Skip to main content

RANTAIAN PERISTIWA PEMBUKA TIRAI 2014


Salam...
 
Ketika diberi ujian, manusia merintih dan kembali kepada tuhan. Tatkala disimbah rahmat dan kurniaan, manusia sering leka dan terlalu gembira sehingga melupakan tuhan.
 
Hujan sedang turun dengan lebatnya. Menimbulkan suatu rasa yang begitu sendu di dalam hati. Tanah yang kering-kontang dan gersang dibasahi air. Cuaca yang hangat dan terik berubah sejuk dan dingin sekali. Tuhan sedang memberi jawapan kepada hamba-Nya. Memberi ingatan bahawa Dia maha mendengar. Dan kini segala doa-doa dan panggilan hamba-hambaNya di seluruh Malaysia telah bersahut. Hujan sudah mula turun. Menyambut panggilan rindu sang kemarau.
 
Tika dan saat ini, terlalu banyak peristiwa yang seharusnya dirakam pada kertas karan ini. Peristiwa besar yang menjadi perasmi tirai 2014. Tapi saya tidak mahu mencatatnya dengan begitu detail. Blog ini adalah blog peribadi. Tujuan sebenar adanya blog ini adalah cerapan segala perang fikiran, pendapat dan isi hati yang mungkin boleh dikongsi bersama dengan pembaca. Hatta walau pembaca itu dari abad akan datang. Terkadang walaupun hayat server dan kekekalan kertas karan ini boleh musnah pada bila-bila masa tetapi tidak mustahil dalam sejuta ada satu yang masih utuh dan kukuh menjadi memori untuk masa depan. Selagi hari kiamat belum menampakkan diri meski bayang-bayangnya sudah berkeliaran di mana-mana pada setiap masa.
 
1)Tahun baru mencatat sejarah baharu apabila sudah duduk di rumah baharu. Rumah yang belum mempunyai kelengkapan yang cukup tetapi sudah memiliki keperluan asas yang memadai. Alhamdulillah atas segalanya. Dalam hal ini, keadaan saya kembali seperti saya sewaktu menjadi penuntut di Mesir.
 
Yang pasti, saya sedang melalui fasa-fasa baharu yang agak sulit. Senjata yang diperlukan hanyalah kesabaran untuk setahun dua.
 
Memang seronok membaca blog-blog mereka yang sedang membuat persediaan kelengkapan rumah baharu. Tapi saya perlu mengukur baju di badan sendiri. Untuk diri yang penuh kekurangan dan kerdil ini, mengisi kelengkapan rumah dengan berhutang besar adalah amat berbahaya dan satu kerja bodoh yang perlu dihindari sejauh yang boleh. Biar saya tidak bersofa L-Shape asalkan saya tidak sakit kepala nak bayar hutang. Ini kerana saya tidak seaktif dan seligat manusia bijak lain yang pandai mencari duit tambahan. Saya salut pada mereka.
 
2) MH 370
Subhanallah... tak terkata...malas nak mengulas. Yang paling jelaslah bagi otak saya yang tak berapa cerdik ni, apabila berlaku kes ‘magik’ seperti ini, akan terdengar istilah hijack, rampasan, terrorisme dan pasti ada kaitan dengan Iran. Cukup-cukuplah, dah basi! Naik torek dengar berita yang entah apa-apa. Istilah ciptaan orang-orang ‘kapir’ ni dah tak kuasa Kak Jemah nak layan. Erk! Kak Jemah? Ahaks...Orang lain yang merancang, orang lain jadi kambing hitam dan orang lain pula jadi tukang angguk-angguk....eh, Mak Jemah membebel lagi. Hihi..
 
3) Kemarau, Jerebu
Manusia memang selalu melampau batas...kan?Bukankah ada kehidupan sekali lagi selepas ini?hatta walau si ‘kapir’ sekalipun, ada yang kata ‘hayat di masa depan’. Jadi, jangan kita melampau batas. Bencana-bencana yang berlaku adalah akibat tangan-tangan jahil manusia. Walau sekecil zarah pun saya membuat dosa, ada perhitungan yang menanti di hadapan. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.
 
