Skip to main content

ARIEL SHARON YANG TERAKHIR...


Bulan ini bulan yang indah untuk dikenang. Saat yang saya tunggu-tunggu akhirnya menjadi kenyataan. The Butcher, The Bulldozer, Arik The King...atau apa jua gelaran yang mendekam kemas dalam cepu akal sudah menjadi sejarah! Sejarah dimamah tanah kubur...heh heh...
 
Ariel Sharon. Saya membesar dengan kontroversi demi kontroversi yang tiada lelahnya tentang zionis seorang ini. Seorang? Padahal dia bukan orang. Orangkah dia? Benar, dia bukan orang. Hidup dan matlamatnya hanya untuk memperluas tanah ISRAEL. Dan sepertinya dia selalu mengambil jalan yang mungkin dirasakannya paling mudah dan berkesan iaitu MENYAPU BERSIH warga-warga Palestin dari muka bumi. Tidak perlu sampai melayari internet atau membaca buku secara keterlaluan berkenaan Ariel Sharon untuk memahami tujuan dan cara hidup zionis yang sudah menyembam ke bumi ini. Berita dunia saban hari sudah menyediakan faktanya. Tidak sukar hendak melihat jalur-jalur halus akan cita-cita iblis dalam diri Ariel Sharon. Ia jelas dan terang bagi sesiapa yang mahu mengambil tahu.
 
Apa yang telah dilaluinya sepanjang 8 tahun dalam keadaan koma(4/1/2006- 11/1/2006), tuhan maha mengetahui. Apa yang dideritai oleh penduduk-penduduk Palestin selama berada di bawah kekuasaan SuperIblis itu, Allah maha menyaksikan.
 
Bak patah-patah kata ayah : manusia jika dia sentiasa baik, itu bukan lagi manusia tetapi malaikat. Manusia jika sentiasa jahat, itu bukan lagi manusia sebaliknya syaitan. Manusia ada iman yang sentiasa turun naik keadaannya. Manusia tidak pernah lepas daripada salah dan lupa. Manusia akan melalui fasa-fasa USAHA dalam memperbaiki dirinya. Kadangkala usahanya jatuh dihempas badai godaan dunia. Dia bangkit lagi dengan azam untuk jadi lebih baik. Dicucuk pula duri-duri hidup yang amat sengsara. Sesekali terasa lebih mudah menjadi pendosa. Terkadang manusia hampir berputus asa. Namun begitu RAHMAT Allah lebih luas berbanding alam cakerawala.
 
Selamat menghadapi sesi pengadilan yang sejati wahai makhluk tuhan yang dicipta daripada air mani yang hina-dina! Walau sekejam dan sehebat mana sekalipun nama Arik The King, Januari 2014 telah  menjadi bukti, kau sesungguhnya tidak mampu memegang nyawamu sendiri! Arios!

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…