Skip to main content

17 RAMADHAN


Assalamualaikum...
 
Mmm...Nuzulul Quran... Tak terasa begitu cepat masa berlalu sehingga dah masuk malam 17 Ramadhan.
 
Semalam berbuka Mee Tiaw dengan Teh O panas. Masak nasi dan ikan cencaru kukus sumbat sambal. Kononnya masuk  2  hari Senah tak jamah nasi. Jadi, memang kena masaklah kita ni. Sesekali tu bolehlah pergi bazar cari kuih ke..roti John ke..sup kaki ayam ke.. lauk-pauk kenalah masak sendiri. Elok je siap berbuka, badan Senah mula berbahang. Yelah, air teh o kan panas. Minum panas tentulah badan akan berpeluh. Beberapa minit lepas tu Senah mandi sebab tak tahan panas.
 
Masya -Allah, tetiba badan menggigil, tangan lenguh. Badan seram sejuk. Tekak perit. Lidah macam tebal je. Belakang lidah membengkak sampai nak bercakap pun tak boleh. Nak mengaji apatah lagi. Nak telan liur pun tak dapat. eh eh..kenapa ni? Tonsel meradang lagi ke? Nak kata tonsel, tak pulak rasa sakit kat situ. Apa benda ni? Mungkin terlalu panik, nak bernafas pun macam tercungap-cungap padahal boleh je pun tarik nafas.
 
"Faringes awak luka."
 
Faringes? Pertama kali dengar perkataan tu. Doktor tengok muka Senah macam blur je, dia pun lukiskan apa yang luka di belakang lidah Senah. Persoalannya, kenapa luka? Sebab apa luka? Nak kata makan kaca ke...batu ke..kayu ke..tidak pun. Apa yang buatkan luka? Tak tertanya pulak sebab otak pun tak sihat mana hari ni.
 
Doktor bagi antibiotik dan sakit tekak. Sebenarnya Senah rasa pelik dengan sakit semalam tu tapi oleh sebab memang tak ada bukti bengkak, darah atau apa yang teruk, Senah pun tak boleh nak cakap apa. Doktor lebih berpengalaman kan. Tapi kita tentu lebih tahu keadaan diri kita, ye tak?
 
Malam semalam tu, badan rasa seram sejuk. Selubung satu badan. Sejuk tapi berpeluh. Satu badan sapu minyak gamat panas. Macam mana nak pergi sekolah besok ni? 9 masa pulak tu! Nak bercakap pun tak boleh. Apalagi nak menjerit...hadoi... Nak telan liur teramat susahnya.
 
Akhirnya lepas Isyak tu terus tidur. Tak boleh nak makan langsung. Gadget-gadget elektronik ni campak jejauh. Ada kawan nak mintak nasihat, Senah tak mampu nak jawab mesej. Senah sendiri tak sihat.
 
Pagi ni beritahu PK, tak dapat kerja. PK suruh pergi klinik. Lemah aje satu badan. Macam mana nak drive pergi klinik ni.... Ya Allah..berilah kekuatan. Alhamdulillah boleh juga pergi klinik. Dan dapat MC.
 
Check tekanan darah : 110/80
Check gula dalam darah : 4.8
 
Alhamdulillah ok. Balik ke rumah dalam keadaan yang masih blur walaupun bengkak dah terasa semakin surut. Sempat singgah sekolah hantar slip MC. Ya rabbi, tengah menapak ke pejabat, terserempak pula dengan murid-murid. Kalau ikutkan jadual, masa Senah ni tapi siapa yang ganti kelas ni? Kenapalah budak-budak ni berterabur berkeliaran macam anak ayam hilang ibunya? Nak menjerit tak boleh pulak. Sabar jelah... Bercakap pun kena bisik-bisik macam perempuan melayu wanita terakhir..ahaks..
 
Okeh, ingin Senah sentuh tentang Nuzul Al Quran untuk ingatan Senah sendiri. Senah bersyukur kepada Allah kerana anugerahkan seorang ibu yang pandai membaca Al Quran kepada Senah. Mak Senah tak sekolah tinggi, UPSR pun tak ambik. Tapi rentak JAWABUL JAWAB memang skill mak Senah tiap kali baca Al Quran. Senah masih ingat waktu Senah masih umur 6 tahun agaknya sebab belum pergi sekolah lagi, balik dari pasar malam di Masai, sambil jalan pimpin tangan Senah, mak ajar baca ayatul Kursi. Senah ingat lagi rok/skirt yang Senah pakai masa tu, warna oren ada bunga-bunga paras bawah lutut. Baju t-shirt dan cekak rambut ada reben. Masa tu mak pun tak pakai tudung lagi. Ingat lagi rambut keriting mak yang disanggul dua. Waktu tu masih tak ramai lagi orang pakai tudung. Kalau pakai pun stail macam Mak Wok dalam Tiga Dara Pingitan tu, main ikat belakang je, leher terdedah. Kelakar pulak kalau diingat-ingat zaman dulu heh heh..
 
