Skip to main content

MY LOVEY-DOVEY LAPPY...ACER V5 TOUCH SCREEN


salam 1 Ramadhan ...



Ahaks...macam apa je kan.. dah tukar-tukar nama blog sekali tu Page Rank jatuh mendadak.. uhuks..

Tukar balik nama asal...

Okeh, hari yang mulia ni Mak Peah tak banyak nak tulis sebab banyak sangat perkara yang Mak Peah kena buat tau. Mengemas, menyapu dan bersedia untuk memasak lepas Asar nanti.

Jadi, apa kena mengena dengan gambar laptop di atas yek?

Itulah lappy pemberian orang tersayang pada hari lahir Mak Peah yang ke berapa ratus tahun entah tahun lepas..ahaks.. Ia murah tapi sudah banyak berjasa. Ini bukan pilihan Mak Peah kalau nak membeli laptop (Banyak spec yang Mak Peah akan tengok kalau serius nak beli). Tapi sebab lovey-dovey Mak Peah yang nak present, Mak Peah paksakan diri pilih yang ini. Sebab apa? Sebab Mak Peah sayang dia. Dia tak kaya tapi dia nak jugak belikan Mak Peah lappy sebab lappy sebelum ni rosak kena teh panas tuuu...sobss sobs... sedih pulak teringat kejadian lama yang mengguris hatiku..

Jadi, Mak Peah redha dengan pilihan ini. Hidup selepas berumahtanggalah lagi penting. Takkan suami kerja posmen, kita nak demand macam suami kamu tu kerja cop duit. Lagi-lagi yang suka jadikan suami tu mesin ATM kan. Tapii ..kalau boleh memang nakkan suami macam tu kan...ahahaha... dasar materialistik ini worang...

Pembaca sayangku sekelian, idok ler dunia ni dapat dikejar pun kan. Tak semua yang kita harapkan tu jadi kenyataan. Mana ada suami yang sempurna, dah kita pun perfect sangat ka?

Suami yang beragama dan ada potensi untuk menyara keluarga, itu yang penting. Hati perempuan ni senang nak cair. Bagi bunga sekuntum, hati pun berbunga-bunga padahal bunga plastik je pun. Bagi kad ucapan cinta lagilah, rasa hati nak meletup dibuatnya. Bagi coklat..mmm...teringat pulak kenangan lama. Bukan Cadbury ek! bukan! Tapi dah banyak jugak Cadbury yang ada cadbury tu Mak Peah makan hahaha...kan? Senang je kan nak ambil hati isteri ni. Kasih sayang melimpah ruah  ni boleh buat isteri pejam mata dengan kekurangan suami yang ada. Especially isteri yang beragama lah.


Tapi...ada tapinya yek. Zaman materialistik sekarang ni, teramat susah nak cari suami yang berdikari penuh, tak bergantung kepada isteri. Kadang nak singgah beli buah tepi jalan pun, duit bini jugak. Sudah lah rumah, kereta, minyak kereta, cukai-cukai bagai...bil elektrik n air semua tu bini bayar, beli tembikai sepotong pun bini jugak ke? Depan mata maa..depan mata... member sendiri maa..bukti unggul. Bukan kisah drama ke novel ke... memang kisah benar. Berapi je kalau ingat-ingat balik. Woih... untuk Mak Peah yang tersangat penyabar ni, mungkin Mak Peah boleh tahan dalam setahun dua je kot dengan lelaki macam tu. Lepas tu SELAMAT JALAN BEBEH! Cantik muka kau! Tak cukup jadi mesin buat anak, kena jadi mesin ATM pulak ke? Ya rabb, jauhilah hamba daripada mereka yang zalim.

Tak...tak...Mak Peah punya mood neutral je bulan puasa ni. Tak berangin apa, tak marah apa pun. Tapi Mak Peah kalau menulis biar sampai diri sendiri menghayati apa yang Mak Peah nak sampaikan tu.

So berbalik pasal pemberian lovey-dovey Mak Peah tadi, laptop ini sederhana sahaja sebenarnya. Tapi fungsi skrin sesentuh yang ada, menyebabkan Mak Peah dapat selesaikan satu masalah besar dalam e-laporan Mak Peah new version yang sebiji macam SPPBS tu. Hampeh je. Orang kemain protes pasal SPPBS satu Malaysia ni, eh tetiba e-laporan kita pulak lebih hebat lagi daripada SPPBS? Allahu Akbar..

Dengan laptop lovey-dovey Mak Peah ni, masalah tu selesai sangat cepat dan Mak Peah boleh balik dengan jayanya! Hoyeahhh!! Alhamdulillah...

To my lovey-dovey,
Tak ada ucapan indah yang boleh kuberikan melainkan sebuah doa. Doa agar segala yang kutuliskan, hasil tulisan yang mungkin akan kubukukan, barang niaga yang akan kupromosikan, kerja-kerja mendidik yang selalu kutulis akan membawa jariah besar kepadamu selama hidup. Selama tinta ini menari, selama nyawa ini dipinjamkan tuhan dan selama hayat berkasih sayang itu masih panjang. Mudah-mudahan. Semoga Allah sentiasa merahmatimu selalu.

Mak Peah akan jaga laptop ni betul-betul. Insya Allah... Harap-harap laptop ni tak meroyan untuk 5 tahun akan datang. Amin...


p/s : kata tak banyak nak menulis Mak Peah uiii... kemain berjela ni mak oii...



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…