Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

MALAM-MALAM AKHIR RAMADHAN

Cuaca yang hening dan tenteram sekali sehari dua ini. Alhamdulillah... Assalamualaikum.. Saat untuk membuat persiapan Syawal akhirnya tiba jua. Mengemas teratak, membasuh pakaian, mencuci pinggan mangkuk, menyapu dan mengemop. Membersihkan tandas dan halaman teratak. Selagi tak habis kelas, selagi tulah malas nak fikir pasal lebaran. 6 tahun di perantauan tak merayakan Syawal bersama kawan-kawan. Alah bisa tegal biasa. Malah orang-orang Islam Mesir lebih mengutamakan Ramadhan. Tanglung berbentuk masjid tergantung di mana-mana..reben berkilau dipasang di atas bangunan rumah dan apabila angin bertiup kencang, reben-reben ini akan menghasilkan sejenis irama. Sungguh satu suasana yang mendekam kemas dalam ingatan. Sekarang masih lagi berjauhan dari ibu bapa. Dan jika dikenang-kenang budaya orang Johor yang agak melebih-lebih nak menyambut raya ni, rasa janggal dalam hati. Padahal dulu kita masih kecil-kecil sama juga, meriah membuat persiapan raya. Masa merubah segalanya... Seiring dengan us…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

BINGIT SEKEJAP PASAL TENTERA.

Biasa kalau plan-plan induk pendidikan disebut-sebut dalam tv atau hal-hal pendidikan menjadi tajuk utama akhbar dan media, mesti guru akan jadi bahan cerita. So dengan tema WAR untuk tahun 2014 ni, meh saya nak sentuh hal tentera pulak. Tengoklah filem-filem zionis di pawagam, jika kita amati mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan itu, ia pasti tentang peperangan. Tapi tahun 2014 ni nampaknya semakin menjadi-jadi. Perasan tak? Awal dulu MH370 jadi mainan dajjal sahaja. Kehilangannya buatkan gempar satu dunia. Rakyat Malaysia tak usah katalah. Keluar seribu satu spekulasi sebab benda tak nampak kan. Sekarang MH17. Jelas dan terang ia ditembak. Tersalah tembak? Bapak luu... Perkara ni tak boleh dipandang ringan sepatutnya. Mereka sudah mula menunjukkan kuasa dengan permainan ini. Tak perlu tambah permainan baru, menyalahkan negara itu dan negara ini. Menyalahkan pulak pilot yang dah berkubur. Sepatutnya kita kena ambil tahu, apa tindakan kita terhadap pembunuhan ini? Kalau dalam pe…

HARI-HARI KERJA..LALALALA...

Siap berantai besi bagai... Assalamualaikum.. Dah dekat nak akhir Ramadhan ni macam-macamlah aktiviti yang perlu disempurnakan seperti tahun-tahun yang lalu. Acara Khatam Quran, Penutupan Bulan Ihya' Ramadhan dan hari terakhir sekolah untuk cuti Hari Raya. Yeay! Nak raya! Workaholic bukan ciri-ciri saya. Saya orangnya rileks and cool.. benda-benda yang nak mengikat-ikat ni memang ler pantang tok nenek. Sebab tu Allah takdirkan hamba ni kerja mengajar di sekolah. Pergi pukul 7.30 pagi kemudian balik jam 1.00 atau 1.30 petang. Boleh pergi pasar, cari lauk. Boleh masak di rumah. Paling best sekali boleh membuta.. Hahaha.. Jeles ler tewwww.... kikikiki.. Saya tak sukakan cabaran. Tak payah lah nak provoke saya dengan naik pangkat yang begini begitu, saya susah nak terliur. Atau janjikan APC yang berjumlah RM1000 tu, tak dapat pun tak apa. Saya suka buat kerja yang saya suka. No paksaan dalam Islam. Orait... Dalam hidup ni, kenalah simpan sedikit energi dan fikiran serta tumpuan kepada a…

MH17

SPEECHLESS...

RAMALAN SUDAH SEMAKIN MENUNJUKKAN KEBENARAN...

YA ALLAH... AMPUNI HAMBA-HAMBAMU...

TETAPKAN HATIKU UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADAMU... AKU YAKIN DENGAN SEGALA BERITA-BERITA GHAIB YANG DISAMPAIKAN KEPADA KEKASIHMU MUHAMMAD S.A.W.W RIBUAN TAHUN DULU.

