Skip to main content

APABILA BERTEMU BUKU DENGAN RUAS - Minah Leter


Salam…
 
Pagi Ramadhan yang indah, dingin lagi nyaman mendamaikan. Mendung kelabu mewarnai langit yang teduh. Suka sangat suasana macam ni. Angin kencang di beberapa tempat dan sekali sekala disusuli petir dan kilat...ups.. teringat pemberita cuaca di tv. Ahaks...
 
Walaupun cuaca begitu tenteram tapi berangin juga satu badan ni bila pagi-pagi lagi member dah buat hal. Hidup tahu nak senang aja. Pasal tulah kawan kerja ni sesuai untuk masa kerja aje. Nak cerita pasal hal peribadi, harremm..
 
Minah tak heranlah kalau siapa-siapa pun nak sambung Master ke..PHD ke... Ijazah ke kan..memang bagus untuk peningkatan laras pendidikan kita. Tak dinafikan tu. Masa mula-mula kerja pun, Minahlah yang ke hulu ke hilir jumpa senior-senior tanye, “Kak, apa pendapat akak kalau saya nak sambung Master?”.
 
“Alah, kau ngajar sekolah rendah aje kan, tak payahlah nak sambung Master. Bukan gaji kau bertambah pun.”Jawapan tu yang Minah dapat. Jawapan yang diterima ketika Minah masih fresh dan beranggapan Minah sambung Master bukan sebab nak gaji naik. Pada masa tu Minah tak tahu pun nak baca tangga gaji. Tak jelas pun gaji akan naik macam mana. Yang Minah tahu masa tu, Minah nak sambung Ijazah sebab malas nak tangguh-tangguh lama sangat. Dah alang-alang belum kahwin, belum ada komitmen apa, baik sambung Master. Tapi jawapan tulah Minah dapat walaupun hakikatnya jawapan itu memang betul. Bila dah hampir 10 tahun bekerja dalam bidang penjawat awam ni, baru Minah faham kenapa senior tu bagi jawapan macam tu.
 
Sambung belajar tu usaha yang baik. Tapi ingat, kita ada usaha besar yang paling penting, iaitu tugas utama kita. Jangan kerana terdesak nak siapkan assingment, buat thesis, submit tutorial bagai... kita sanggup ketepikan kerja besar kita. Kerja besar kita nilah periuk nasi kita. Di sekolah, buatlah kerja apa pun pasal sekolah. Nanti free-free boleh celah kerja-kerja sampingan. Menyerahkan tugas mengawal murid kepada orang lain sedangkan itu tanggungjawab kita dengan alasan, “Budak bising”, “Budak tak terkawal”... petanda bahaya tu pada Minah.
 
Murid mana yang senyap 24 jam dalam kelas? Murid mana yang baik, mengadap buku 24 jam? Semua guru adalah guru disiplin, kan? Minah faham, kita semua ada kekangan masa, ada bebanan kerja. Tapi jangan lari daripada tanggungjawab. Minah respek dengan senior yang mengajar dah hampir 25 tahun tapi jangan haraplah senior tu nak bagi kelas dia orang lain jaga. Kalau bercuti pun, dia akan sediakan lembaran kerja. Minah cukup tabik. Minah belum mampu ikut macam dia 100 % tapi sikap dan disiplin dia tu sedikit sebanyak mempengaruhi kita tiap kali kita rasa kalah dengan sikap segelintir teman-teman yang suka lepas tangan.
 
Jadi pagi Ramadhan ni, Minah dah guriskan hati kawan kerja Minah. Satu saja, Jangan buli orang depan Minah. Minah takkan tahan. Dan kalau tak boleh bantu Minah, jangan pulak tambah beban Minah. Jangan sibuk dengan kerja-kerja bawah seliaan Minah. Laser Minah memang tak kenal Ramadhan ke...Syawal ke..Syaaban, ZulKaedah Zul Hijjah semua tu.. Sekian.
 
 
Mode: MinahLeter tengah bengkak.

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…