Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

APABILA AKAL DAN RASA SALING BERPERANG...

Syalumm... Kesejahteraan buat hamba-hamba tuhan yang beriman bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya yang muncul membawa dua perkara; Khabar Gembira dan Pemberi Peringatan. Bagi yang tidak seiman dan sekepercayaan dengan saya, entri ini bukan untuk anda. Saya beritahu awal kerana saya tidak mahu ada perkara berbangkit di belakang hari. Noktah. Banyak benar spekulasi yang mengajak kita berfikir di luar kotak tentang satu-satu peristiwa yang berlaku. Namun begitu, jika kita menggunakan akal fikiran yang tajam dan penuh tumpu, kita mampu menilai berdasarkan maklumat-maklumat yang disalurkan hanya dari sebuah kotak empat segi yang skripnya sudah ditulis terlebih dahulu. Kebenaran takkan terpadam biar bagaimanapun usaha ke arah itu cuba dilakukan. Terkadang si pembohong oleh kerana terlalu biasa menipu, tidak menyedari dialah juga orang yang memberitahu perkara yang sebenar. Adakah sama orang yang beriman dengan tidak beriman? Adakah sama orang yang celik penglihata…