4) Dadah jenis baharu – Pump It Powder (ye ke ini namanye?)
Kes 14 Mac, beberapa orang remaja maut akibat dadah jenis baharu. Masya-allah! Setiap dua minggu, pakar kimia dapat menghasilkan dadah jenis baharu. Setiap bulan akan keluar dadah-dadah baharu di pasaran. Salah siapa? Its so simple. TIADA PENERAPAN AJARAN AGAMA. Selama kau letakkan ISLAM di bawah tapak  kaki, mengasingkan antara islam daripada kehidupan manusia, menganggap kata-kata ALLAH sebagai perintah yang tidak laku, menghina utusan rasul Muhammad S.A.A.W dan menganggap orang-orang yang beriman sebagai masyarakat kolot lagi ketinggalan zaman. Polis sendiri pun naik lelah nak mengikuti perkembangan pesat najis-najis dan kotoran yang sentiasa diubahsuai tahap demi tahap. Orang lain pergi masjid buat solat hajat minta hujan turun, minta misi pencarian MH370 jumpa jalan penyelesaian, kau pulak pergi konsert makan dadah. Patutnya sebelum nak makan dadah ni, cari dulu mana-mana kedai yang ada jual nyawa. Ada?
 
5) PBS(Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
Dah terhantuk barulah terngadah. Barulah nak masuk berita, konon memahami apa penderitaan guru yang sebenarnya. Mengapa baru sekarang memberi keringanan kepada guru untuk merekod pencapaian murid pada waktu yang cikgu mampu? Mengapa baru sekarang kata cikgu tak perlulah nak bangun pukul 2/3 pagi untuk isi SPPBS? Cikgu juga tak perlu nak buat fail perkembangan murid atau rekod transit. Dahulu sebelum nak laksanakan tranformasi ini, tak berfikir dulukah? Tak pernah bertimbang-timbangkah akan beban guru yang tak pernah berkurang? Mengapa tunggu guru-guru mengamuk barulah nak berubah? kenapa? Sebab kau takut jika PBS ini akan dimansuhkan sepertimana PPSMI. Gitu?
 
6) Penulisan novel
Semoga dengan suasana di rumah sendiri yang lebih tenang dan kondusif walaupun belum memiliki prasarana yang lengkap, saya dapat meneruskan projek novel yang terbengkalai lama. Lumrah apabila keadaan kita tidak tenang, fikiran juga turut terganggu. Emosi pun tak menentu. Nak menulis pun susah. Kadangkala insan yang lemah seperti saya ini mudah larut dengan rasa kecewa. Tika Allah hadirkan hamba-hambaNya untuk menyakiti hati saya, menguji sejauh mana saya boleh sabar, saya rasa sangat sedih. Siapa tak geram kan, kita tak cari pasal, orang pulak cari hal dengan kita. Kita tak kacau orang, orang pulak dengki dengan kita. Tapi setelah kita berusaha untuk bertenang, kita mula yakin ia hanyalah sebuah ujian. Dan Allah sudah pun tunjukkan hikmahnya. Alhamdulillah..

7) PR KAJANG
Satu sahaja yang bermain di fikiran tentang pilihanraya Kajang ini. Apabila muncul sahaja pilihanraya yang memungkinkan Anwar Ibrahim menang, tiba-tiba sahaja beliau disumbat ke penjara dengan kesalahan yang dah basi tu. Memang drama sungguh.
 
Konklusinya, peristiwa demi peristiwa ini sedang memberitahu saya bahawa masa begitu pantas berlalu. Tak sedar sudah pun berada di bulan MAC. Ada suara seakan menggesa saya supaya jangan membuang waktu. Jangan membuang masa. Jangan lalai. Perbaiki diri. Perbaiki amalan. Masa sudah begitu suntuk. Tiada masa untuk melihat keburukan orang lain. Bahkan masa yang ada sebenarnya belum tentu cukup untuk memperbaiki peribadi diri sendiri.
 
Kejadian demi kejadian ini seakan meniupkan semangat kepada saya agar perbanyakkan rasa cinta dan kasih kepada anak-anak didik biar bagaimanapun latar belakang mereka. Mereka ini adalah amal jariah saya. Saya tiada rupa. Tiada harta dan tiada nama. Tapi saya ada mereka. Mereka inilah pembantu untuk saya menambah harta di kampung akhirat nanti. Semoga saya tidak sia-siakan tanggungjawab menerapkan pelajaran agama kepada anak bangsa. Amin.
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…