Skip to main content

MAK ENON MASIH BERTAPA.


Salam ceria Sabtu yang penuh sejarah...

 

Kenapa ya hari sabtu pernah menjadi hari yang bersejarah? Kerana Hari Sabtu ialah hari cuti dan khusus bagi umat Bani Israel untuk beribadah kepada Allah. Mereka mesti mensucikan Allah apabila hari Sabtu tiba. Allah malah menguji Bani Israel, menghadirkan ikan-ikan yang banyak terapung di permukaan air pada hari Sabtu sementara pada hari lain, tak ada pula ikan sebanyak itu.

 

Bani Israel yang diceritakan di dalam Al Quran itu sungguh ganjil. Semakin dilarang, semakin dibuat apa yang ditegah. Maka, berlakulah kutukan demi kutukan tuhan. Muka menjadi kera yang hina dina. Ada lagi hukuman lain tapi Mak Enon teringat yang ini sahaja setakat ini.

 


Eleh Mak Enon ni, Sabtu tu Sabtu la. Israel pun Israel ler. Apa kena-mengena dengan kita orang Islam? Kita mengkuduskan Allah pada hari Jumaat, bukan Sabtu. Ye ele hai Mak Enon ni...

 

Ahaha... cicit-cicit sekelian, ajaran Islam bukan ajaran terbaharu di abad terbaharu. Ajaran Islam ialah ajaran yang membenarkan apa yang ada dalam Taurat dan Injil. Orang-orang Alkitab sangat maklum dengan ajaran yang Nabi Muhammad bawakan ini. Malah, mereka mengenali tanda-tanda kenabian Muhammad sebagaimana mengenali anak sendiri. Tetapi ketika muncul nabi terakhir itu, mereka menafikannya. Mengatakan Muhammad ‘tukang sihir’, ‘gila’ dan ‘mengadakan bohong’. Wow...boleh gitu eh? Orang-orang Alkitab tu bukan orang biasa. Mereka orang yang tahu kebenaran. Tapi mereka berani menyembunyikan kebenaran. Hebatlah tu kan?

 

Adoi ai...Mak Enon sebenarnya bukan nak bercerita tentang sejarah. Tapi sebab terkena hari Sabtu, Mak Enon boleh pulak melarat-larat. Maaflah ya kalau terasa macam Mak Enon berceramah. Hehe...Mak Enon kongsikan apa yang Mak Enon fikirkan aja. Tak kisahlah tu kalau cicit sekelian tak sebulu dengan kepala hotak Mak Enon pun. Lain orang lain la pendapatnya kan? Worait... 

Entri sebelum ni Mak Enon tercerita pasal sahabat-sahabat Mak Enon kan. Membuatkan Mak Enon teringat isu WHATSAPP yang tak habis-habis.
 

Ada sebahagian kawan Mak Enon, peringkat sekolah menengah atau peringkat dah bekerja ni yang kecil hati sebab Mak Enon left group mereka. Ahaks...

Mak Enon kadang-kadang tertanya jugak diri Mak Enon ni, “Enon sangatkah diriku ini?”

Hahaha...

Okehlah, Mak Enon tahu sorang dua kawan-kawan Mak Enon ni suka jadi silent reader blog Mak Enon ni. Mak Enon tak marah pun. Tapi kekadang sebelum kita mengambil sebarang tindakan, kita kenalah berfikir banyak kali. Betul tak?

 

Sebenarnya apa tujuan diadakan Group alumni sekolah atau group tempat kerja sekalipun?
 

Kena fikir banyak perkara sebelum benar-benar pasti nak buat group. Contoh: Group sekolah.
 

Ia bagus untuk dijadikan medan bertukar-tukar fikiran atau berbincang secara matang. Bukan semua ahli kelas kita tu beraliran fikir yang sama. Bidang pekerjaan pun lain-lain. Status pun bermacam-macam. Bujang, dah kawin dan janda atau duda pun ada. Sebelum nak bukak topik cerita, kena fikir banyak kali atau hanya orang yang sekepala dengan anda sahaja yang akan join. Sementara yang lain diam membisu. Nak mencelah apa kalau dok bercerita pasal benda-benda laki bini? Sudahnya, apa faedahnya? Dah namanya pun group, perlulah ada faedah yang merangkumi seluruh ahli group. Kan?Kalau tidak, text ajelah personal. Habis cerita.
 

Kita jangan fikir orang yang satu masa dulu pernah bertepuk tampar dengan kita, bergurau dan bermesra dengan kita, dia juga akan kekal begitu sehingga kini. Contohnya diri Mak Enon sendiri. Mak Enon masa sekolah dulu sangat kamcing dengan seorang kawan Mak Enon. Biar Mak Enon namakannya Makcik Markonah. Perpisahan yang begitu lama- 20 tahun- memendamkan rasa rindu yang teramat pada Makcik Markonah ni. Teringat semualah kenangan-kenangan lama. Apabila Mak Enon dapat hubungi semula Makcik Markonah ni, punyalah teruja macam apa. Tapi rupanya keterujaan tu macam pelangi, hujan berhenti ia pun pergi. Kenyataannya, itu adalah mainan perasaan sahaja. Mak Enon terlupa, hidup ini sentiasa berubah-ubah. Manusia juga begitu. Dan Mak Enon baru tersedar. Pahit juga realiti hidup ni kalau Mak Enon cicip-cicip. Lebih baik telan je. Taklah terasa sangat. Hahaha... 

Dan, perlulah minta izin dulu sebelum nak masukkan nombor ke dalam grup. Jadi, tidaklah hati kita terguris bila tiba-tiba orang left group kan? Keh keh... 

Sama aja dengan group kerja pun. Ini lagilah. Entah apa-apa. Malas Mak Enon nak membebel. Janji jangan ada yang mengacau dunia Mak Enon, hati dah bersyukur sangatlah. Kerja tetap kerja. tanggungjawab tetap tanggungjawab. Kalau disebabkan Whatsapp ni, kita sama kita berentam, sebar fitnah sana sini, malas Mak Enon nak mengadapnya. Buang bateri Mak Enon je. Lebih baik Mak Enon tak tahu apa yang terjadi. Kalau tak, dengan Mak Enon sekali membuat dosa. Maklumlah, Mak Enon ni manusia biasa, lemah lagi kerdil. Kalau setan dah merasuk jiwa Mak Enon ni, setan sendiri pun takut dengan Mak Enon. Astaghfirullahal azim... Ya Allah ampunkanlah dosaku...

 okeh...Mak Enon nak sambung bertapa semula...

 

 

 

 

 

 

 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…