Skip to main content

ISU WHATSAPP...


Isnin yang gemilang...
 
“Zaman ini zaman di mana seseorang yang sedang berjalan di atas muka bumi, boleh dilihat dengan jelas dari angkasa dan boleh dikenal pasti gerangan yang sedang berjalan itu.”-  kata-kata Kapten Nooruddin yang dapat saya cerap ke dalam cepu akal saya.
 
Bukan hendak menyentuh isu mh370. Tapi hendak menyentuh soal teknologi yang begitu canggih telah ada di abad ini. Ini salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t, mudah bagi-Nya memberi ilmu kepada manusia. Dan manusia memang selalu melampaui batas.
 
Aplikasi-aplikasi laman sosial sangat unggul dalam memudahkan manusia berkomunikasi. Satu yang saya mahu kongsi di sini ialah aplikasi Whatsapp.
 
Ketika saya sudah pun mempunyai group dan aktif berkomunikasi dalam group geng-geng saya, kebanyakan kawan-kawan satu kerja belum pun lagi tahu apa itu Whatsapp. Ini disebabkan segelintir sahaja yang mempunyai telefon pintar yang ada melanggan plan data dari mana-mana syarikat telekomunikasi. Jadi, aplikasi whatsapp belum dapat digunakan secara maksima lagi.
 
Kini seiring dengan serangan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan plan data, majoriti kawan di tempat kerja saya sudah aktif dalam menggunakan aplikasi ini sehingga diwujudkan group rasmi milik tempat kerja.
 
Profesional. Sikap. Dua perkara ini sentiasa perlu dikemaskini walaupun semasa menggunakan Whatsapp. Bercerita tentang hal remeh-temeh di dalam group kerja yang tak melibatkan semua warga kerja, ia tak profesional. Apatah pula jika hal remeh-temeh ini berhujung dengan salah faham, selisih faham atau pergaduhan, ia satu sikap yang tidak baik. Tambah pula jika mesej itu ditujukan kepada seorang individu tertentu sahaja tetapi ditulis di dalam group, saya kira ia satu tindakan yang tidak profesional. Jika ada sesebuah pesanan penting untuk saya, mesej perlulah dipos terus secara personal kepada saya, bukan dipos ke dalam group. Untuk group kerja, sebaiknya hanya maklumat-maklumat penting diposkan agar semua warga kerja peka dengan notifikasi group pada telefon bimbit mereka. Whatsapp lebih mudah daripada Facebook. Maklumat lebih cepat sampai dengan aplikasi whatsapp berbanding lain. Tapi jika perkara penting dicampuradukkan dengan benda-benda santai, buang bateri sahaja dengan bunyi notifikasi yang bertubi-tubi. Walaupun dibisukan bunyinya. Anggapan bahawa group kerja itu sangat penting akan lenyap dan akhirnya ‘delete and exit group’.
 
Aha...saya bukanlah sangat profesional. Tapi saya tidak suka menyaksikan perbalahan dan pergaduhan apatah pula untuk mencampurinya. Buang masa kan? Tulis-tulis dalam group, lepas tu bergaduh. Masing-masing mula tarik muka. Macamlah kau takkan jumpa muka tu lagi di tempat kerja. Aura apa yang kau dapat bila bekerja dalam suasana macam tu? Aura negatif kan? Tahu pula akibat jika terlalu lama dipengaruhi oleh aura negatif. Habis tu yang nak bercerita sangat dalam group buat apa?
 
Tepuk dada tanya selera.
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…