Skip to main content

Anak Bangkinang (Suku Melayu Sumarajo)


GADIS JELEBU
(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tаk mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tаk tаhυ tanyo dulu jangan goma memandai-mandai
 
(Waris)
Kisah eh bermulo mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari’аn joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap kono komat ѕаmраі tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur

Chorus
(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tаk mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tаk tаhυ tanyo dulu jangan goma memandai-mandai
 
(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak
ԁаƖаm hutan

Zaman dah boghubah adat
ԁі tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun t
аk ghoti
 
Poie tanyo omak poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
“sebagai suatu warisan”
________________________________@@@____________________________________
 
Salam...
Aha... lagu yang sedang hangat diperdengarkan menerusi radio. Semasa memandu menuju Larkin menemani emak yang hendak ke pasar basah, saya mendengar lagu yang sama berkumandang di dua stesen radio. Kemudian saya tukar stesen ketiga (alergik dengan iklan)..aik? lagu ini lagi!!
 
 
Oleh sebab saya suka memahami isi lagu semasa mendengar muzik, saya tertarik untuk berkongsi tentang isi lagu Gadis Jelebu nyanyian Dato Hattan dan W.A.R.I.S.
 
Menarik. Iramanya yang membuatkan kita ingin mengangguk-angguk kepala, mengetuk-ngetuk jari pada stereng sambil menunggu lampu isyarat bertukar warna Hijau. Apatah pula lagu ini dipersembahkan dengan gaya gurindam. Namun begitu ada sesuatu yang mengetuk di minda dalam pada saya menikmati makna lagu ini...
 
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak
ԁаƖаm hutan
 
Sebagai anak keturunan dari leluhur yang mengamalkan adat pepatih, dalam waktu yang sama mempelajari agama...ia sungguh dilema. Adat pepatih memang mengutamakan pihak perempuan samada bercerai hidup atau bercerai mati.
 
Antara adat dan agama. Ditelan mati mak. Diluah mati bapak.
 
Ketua keluarga adalah lelaki. Orang yang bertanggungjawab menyara keluarga adalah lelaki. Oleh sebab itu, lelakilah yang harus dilebihkan hartanya, bukan perempuan. Walaupun sudah bercerai, lelaki masih perlu memberi nafkah kepada bekas bini dan anak-anak mengikut tuntutan-tuntutan syariah.
 
Dan sebab itu juga dalam bab faraid, Allah memperuntukkan nisbah harta yang anak lelaki dapat iaitu dalam Surah An Nisa ayat 11.
 
 1 lelaki: 2 perempuan. Logiknya kerana pihak lelaki perlu menyara hidup keluarga sedangkan perempuan adalah sebaliknya.
 
Perintah Allah bukanlah perintah manusia. Kata-kata dalam Al Quran juga bukanlah kata-kata manusia. Jika hukum Allah ditegakkan dan diamalkan, masing-masing akan mendapat hak yang sama rata. Jangan kita lupa. Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana.
 
Itu sekadar apa yang telah saya ketahui, pelajari, fahami dan percayai.
 
 Sebuah sistem cara hidup sudah dibangunkan sejak azali untuk khalifah di muka bumi ini. Siap dengan manualnya yang diturunkan secara berperingkat-peringkat, ada pula utusan dan penyampai yang ditugaskan untuk memberi peringatan dan berita gembira. Terpulanglah kepada diri kita untuk memaksimumkan aplikasi sistem cara hidup tersebut sebagai eviden pada hari pentaksiran dan penilaian kelak. Heh heh...
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…