Skip to main content

MAK PIAH, BIDAN URUT DAN DOA


Salam... Pagi Jumaat yang indah selepas Nisfu Syaaban...
Dekat lima bulan bertapa di teratak usang Mak Piah ni, barulah Mak Piah terkesan ada ketirisan di siling ruang tamu Mak Piah. Cepat-cepat Mak Piah maklumkan pada staf pemaju perumahan. Alhamdulillah, mereka cepat hantar bantuan.
 
Maaflah ya, Mak Piah tukar alamat blog Mak Piah. Bukan sebab nak menghindari sesiapa tapi nak kelaskan antara blog penulisan dengan blog peribadi. Itu sahaja.
 
Susah juga kan nak promosi blog penulisan kalau kita gunakan nama pena di blog peribadi kita. Pening kepala orang, siapa pula Mak Piah ni. Heh heh...
 
Pagi ni Mak Piah nak sentuh isu rumah. Ada member Mak Piah baru menempah rumah. Ada pula yang dulunya tak ambil berat soal rumah tapi sekarang macam kelam kabut sangat nak cari rumah.
 
Rumah besar ke..rumah kecil ke...kita kena bersyukur dengan apa yang kita. Kita tak cantik ke...kita cantik ke...kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada. Mak Piah menasihati diri Mak Piah ni. Jangan kita bandingkan diri kita dengan orang yang lebih bernasib baik daripada kita. Bandingkan diri kita dengan orang-orang yang duduk merempat, tidur di taman-taman malah duduk rumah setinggan. Allah dah bagi nikmat yang sangat besar. Tapi kerana kita suka sangat tengok orang lain yang lebih berkemampuan daripada kita, kita tak rasa best pun dah ada rumah sendiri. Tu petanda bahaya sebenarnya. Virus-virus tak tahu diuntung dah merebak masuk ke dalam jiwa. Buang. Basmi!
 
Hidup kita ni memang penuh dengan petualangan. Allah memang hadirkan kesulitan dan kesusahan supaya kita kembali kepada DIA. Kita ingat DIA. Jangan berfikir apa yang kita ada ni adalah hasil usaha kita. Ini kurniaan tuhan yang maha kuasa. Memang kalau ada duit semua benda jadi. Tapi dengan duit, benda yang jadi tu kadang tak seperti yang kita harapkan. Dan kalau benda jadi tak seperti kita nak, ada duit pun tak guna. Kan?
 
Sekarang dengan apa yang kita ada, kita tak boleh jadikan alasan bersenang-senang dengan perut memboroi kekenyangan menunggu gaji masuk setiap bulan. Ada apa dengan hasil makan gaji kalau kita masih boleh berusaha lebih?
 
Dalam pada Mak Piah sedang asyik bertapa, tengah-tengah malam ada panggilan kecemasan. Kawan Mak Piah air ketubannya dah mencurah keluar. Suami pula bertugas di tempat kerja. Hairan sungguh Mak Piah dengan kaum lelaki (bukan semua). Isteri dah nak menunggu masa aja nak bersalin, boleh lagi si suami pergi kerja. kalau apa-apa berlaku, tidak kamu juga yang akan menyesal?
 
Maka arakian, bergegaslah Mak Piah mengeram AILABIYU Mak Piah menuju ke rumah kawan Mak Piah. Dengan signal kecemasan, Mak Piah memandu menuju hospital. Kalaulah terberanak dalam kereta, macam manalah Mak Piah nak tolong?
 
Rupanya air ketuban aje yang keluar, tapi bukaan baru 1cm. Keesokan petang barulah beranak. Alhamdulillah anak perempuan. Jadi, permata hati penawar jiwa yang baru lahir ni amat menggoda Mak Piah dari pertapaan. Macam magnet, kita teringat bibir yang mungil, berbau wangi. Mata kecil yang malu-malu hendak terbuka. Rambut halus yang lebat. Dan pekik tangisnya apabila sudah lapar dan haus.
 
Beberapa hari apabila tiada yang membantu kawan Mak Piah, Mak Piah akan ke pasar membeli sayur untuk orang bersalin ni. Mak Piah pangku si kecil itu, merenung wajah kecilnya tak berkelip. Terkadang lucu apabila mulut kecil itu menyenget ke kanan atau ke kiri kerana hendak menyusu. Petang-petang hari apabila bidan mengurut datang, Mak Piah akan tolong apa yang patut.
 
Bidan urut ini masih muda, baru 45 tahun. Tapi kalau dilihat pada fizikalnya, macam umur 30 an sahaja. Dia mengambil tempahan urut orang bersalin dengan sijil kelayakan daripada hospital kerajaan. Mak Piah termotivasi dengan kerja kerasnya mencari duit.
 
Modalnya hanya minyak kereta, tenaga dan minyak urut. Tapi pulangan yang dia perolehi sebulan lebih daripada 5K. Bayangkan kalau pakej 10 hari berurut yurannya ialah RM500. Jika sehari 5 orang? Itu yang pakej 10 hari. Ada lagi yang lain. Malah dia juga bidan urut bersalin yang terkenal dalam kalangan warga cina Pontian yang bekerja di Singapura. Namanya diiklankan dalam FB kaum Cina.
 
Namun begitu, dia juga ada membuka kedai makan kecil-kecilan di depan hospital. Mak Piah sangat terinspirasi dengan prinsip hidupnya. Apa pun yang dilakukannya, doa adalah yang pertama. Bidan yang seorang ini meletakkan DOA paling atas sekali.
 
Di kesempatan yang ada, Mak Piah mendekam kemas ilmu-ilmu perbidanan, rahsia suami isteri dan doa-doa yang dia ajarkan secara percuma. Sungguh dia tidak lokek berkongsi ilmu, sebab itulah rezekinya datang dari berbagai pelusuk dan tempat. Dengan semua kerja keras ini, Mak Piah bertanya kepada diri Mak Piah : Dah siap novel kau?
 
Orang lain sambil kerja kedai makan siap boleh ke hulu ke hilir mencari duit, menyumbangkan ilmu dan pengalaman, berperah tenaga demi menyara keluarga. Siap boleh hantar emak ke Mekah membuat umrah. Kau? Nak menyiapkan novel kedua pun makan bertahun-tahun.
Aduh...Mak Piah terasa telinga ni berdesing dengar soalan sendiri. Tengok pada bidan urut itu, tersirap semangat dalam diri Mak Piah. Lalu Mak Piah buka laptop dan membuka folder manuskrip novel yang masih belum siap dianyam. Aduhai...
 
Mak Piah mesti hasilkan anak kedua dalam tahun ini juga! Adakah itu janji? Mak Piah teguk liur tiba-tiba. Adakah itu janji? Mak Piah terbungkam sepi, tak berani memberi janji. Aduhai Mak Piah....
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…