Skip to main content

AILABIYU BEBEH...


Salam penuh kasih...
 
Wah...nampaknya bukan blog makcik aje dah didiami sarang lelabah tapi dengan kereta makcik sekali dia orang ni berminat nak hinggap dan membuat rumah. Dahsyat sungguh kereta makcik ni. Maklumlah, sejak lima bulan duduk di rumah sendiri, baru sekali makcik cuci kereta makcik di kedai. Hehehe... tak tahulah kalau keadaan kereta makcik ni dah sampai ke tahap zon selesa untuk labah-labah ni buat sarang. Hihihi...
 
Anyway, makcik sentiasa ‘ailabiyu’ dengan kereta makcik. Disember 2014 ni genaplah kereta makcik berusia 7 tahun. Wooo...banyak jasanya kepada makcik. Berulang alik Johor-Terengganu, ke sana ke mari ia bawa makcik dengan setia. Oleh kerana luar dalamnya masih tip top lagi, makcik pejam mata aje dengan kekurangan-kekurangan kecil yang ada. Tengok orang lain tukar ganti kereta, makcik masih belum jumpa lagi sebab-sebab kritikal kenapa pula makcik kena tukar kereta. Tambah dah ada rumah ni, tak terfikir dah nak tukar kereta. Tu yang cuci kereta pun sekali dalam 5 bulan. Mana tidaknya, sekali cuci dah berbelas ringgit. Nak cuci sendiri? Tidak terdaya badan makcik yang kecil dan kudut ini nak oi...
 
Oh...alangkah tak sabarnya nak tunggu kereta makcik ni habis bayar. Sejak ada rumah, kehidupan ni nampak semakin terang warna-warnanya. Barulah lebih nampak hikmahnya jika kita pandai menyimpan duit. Simpan tu simpan jugak tapi zakat tu zakat jugak kan. Sebut pasal zakat makcik teringat radio BESTFM. Entah berapa kali sehari iklan pasal zakat. Asyik zakat aje, macamlah tak ada rukun lain yang nak diwar-warkan pada masyarakat. Iklan pulak tu macam bagi amaran aje gaya bunyinya.
 
Rukun Islam yang pertama tu sepatutnya lebih sering dihebah-hebahkan. Setiap kali pendengar terdengar aje iklan tu, pendengar pun akan mengucap dua kalimah syahadah. Eh, makcik membebel pasal zakat pulak..hahaha
 
Berbalik tentang kereta dan simpanan tadi, makcik semakin teruja nak menyimpan duit. Boleh ya kawan-kawan, sangat boleh. Dalam keadaan kita sempit ini, kita masih boleh menyimpan duit walau sedikit. Inikan pula apabila kita ada lebihan wang.
 
Jauhi judi dan nombor ekor. Ini penyebab terbesar orang takkan kaya. Tidak kira agama dan bangsa. Kalau pun terkena sekali dua loteri itu, hidup takkan berkat. Dahulu makcik ni lurus bendul, makcik memang tak percaya ada orang Islam yang terlibat dengan godaan psikologi macam tu. Makcik fikir orang bukan Islam aje yang buat. Waa...bila makcik nampak depan mata makcik sendiri, barulah makcik percaya.
 
Mengapa makcik katakan itu godaan psikologi? Makcik dulu masa kecil dalam umur 7 atau 8 tahun, makcik suka main tikam. Beli seposen jajan tu lepas tu tengok nombor di dalamnya. Tikam mainan yang selalu dijual di kedai runcit. Kalau terkena nombornya, makcik boleh dapat cincin, gelang atau rantai. Tentulah mainan punya. Hihihi...
 
Tapi sebenarnya ia secara tidak langsung merangsang minda kita untuk dapatkan yang lebih bagus dan lebih lagi. Lagi dan lagi dan lagi dan lagi...(iklan bateri eveready) dengan cara beli jajan banyak-banyak sampai berpuluh-puluh semata-mata nak dapatkan nombor yang ‘ong’. Akhirnya duit habis tapi nombor pun tak kena. Dan perasaan ‘nak mencuba’ yang begitu terdesak ini akan menuntut nafsu supaya berusaha cari duit lagi dari semasa ke semasa. Tapi dapat aja duit, ia akan habis begitu sahaja. Dan ini adalah belenggu perasaan. Kita diikat dengan perasaan ini tanpa letih dan penat. Sekali sudah tercebur ke dalam kancah ini....tuhan sahaja yang tahu betapa susahnya untuk melepaskan diri...kesian kan? Kita sebenarnya mempermain perasaan kita sendiri. Kita dah menganiayai diri kita sendiri tau..
 
Kesedaran ini perlu ada dalam diri manusia khususnya hamba Allah. Tuhan kita yang sangat penyayang sudah memberi amaran dalam kitabNya tentang bahaya perjudian. Tuhan sungguh sayang kepada kita. Kitalah yang selalu menzalimi diri kita sendiri. Kan?
 
Berbalik kepada hal kereta dan simpanan makcik, makcik rasa lepas dapat gaji ni makcik macam terdengar-dengarlah seruan suruh makcik cuci kereta makcik tu. Hihihi...takut kang black widow pulak yang buat sarang dalam kereta makcik, siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka...
 
kredit to google picture.
 
 
Mode: Teringatkan kereta ‘ailabiyu’ makcik.
 
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…