Skip to main content

MAK TIMAH MASIH RILEKS...


Salam di dalam hujan lebat...
 
Waa...Mak Timah Landak rasa seronok malam ni sebab udara dingin aja. Hujan rahmat telah datang, memberi harapan pada tanah kontang lagi gersang. Menyubur tumbuhan dan jua tanam-tanaman.
 

Sekarang dah besar pokok Mak Timah Landak


kecik kemetot je masa beli

Putih-putih tu penyakit pokok cili Mak Timah Landak
 
Hehe..Mak Timah Landak dah dua hari tak siram pokok Mak Timah Landak sebenarnya. Sebab itu Mak Timah Landak rasa syukur benar dengan hujan ni. Pokok Limau Purut Mak Timah Landak dah membesar bagai johan. Dulu masa beli, tinggi tak sampai pun 10 cm. Sekarang dah nak sama tinggi dengan Mak Timah Landak. Alhamdulillah, boleh rupanya Mak Timah Landak membela tumbuh-tubuhan. Kata orang, kalau tangan panas susah pokok nak subur. Tangan Mak Timah Landak ni kiranya sejuklah ya? Tapi kekadang tu kalau berangin, Mak Timah Landak memang teringin nak melempang orang. Macam mana tu ya? Hahaha...
 
Cuti Mak Timah Landak kali ni rileks je. Cuci pinggan, ke pasar, memasak, menjahit, menyapu sampah, cuci baju dan mengemop lantai. Eh, banyak pulak kerja Mak Timah Landak. Tadi kata rileks je. Keh keh... itu semua bukan kerja bagi Mak Timah Landak. Itu hobi Mak Timah Landak. Kalau ada masa lapang aje Mak Timah Landak buat. Kalau sibuk, Mak Timah Landak tak buat kerja-kerja tu semua.
 
Kali ni cuti Mak Timah Landak sangat santai. Bertapa dalam teratak yang terpencil penuh misteri. Hua hua hua..
 
Tapi dalam pertapaan Mak Timah Landak ni, ada pulak tetamu-tetamu yang datang membawa rahmat. Member-member Mak Timah Landak datang nak berziarah. Sesekali mengenang member-member Mak Timah Landak, rasa sayu pulak. Punyalah ramai kawan satu tempat kerja, saling bertukar ganti, tetapi yang boleh dibawa sekepala dengan Mak Timah Landak dan juga berbincang apa sahaja topik ialah geng-geng Mak Timah Landak masa belajar di Mesir dulu.
 
Lama sungguh kami berkawan. Kalau tak mengutuk, mengata dan bergaduh memang bukan sahabatlah namanya. Wahidah, Siti Aiza, Nor Zihan, Fakhriah dan Sumaliah. Mereka nilah sahabat Mak Timah Landak yang terunggul sekali sampai mati. Mereka ni tak pernah berkira pasal duit dengan Mak Timah Landak. Mereka selalu bantu Mak Timah Landak setiapkali dalam kesusahan.
 
Perangai masing-masing manalah sama. Hobi lagilah, semua lain. Tapi mengapa ya, susahnya nak melupakan persahabatan ini? Mak Timah Landak pernah tulis dalam satu nota peribadi waktu di Mesir dulu: Biarlah mereka melupakanku...asalkan aku tidak akan sekali-kali.
Agaknya sebab itu kot...hahaha...
 
Kalau member-member dah bertemu mata dengan Mak Timah Landak, asyiklah mengungkit cerita zaman dulu kala. Tak bosan-bosan asyik cakap perkara yang sama. Mengutuk sesama sendiri tu seni dalam persahabatan Mak Timah Landak. Tak berseri hubungan kawan kalau tak mengusik dan mengenakan. Aduhai...jika masa boleh diulang semula....alangkah indahnya zaman waktu belajar...
 
Kerana mereka tu jugaklah, Mak Timah Landak tangguh sekejap nak bertapa. Hahaha... mereka ajak pergi panggung. Alamak...kalau merekalah yang ajak, susah Mak Timah Landak nak kata ‘tak mau’. Mereka ni kalau jadi cobaan dalam pertapaan Mak Timah Landak, alamat memang ‘failed’ la jawabnya.
 
Eh, nak matikan api periuk jap. Mak Timah Landak sedang mengukus ikan sambal.
 
--------------------------- 5 minit kemudian------------------------------------------------------------------
 
‘XMEN days of future past’. Walah...tiba-tiba aje filem ini sangat mengena dengan jiwa Mak Timah Landak. Mak Timah Landak memang tak minat cerita-cerita berunsur perwira ni kalau Barat yang bikin. Entah apa-apa.
 
Tapi seiring dengan perkembangan berita dari semasa ke semasa, yang tak lain tak bukan berkaitan dengan peperangan termasuk hal kehilangan MH370 tu, Mak Timah Landak terpaku menonton filem ini.
 
99 persen filem ni beritahu Mak Timah Landak tentang PEPERANGAN. Elemen cinta, cemburu, itu ini begitu begini dah tak ada langsung. Nak berperang aja makhluk yang bernama manusia ni kan. Patutlah malaikat ada kata manusia ni makhluk yang menumpahkan darah dan membuat kerosakan di muka bumi. Memang pun! Merata bukti depan mata.
 
Okehlah... rasanya perut Mak Timah Landak dah bising. Agaknya ada perang jugak dalam perut Mak Timah Landak ni. Mak Timah Landak makan dululah ye. Jumpa lagi...
 
Mode : Teringat lagu Watimang Landok...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…