Skip to main content

PEKANBARU KOTA BERTUAH

Salam Disember...

Waaa... naik bersawang blog hamba ni. Siap ada lelabah kaki sepuluh bertelur...

Percutian yang santai!

Mungkin itulah serba sedikit komentar tentang cuti panjang kali ini. Tak tanya pun...haha..

Dapat merasa naik bas dan bersiar-siar merata tempat macam orang tak ada kerja, sungguh pengalaman yang menyeronokkan tau. Sesekali terimbas kenangan semasa jadi siswi di perantauan. Kejar bas, lompat turun dari bas...tu perkara biasa di Mesir. Berjubah ke...baju kurung ke...peduli apa. Bersesak-sesak dengan Arabian yang bertubuh sasa-sasa, bersempit-sempit dalam bas macam sardin. Janji destinasi yang ingin ditujui itu sampai. Apa ada kisah?

Menaiki bas yang mereka gelar Metro Trans di Pekanbaru ini memang memutar semula suasana-suasana yang pernah saya rasakan di Mesir. Dan rindu mula terbit jauh di lubuk hati yang kecil ini. Heh heh... Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat yang memang saya pernah jatuh banyak kali. Maklum sajalah apabila berjalan kemain laju, pakai jubah pula tu. Tersilap haribulan memang boleh tersungkur menyembam bumi. Well..perkara biasa semua tu kan. Adatlah. 
Brand peberet orang sini....HONDA atau TOYOTA

Bezanya ketika menaiki Metrotrans ini, saya berasa sangat relaks. Manakan tidak, kalau di tanahair asyik berkepit dengan stereng. Ke sekolah, ke pasar, ke pusat beli-belah, dan ke mana-mana pun mesti naik basikal empat roda. Nak pastikan roadtax tak mati la, dompet sentiasa bawa, minyak ok dan pakai tali pinggang keledar. Belum lagi dengan jalan sesak...Semak kepala! Hahaha..Di sini tak payah nak fikir itu semua. Enjuooooyyy bebeh! Bagi duit Rp3000(RM1) dan suka hatilah nak berjalan ke mana. 

Susah nak tengok orang pakai sedan. kebanyakannya MPV...

Sama aja bila naik bas waktu orang balik kerja..SESAK!


Stesen bas antara satu perhentian dengan perhentian berikutnya dekat aja. Strategik dan berhenti di tempat kerumunan ramai seperti komplek beli-belah. Kerja saya setakat ini melepak di komplek Ramayana Jalan Jenderal Sudirman. Banyak-banyak Ramayana, Ramayana ini yang saya selalu kunjungi. Sebab apa? Sebab... satu komplek yang kecil ini pun saya belum habis jelajah lagi, inikan pula komplek-kompleks yang lain. Apa yang ada di mall kecil ini. Macam-macam ado...hehehe... antara ada duit dengan tidak aje...Batik beraneka jenis dan harga, baju jubah, blouse, skirt labuh dan alat solek tempatan Sariayu, Mustika Ratu, Wardah, Caring dan yada yada yada... tak larat nak sebutkan. Ketika saya menulis ini, rate matawang Rupiah dengan Ringgit agak jauh, 1RM- 3700 . Rupiah sedang jatuh. Jadi mari kita berbelanja macam tak ingat dunia! Bhahaha...Bahaya tu..
Sesekali saya ke Mall Pekanbaru menuju Gramedia, kedai buku yang popular di sini. Wah, terkelip-kelip mata memasuki kedai buku ini. Pelbagai jenis buku dan aliran agama termasuk Kristian dijual di sini. Persembahan pameran buku-bukunya sangat meriah. Andai saja saya bawa bagasi , sudah tentu banyak buku yang saya angkut. Memandangkan terhad, saya beli buku untuk saya baca di sini sahaja. Lainkali boleh datang lagi jika umur panjang dan rezeki murah insya allah...
Oklah...nanti sambung lagilah... 

dari sudut tepi lapangan terbang

Selamba je letak helmet atas motor..


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…