YA ALLAH..JANGAN KAU BIARKAN AKU KESEORANGAN... JANGAN KAU LEMPARKAN AKU BERSENDIRIAN... AWASILAH DIRIKU DAN PELIHARALAH IMANKU...

TUNJUKKANLAH AKU KE JALANMU...

JANGAN SUKA MENJADI JASSAASAH....

Assalamualaikum... Dua tiga hari lepas, cuaca kemain terik. Sungguh tak berdaya nak drive balik ke rumah kerana kepala rasa nak terbakar. Dalam keadaan tak sihat ni, rasa nak jumpa tilam dengan bantal je. Tapi kewajipan tetap perlu dilaksanakan. Solat. Paksakan diri untuk menunaikannya walaupun bermacam dugaan dan godaan melanda. Syaitan boleh bersembunyi di dalam salur darah kita, jadi bukan senang nak mendekati diri kepada Tuhan Maha Kuasa kalau tak didik hati dan latih diri untuk disiplin dalam solat. Lagi-lagi waktu sakit macam ni. Rasa nak bertapa atas tilam tak mau bangun-bangun. Dahsyat kan? Belajar tinggi-tinggi tapi nak lawan syaitan pun tak mampu. Lemahnya diri Joyah ni... Joyah bersyukur sebenarnya diberikan rasa sakit dalam keadaan cuaca yang terik. Inilah Ramadhan sebenar. Lapar dan dahaga di tengah-tengah panas yang membahang, ditambah kesihatan yang merudum. Memang pakej. Ini membuatkan Joyah teringat warga Palestin yang sedang berperang dengan musuh Allah. Warga Palestin…

17 RAMADHAN

Assalamualaikum... Mmm...Nuzulul Quran... Tak terasa begitu cepat masa berlalu sehingga dah masuk malam 17 Ramadhan. Semalam berbuka Mee Tiaw dengan Teh O panas. Masak nasi dan ikan cencaru kukus sumbat sambal. Kononnya masuk  2  hari Senah tak jamah nasi. Jadi, memang kena masaklah kita ni. Sesekali tu bolehlah pergi bazar cari kuih ke..roti John ke..sup kaki ayam ke.. lauk-pauk kenalah masak sendiri. Elok je siap berbuka, badan Senah mula berbahang. Yelah, air teh o kan panas. Minum panas tentulah badan akan berpeluh. Beberapa minit lepas tu Senah mandi sebab tak tahan panas. Masya -Allah, tetiba badan menggigil, tangan lenguh. Badan seram sejuk. Tekak perit. Lidah macam tebal je. Belakang lidah membengkak sampai nak bercakap pun tak boleh. Nak mengaji apatah lagi. Nak telan liur pun tak dapat. eh eh..kenapa ni? Tonsel meradang lagi ke? Nak kata tonsel, tak pulak rasa sakit kat situ. Apa benda ni? Mungkin terlalu panik, nak bernafas pun macam tercungap-cungap padahal boleh je pun tarik…

BERITA SERIBU RENCAH

Assalamualaikum... Ramadhan Kareem...Allahu Akram.. Hiks..Hehe.. Heran sungguh hati Che’gu Murni ni. Waktu cuti dua hari kemain lagi mengadap blog sampai tak ingat dunia. Tak menulis blog. Tak menulis langsung. Cerpen apatah lagi. Novel lagilah... Bila kat tempat kerja barulah sibuk nak menulis. Nasib baik waktu free. Bolehlah lepaskan gian menulis sepatah dua kata. Ahaks... Walaupun baru dua hari, hadoi..macam-macam cerita dan berita Che'gu Murni baca dan masuk dalam cepu otak ni. Berito pertamo : Mercun punyo hal... Seorang murid Che'gu Murni putus jari(kelengkeng dan tunjuk) akibat main mercun. Apo nak dikato laie...jari dah putus pun. Baru umur 7 tahun. Dalam kelas katanya degil, tak reti nak duduk diam. Tapi waktu kelas Che'gu Murni, sonyapjo macam budak skema. Tapi Che'gu Murni tahu kelaku budak-budak. Ini stail kalau depan cikgu, pijak semut pun tak mati. Belakang cikgu, semua dinosaur mampuih dibueknyo. Sekarang terlantar di Hospital Sultanah Aminah. Yang Che'g…