Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

ARIEL SHARON YANG TERAKHIR...

Bulan ini bulan yang indah untuk dikenang. Saat yang saya tunggu-tunggu akhirnya menjadi kenyataan. The Butcher, The Bulldozer, Arik The King...atau apa jua gelaran yang mendekam kemas dalam cepu akal sudah menjadi sejarah! Sejarah dimamah tanah kubur...heh heh... Ariel Sharon. Saya membesar dengan kontroversi demi kontroversi yang tiada lelahnya tentang zionis seorang ini. Seorang? Padahal dia bukan orang. Orangkah dia? Benar, dia bukan orang. Hidup dan matlamatnya hanya untuk memperluas tanah ISRAEL. Dan sepertinya dia selalu mengambil jalan yang mungkin dirasakannya paling mudah dan berkesan iaitu MENYAPU BERSIH warga-warga Palestin dari muka bumi. Tidak perlu sampai melayari internet atau membaca buku secara keterlaluan berkenaan Ariel Sharon untuk memahami tujuan dan cara hidup zionis yang sudah menyembam ke bumi ini. Berita dunia saban hari sudah menyediakan faktanya. Tidak sukar hendak melihat jalur-jalur halus akan cita-cita iblis dalam diri Ariel Sharon. Ia jelas dan terang ba…

SAYA, SEKOLAH DAN AYRTON SENNA?

Khamis yang indah... Salam seantero dunia. Sejahtera selamanya...
Lembaran 2014 terbuka lagi. Wah...begitu cepat waktu berlalu sehingga tak terasa usia kian bertambah dan tenaga semakin berkurangan. Dulu, pernah sakit hati apabila ada teman-teman yang selalu benar jatuh sakit. Gastriklah, asma, pitam, senggugut dan macam-macam lain penyakit tidak kronik. Eee..manjanya! Apabila dah sakit, makanan ada orang yang ambilkan di kantin. Sering menjadi perhatian dan dipantau setiap masa. Waktu itu saya berasa mereka yang tidak sihat itu mengada-ada. Saya tak ada pun sampai pitam-pitam. Perut pun tak pernah meragam tak tentu hala. Ok je! Sihat!
Itu dulu. Persepsi sendiri-sendiri. Kini apabila sudah terasa kecergasan dan stamina tak sebaik usia dua puluhan dulu, barulah merasai sendiri bagaimana keadaan tubuh badan dan emosi semasa tidak sihat. Dan alangkah baiknya jika benar-benar menghargai waktu sihat dulu. Betapa beruntungnya jika waktu ‘emas’ itu diluangkan dengan sebaik-baiknya. Aaahh...wak…