Skip to main content

SAYA, SEKOLAH DAN AYRTON SENNA?

Khamis yang indah...
Salam seantero dunia. Sejahtera selamanya...

Lembaran 2014 terbuka lagi. Wah...begitu cepat waktu berlalu sehingga tak terasa usia kian bertambah dan tenaga semakin berkurangan. Dulu, pernah sakit hati apabila ada teman-teman yang selalu benar jatuh sakit. Gastriklah, asma, pitam, senggugut dan macam-macam lain penyakit tidak kronik. Eee..manjanya! Apabila dah sakit, makanan ada orang yang ambilkan di kantin. Sering menjadi perhatian dan dipantau setiap masa. Waktu itu saya berasa mereka yang tidak sihat itu mengada-ada. Saya tak ada pun sampai pitam-pitam. Perut pun tak pernah meragam tak tentu hala. Ok je! Sihat!

Itu dulu. Persepsi sendiri-sendiri. Kini apabila sudah terasa kecergasan dan stamina tak sebaik usia dua puluhan dulu, barulah merasai sendiri bagaimana keadaan tubuh badan dan emosi semasa tidak sihat. Dan alangkah baiknya jika benar-benar menghargai waktu sihat dulu. Betapa beruntungnya jika waktu ‘emas’ itu diluangkan dengan sebaik-baiknya. Aaahh...waktu yang pergi memang tidak akan pernah kembali lagi. Manusia memang selalu di dalam kerugian, terutamanya manusia macam saya. Hehehe..

Jadi, azam tahun baru ni apa ya? Ada tak ek? Ya! Tahun baru ini saya hendak berjimat-cermat. Bukan disebabkan seruan kerajaan. Kebetulan kerana kewangan mulai menyusut dengan persiapan ala kadar masuk ke rumah baharu. Kalau dulu berbelanja untuk diri sendiri. Sekarang berbelanja seolah-olah anak dah ada lima orang. Perlu fikirkan apa yang lebih utama. Dan perlu kembali serius dalam dunia penulisan sebagai pendapatan tambahan.

Ok dah.

Sesi persekolahan bermula lagi. Hari pertama lagi jadual saya dah masuk darjah satu. Kerumunan ibu bapa, susunan kelas murid dan majlis hari pertama persekolahan. Rutin biasa apabila hari pertama sekolah dibuka. Yalah, anak baru melangkah alam sekolah. Tentu berdebar-debar nak tahu keadaannya kali pertama bergelar murid sekolah. Bercampur dengan murid-murid dari tadika/pra/tabika kawasan lain. Bolehkah bawa diri? Aman tenteram atau tidak? Selamat atau tidak? Gembira atau tidak? Boleh menjalani dunia sekolah atau tidak...

Saya sebagai tenaga pengajar sekaligus ibu mereka di sekolah,tentulah saya amat mengerti keadaan anak-anak murid yang paling kecil ini terutama pada hari pertama sekolah. Perasaan mereka masih rentan. Emosi mereka belum cukup stabil untuk menyesuaikan diri sepenuhnya di tempat baru. Cikgu tersalah nada sedikit dalam bersuara, pasti ada mata yang berkaca-kaca. Itu belum lagi yang terpekik-pekik takut nak pergi sekolah. Dan lagi yang berpaut kuat pada kaki ayah mereka agar tidak meninggalkan mereka di sekolah seorang diri. Alahai...

Ok. Itu sahaja pengalaman di tempat kerja pada minggu awal persekolahan.
Banyak-banyak berita yang sedang hangat kini, saya tertarik pada satu berita. Kemalangan pelumba F1, Michael Schumacher. Tujuh kali juara dunia dengan kelajuan yang semestinya boleh membunuh di litar perlumbaan. Kini berada dalam kondisi kritikal apabila terjatuh semasa bermain ski di sebuah resort. Entah mood apa, saya luangkan sedikit masa mengenali juara dunia lumba ini melalui biografi atau apa sahaja tentang pencapaiannya dalam dunia perlumbaan.
Dan antara cerita-cerita tentang dunia perlumbaan dan kemalangan atau kematian, saya tertarik dengan satu nama. AYRTON SENNA.

Jika tak baca tentang Michael Schumacher, mungkin saya takkan tahu kisah pelumba superior yang meninggal pada usia 34 tahun pada tahun 1994. Waaa...tahun 2013 baru saya jumpa berita ini ketika umur saya 34 tahun juga. Dan mengikut ramalan pak belalang saya ini, jika Ayrton Senna masih hidup, mungkin pencapaian Michael Schumacher taklah selegenda mana. Mungkinlah...

Wahahaha...tetiba sahaja saya rasa nama Ayrton Senna ini misteri. Dan apabila saya membaca tentang pelumba legenda yang satu ini, rupa-rupanya memang sangat misteri sehingga didokumentarikan oleh NatGeo. Patutlah naluri mistik saya tertarik dengan nama itu.

Memerhati wajah-wajah pakar bedak otak yang memberitahu perkembangan Michael Schumacher kepada pihak media (tonton berita chanel 5 Singapore), saya dapat rasa kemalangan ski itu bukanlah kemalangan ringan. Dan keadaan kritikal pelumba litar itu pun bukanlah keadaan kritikal biasa-biasa. Doktor bekerja sepanjang masa. Membuat pembedahan pertama dan kedua. Tetapi keadaan pelumba tersebut masih belum menunjukkan tanda-tanda positif. Wajah pakar bedak otak itu pun sudah menunjukkan dengan jelas betapa keadaan pesakit mereka amat sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Apa kaitan di antara Michael Schumacher dan Ayrton Senna?

Tiada apa kaitan yang menarik kecuali pada hari kemalangan Ayrton Senna itu (1 Mei 1994), di belakangnya adalah pelumba  Michael Schumacher pada ketika itu.
Heh heh... saya masih terkesan dengan misteri legenda AYRTON SENNA. Dan biarlah ia bermain-main dalam fikiran sehingga lenyap sendiri dimakan masa.

Ok. Cukup sampai di sini dahulu.

 p/s: Buat sementara waktu, saya belum dapat membalas komen saudara/saudari di blog saya kerana masalah teknikal. insya allah saya akan membalasnya. maaf sejuta ampun!


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …