tiba siap dengan gambar ni? Apa pula  yang tak kena?

“Tangki minyak silinder cikgu ni mungkin natnya sudah longgar. Sepatutnya mereka benangkan dan tukar nat baru. Tapi ni mereka sumbat saja dengan plug. Kalaulah cikgu terlanggar apa-apa di bawah kemudian plug ni patah, enjin boleh jem!”

Pula dah! Kepala otak macam jem bila dengar perkataan jem.

“Saya tak mahu ambil risiko apa-apa. Sebaiknya cikgu pergi kaunter semula bengkel tu dan tunjuk gambar ni. Mereka tak boleh cucuk saja dengan plug macam ni. Bahaya.”

“Tak apalah, saya dah lama servis dengan budak tu. Kalau benangkan dan tukar nat baru berapa?”

“RM 28.”

“Okay, benangkan saja dan tukar nat baru.”

Saya sengaja buat keputusan begitu. Kalau nak ajak gaduh, memang sayalah kakinya. Tapi ini bukan masa yang sesuai. Dalam keadaan begini, mungkin ini ujian untuk saya. Sabar dulu...kemudian saya minta dia transfer gambar tersebut melalui whatsapp...

TIMING BELT BARU



BENANGKAN SEMULA DAN PAKAI NAT BARU. GUNA MINYAK SILINDER YANG LAMA SEBAB BARU DUA TIGA HARI SERVIS.

Alhamdulillah urusan tukar PROTON/CAMPRO timing belt + fan belt dah selesai. Original. Dada yang sempit dah mula terasa lapang walaupun tubuh badan ni dah lembik tahap tujuh petala langit. Rasa macam nak tumbang je.

Petang itu gagahkan diri tengok rumah. Pekerja wiring buat kerja sampai ke Maghrib. Saya tunggu sampai mereka habiskan kerja sebab saya seorang yang ada kunci grill. Alhamdulillah ada sikit saja lagi kerja yang perlu diselesaikan. Balik rumah sewa semula lepas Isyak dah zzzzzz...zzzz....
 
NAK BUAT STOR

KEMAS DAN RATA 

SUDAH TERANG BENDERANG TERATAK HAMBA...HEH HEH...

LETAK DUA BIJI LAMPU SUDAH...JIMAT...

BELUM DICAT LAGI

SEMPAT RENUNG ANTENNA YANG DAH UZUR. BERAPA PULAK KALAU NAK GANTI BARU NI...MMMM

SAMPAI KE MAGHRIB BUAT KERJA...











Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…