Skip to main content

APABILA AKAL DAN RASA SALING BERPERANG...


Syalumm...
 
Kesejahteraan buat hamba-hamba tuhan yang beriman bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya yang muncul membawa dua perkara; Khabar Gembira dan Pemberi Peringatan.
 
Bagi yang tidak seiman dan sekepercayaan dengan saya, entri ini bukan untuk anda. Saya beritahu awal kerana saya tidak mahu ada perkara berbangkit di belakang hari. Noktah.
 
Banyak benar spekulasi yang mengajak kita berfikir di luar kotak tentang satu-satu peristiwa yang berlaku. Namun begitu, jika kita menggunakan akal fikiran yang tajam dan penuh tumpu, kita mampu menilai berdasarkan maklumat-maklumat yang disalurkan hanya dari sebuah kotak empat segi yang skripnya sudah ditulis terlebih dahulu.
 
Kebenaran takkan terpadam biar bagaimanapun usaha ke arah itu cuba dilakukan. Terkadang si pembohong oleh kerana terlalu biasa menipu, tidak menyedari dialah juga orang yang memberitahu perkara yang sebenar.
 
Adakah sama orang yang beriman dengan tidak beriman?
Adakah sama orang yang celik penglihatan dengan orang yang buta?
Adakah sama orang yang diberi petunjuk dengan orang yang sesat?
 
1)                  NALURI SEORANG WANITA
Semalam saya menonton cerekarama “Anak aku bukan milik aku”. Saya bukan hendak mengulas isi cerita yang ditonton. Tapi saya terkesima, begitu terangnya jalan cerita ini menggambarkan keadaan remaja kita yang semakin tenat.
 
Malah yang peliknya, kita masih ada perasaan lagi pada orang yang telah membuatkan kita tersiksa selama 9 bulan. Dan kembali bersama dengan orang yang telah menyebabkan hilangnya maruah seorang perempuan. Dalam drama bersiri yang lain pula, kita boleh jatuh hati pada orang yang telah merogol kita!? Allahu Akbar...
 
Jika ini sebuah imaginasi sang pengkarya, fantasi jenis apakah ini? kalau ini sebuah adaptasi daripada kisah benar pula, apa sebenarnya yang menjadi pegangan orang melayu islam di negara saya sekarang ini? Kisah cinta jenis apakah ini?
 
2)                  MH370
Misteri ini seakan semakin rumit dan mula memeningkan banyak pihak. Seperti biasa, saya tiada apa yang hendak diulas di blog ini. Blog biasa yang dibina untuk berkongsi rasa dan perang fikiran. Sama sahaja seperti blog-blog yang lain. Namun ada satu perkara yang sentiasa meresahkan perdu kalbu sejak selesainya Perang Iraq-US. Fokus dan pemerhatian saya tertuju kepada Iran. Dan sehingga misteri MH370 ini berlaku juga, saya masih resah gelisah tentang Iran.
 
Menyebut nama Iran, pada bulan-bulan akhir tahun 2013 jika saya tidak salah, taklimat besar-besaran, perkumpulan tergempar diadakan semata-mata untuk memperbincangkan tentang bahayanya ajaran Syiah. Negara manakah yang majoriti penduduknya mengamalkan Syiah kalau bukan Iran?
 
Seperti yang saya katakan awal tadi, jika kita memberi sepenuh tumpuan kepada akal fikiran kita, kita masih boleh menilai melalui kotak empat segi yang selalu ada di dalam setiap rumah. Kotak empat segi itu sememangnya sudah menyediakan skripnya terlebih dahulu sebelum dipertontonkan kepada para penonton.  Tapi akal fikiran kita tidak perlu kepada proses skrip. Selain daripada Al Quran dan Hadith, akal fikiran adalah neraca timbang yang perlu kita gunakan tanpa bergantung kepada skrip.
 
Apa yang diresahkan benar tentang Iran? Kerana naluri mengatakan negara itu akan diperangi oleh seteru-seterunya. Setelah mengadap kotak empat segi yang skripnya sudah tertulis sejak berpuluh tahun yang lalu memberitakan tentang perseteruan sengit  mereka, tidak dapat tidak, negara yang akan diperangi seterusnya adalah Iran. Dan ketika ramalan ini benar nanti, di sisi manakah kita menyebelah? Kita membenci Iran kerana ajaran syiahnya. Maka dengan itu kita akan menyokong zionis-yahudi, athies yang anti agama. Begitu?
 
Wooo!! Kau macam pro-Syiah ni! Bahaya ni! Syiah tu la zionis! Syiah tu kapir! Syiah lebih teruk daripada yahudi! Kau berhati-hati Mak Jemah! Nanti boleh jadi murtad! Masuk jel!
 
Wowowowo....kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Kalau kita tak tahu, bercakaplah seperti orang yang tak tahu. Kalau kita tak pernah mengenali ajaran Imamiah, memegang kitab-kitab Syiah Imamiah, membaca doa-doa para imam, dan diskusi tentang perbandingan fiqh 4 mazhab yang melibatkan fiqh Imamiah, lebih baik kita mengutuk Zionis-yahudi yang sudah terbukti di mana-mana pun melakukan pembantaian, pembunuhan, penyembelihan atas sebab hendak merampas tanah Palestin.
 
Tak perlu hendak mempersoalkan tentang perbuatan mencederakan diri sempena memperingati Hari Karbala, sujud di batu atau fiqh mereka yang berbeza dengan kita di sini. Sudah banyak forum, taklimat, youtube, blog-blog, wordpress malah buku-buku tebal yang  membahaskannya.
 
Lihatlah pada ajaran itu, bukan pada penganutnya.
 
Dalam cerekarama semalam bertajuk “Anak Aku Bukan Milik aku”, perempuan yang melahirkan anak luar nikah itu menganuti ajaran apa? Adakah ajaran Islam membenarkan muslimah melahirkan anak di luar nikah? Apakah ajaran Islam menyokong pembinaan Pusat Perlindungan yang kononnya demi untuk menyelamatkan bayi daripada dibuang ke dalam sungai, tong sampah atau dimakan anjing? Itu sama sahaja seperti ajaran Islam membenarkan seorang muslimah melahirkan anak haram.
 
Jadi, bolehkah kita menilai sesuatu ajaran itu berdasarkan perilaku penganutnya? Dengan begitu alangkah bagusnya jika kita berkata-kata tentang sesuatu yang memang kita tahu. Atau lebih baik kita diam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…