Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

ISU WHATSAPP...

Isnin yang gemilang... “Zaman ini zaman di mana seseorang yang sedang berjalan di atas muka bumi, boleh dilihat dengan jelas dari angkasa dan boleh dikenal pasti gerangan yang sedang berjalan itu.”-kata-kata Kapten Nooruddin yang dapat saya cerap ke dalam cepu akal saya. Bukan hendak menyentuh isu mh370. Tapi hendak menyentuh soal teknologi yang begitu canggih telah ada di abad ini. Ini salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t, mudah bagi-Nya memberi ilmu kepada manusia. Dan manusia memang selalu melampaui batas. Aplikasi-aplikasi laman sosial sangat unggul dalam memudahkan manusia berkomunikasi. Satu yang saya mahu kongsi di sini ialah aplikasi Whatsapp. Ketika saya sudah pun mempunyai group dan aktif berkomunikasi dalam group geng-geng saya, kebanyakan kawan-kawan satu kerja belum pun lagi tahu apa itu Whatsapp. Ini disebabkan segelintir sahaja yang mempunyai telefon pintar yang ada melanggan plan data dari mana-mana syarikat telekomunikasi. Jadi, aplikasi whatsapp belum dapat di…

RANTAIAN PERISTIWA PEMBUKA TIRAI 2014

Salam... Ketika diberi ujian, manusia merintih dan kembali kepada tuhan. Tatkala disimbah rahmat dan kurniaan, manusia sering leka dan terlalu gembira sehingga melupakan tuhan. Hujan sedang turun dengan lebatnya. Menimbulkan suatu rasa yang begitu sendu di dalam hati. Tanah yang kering-kontang dan gersang dibasahi air. Cuaca yang hangat dan terik berubah sejuk dan dingin sekali. Tuhan sedang memberi jawapan kepada hamba-Nya. Memberi ingatan bahawa Dia maha mendengar. Dan kini segala doa-doa dan panggilan hamba-hambaNya di seluruh Malaysia telah bersahut. Hujan sudah mula turun. Menyambut panggilan rindu sang kemarau. Tika dan saat ini, terlalu banyak peristiwa yang seharusnya dirakam pada kertas karan ini. Peristiwa besar yang menjadi perasmi tirai 2014. Tapi saya tidak mahu mencatatnya dengan begitu detail. Blog ini adalah blog peribadi. Tujuan sebenar adanya blog ini adalah cerapan segala perang fikiran, pendapat dan isi hati yang mungkin boleh dikongsi bersama dengan pembaca. Hatta wa…