Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

APABILA BERTEMU BUKU DENGAN RUAS - Minah Leter

Salam… Pagi Ramadhan yang indah, dingin lagi nyaman mendamaikan. Mendung kelabu mewarnai langit yang teduh. Suka sangat suasana macam ni. Angin kencang di beberapa tempat dan sekali sekala disusuli petir dan kilat...ups.. teringat pemberita cuaca di tv. Ahaks... Walaupun cuaca begitu tenteram tapi berangin juga satu badan ni bila pagi-pagi lagi member dah buat hal. Hidup tahu nak senang aja. Pasal tulah kawan kerja ni sesuai untuk masa kerja aje. Nak cerita pasal hal peribadi, harremm.. Minah tak heranlah kalau siapa-siapa pun nak sambung Master ke..PHD ke... Ijazah ke kan..memang bagus untuk peningkatan laras pendidikan kita. Tak dinafikan tu. Masa mula-mula kerja pun, Minahlah yang ke hulu ke hilir jumpa senior-senior tanye, “Kak, apa pendapat akak kalau saya nak sambung Master?”. “Alah, kau ngajar sekolah rendah aje kan, tak payahlah nak sambung Master. Bukan gaji kau bertambah pun.”Jawapan tu yang Minah dapat. Jawapan yang diterima ketika Minah masih fresh dan beranggapan Minah samb…

MY LOVEY-DOVEY LAPPY...ACER V5 TOUCH SCREEN

salam 1 Ramadhan ...



Ahaks...macam apa je kan.. dah tukar-tukar nama blog sekali tu Page Rank jatuh mendadak.. uhuks..

Tukar balik nama asal...

Okeh, hari yang mulia ni Mak Peah tak banyak nak tulis sebab banyak sangat perkara yang Mak Peah kena buat tau. Mengemas, menyapu dan bersedia untuk memasak lepas Asar nanti.

Jadi, apa kena mengena dengan gambar laptop di atas yek?

Itulah lappy pemberian orang tersayang pada hari lahir Mak Peah yang ke berapa ratus tahun entah tahun lepas..ahaks.. Ia murah tapi sudah banyak berjasa. Ini bukan pilihan Mak Peah kalau nak membeli laptop (Banyak spec yang Mak Peah akan tengok kalau serius nak beli). Tapi sebab lovey-dovey Mak Peah yang nak present, Mak Peah paksakan diri pilih yang ini. Sebab apa? Sebab Mak Peah sayang dia. Dia tak kaya tapi dia nak jugak belikan Mak Peah lappy sebab lappy sebelum ni rosak kena teh panas tuuu...sobss sobs... sedih pulak teringat kejadian lama yang mengguris hatiku..

Jadi, Mak Peah redha dengan pilihan ini. Hidup selep…

MAK PIAH, BIDAN URUT DAN DOA

Salam... Pagi Jumaat yang indah selepas Nisfu Syaaban... Dekat lima bulan bertapa di teratak usang Mak Piah ni, barulah Mak Piah terkesan ada ketirisan di siling ruang tamu Mak Piah. Cepat-cepat Mak Piah maklumkan pada staf pemaju perumahan. Alhamdulillah, mereka cepat hantar bantuan. Maaflah ya, Mak Piah tukar alamat blog Mak Piah. Bukan sebab nak menghindari sesiapa tapi nak kelaskan antara blog penulisan dengan blog peribadi. Itu sahaja. Susah juga kan nak promosi blog penulisan kalau kita gunakan nama pena di blog peribadi kita. Pening kepala orang, siapa pula Mak Piah ni. Heh heh... Pagi ni Mak Piah nak sentuh isu rumah. Ada member Mak Piah baru menempah rumah. Ada pula yang dulunya tak ambil berat soal rumah tapi sekarang macam kelam kabut sangat nak cari rumah. Rumah besar ke..rumah kecil ke...kita kena bersyukur dengan apa yang kita. Kita tak cantik ke...kita cantik ke...kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada. Mak Piah menasihati diri Mak Piah ni. Jangan kita bandingkan di…

MAK ENON MASIH BERTAPA.

Salam ceria Sabtu yang penuh sejarah...

Kenapa ya hari sabtu pernah menjadi hari yang bersejarah? Kerana Hari Sabtu ialah hari cuti dan khusus bagi umat Bani Israel untuk beribadah kepada Allah. Mereka mesti mensucikan Allah apabila hari Sabtu tiba. Allah malah menguji Bani Israel, menghadirkan ikan-ikan yang banyak terapung di permukaan air pada hari Sabtu sementara pada hari lain, tak ada pula ikan sebanyak itu.

Bani Israel yang diceritakan di dalam Al Quran itu sungguh ganjil. Semakin dilarang, semakin dibuat apa yang ditegah. Maka, berlakulah kutukan demi kutukan tuhan. Muka menjadi kera yang hina dina. Ada lagi hukuman lain tapi Mak Enon teringat yang ini sahaja setakat ini.



Eleh Mak Enon ni, Sabtu tu Sabtu la. Israel pun Israel ler. Apa kena-mengena dengan kita orang Islam? Kita mengkuduskan Allah pada hari Jumaat, bukan Sabtu. Ye ele hai Mak Enon ni...

Ahaha... cicit-cicit sekelian, ajaran Islam bukan ajaran terbaharu di abad terbaharu. Ajaran Islam ialah ajaran yang membenarka…

MAK TIMAH MASIH RILEKS...

Salam di dalam hujan lebat... Waa...Mak Timah Landak rasa seronok malam ni sebab udara dingin aja. Hujan rahmat telah datang, memberi harapan pada tanah kontang lagi gersang. Menyubur tumbuhan dan jua tanam-tanaman.



Hehe..Mak Timah Landak dah dua hari tak siram pokok Mak Timah Landak sebenarnya. Sebab itu Mak Timah Landak rasa syukur benar dengan hujan ni. Pokok Limau Purut Mak Timah Landak dah membesar bagai johan. Dulu masa beli, tinggi tak sampai pun 10 cm. Sekarang dah nak sama tinggi dengan Mak Timah Landak. Alhamdulillah, boleh rupanya Mak Timah Landak membela tumbuh-tubuhan. Kata orang, kalau tangan panas susah pokok nak subur. Tangan Mak Timah Landak ni kiranya sejuklah ya? Tapi kekadang tu kalau berangin, Mak Timah Landak memang teringin nak melempang orang. Macam mana tu ya? Hahaha... Cuti Mak Timah Landak kali ni rileks je. Cuci pinggan, ke pasar, memasak, menjahit, menyapu sampah, cuci baju dan mengemop lantai. Eh, banyak pulak kerja Mak Timah Landak. Tadi kata rileks je. K…