Mak juga yang ajar Senah baca buku-buku cerita tulisan Jawi. Mak memang garang ajar tajwid waktu mengaji. Tapi Senah ni jenis cool bebeh... susah rotan tu nak hinggap ke badan haha.. maklumlah... anak yang tak reti nak melawan. Apa mak ajar, semua masuk dalam kepala, tak banyak cakap. Tapi dah tua ni, banyak pulak cakap Senah. Ahaks...
 
Jadi, mak memang dominan pasal ajaran Al Quran pada diri Senah. Ayah pulak suka bercerita tentang kisah-kisah rasul 25 tu. Bila dah jadi mahasiswa, ada pulak pendapat kata kisah-kisah rasul 25 tu banyak yang Israiliyat.. karangan pendeta-pendeta yahudi yang dimasukkan dalam kisah sejarah Islam. Pada Senah la, kalau kita membaca Al Quran, kita membaca makna-makna dan cuba memahami tafsir Al Quran, kita boleh bezakan antara yang Israiliyat atau bukan. Al Quran sumber utama kita. Kena baca dan fahami maknanya untuk manfaat diri kita sendiri. Yang dapat faedah pun diri kita sendiri. Jangan pulak disebabkan tak tahu maknanya, itu sebagai alasan kita tak mahu baca Al Quran. Atau kita dengar orang kata, "Tak guna baca Al Quran kalau tak faham maknanya." Kata-kata begini punya banyak maksud dan tujuan. Jangan kita main sebat aje dengan satu tanggapan. Dengar kata-kata macam tu je, kita dah malas nak baca Al Quran. Sama macam kata-kata, "Tak guna solat jika lalai, buat penat tonggang-tonggeng je." Kita pun malas nak solat memikirkan kelemahan yang kita ada. Allah Maha Mengetahui. Bukan kerja kita nak tersinggung dengan kata-kata sebegitu. Kerja kita ialah berusaha memperbaiki diri kita. Kadangkala disebabkan sibuk memperbaiki diri sendirilah, kita tak punya waktu nak tengok keburukan orang lain, nak mengata orang lain , nak mengumpat mengeji, nak memusuhi... usaha kita ni ada ganjarannya di sisi Allah. Segala ibadah yang kita lakukan demi Allah, ibarat bagi pinjaman kepada Allah. Nanti di akhirat, kita dapat balik bayaran tu. Sejauh mana kita dapat mencapai tahap kepercayaan yang sebegitu? Yang sanggup menjual dirinya di jalan Allah macam Briged Al Qassam tu.
 
Bacalah Al Quran sebanyak dan semampu mana, terutama di saat orang lain tak mengetahuinya, tak melihatnya. Bacalah dengan perlahan, tenang dan tidak gegabah. Pasti ada ilmu yang kita dapat walaupun dengan membaca sahaja. Ikhlas seseorang hamba tu hanya Allah yang tahu dan mengerti.
 
Jangan diukur dengan pangkat dan sijil atau jurusan Al Quran sekalipun. Tua, muda, miskin, kaya kena baca Al Quran. Ajar anak kecil-kecil dengan Al Quran. Itu tugas ibu bapa. Kalau mak dan ayah Senah boleh buat begitu, mengapa ibu bapa lain tak boleh? Tugas mengajar Al Quran jangan diserahkan bulat-bulat kepada sekolah.
 
Sepatutnya bidang agama dikuasai oleh ibu bapa. Anak pergi sekolah maintain aje boleh belajar subjek-subjek hardcore macam Matematik, Bahasa Melayu, English dan Sains. Sebab akar agama tu dah kuat dalam diri anak. Memang praktikal dari rumah, jadi mudah anak-anak nak hadam pelajaran-pelajaran lain. Tika dia berasa sulit dalam satu-satu tajuk pelajaran, dia tahu apa dia nak buat. Dia akan mendekati tuhan, meminta pertolongan. Dia akan membaca Quran, solat meminta bantuan. Perkara macam ni tak perlu disyarahkan kepada anak-anak. Tengok ahli keluarga buat, tentu dia akan meniru. Bila dah menjadi amalannya, dia akan tahu sendiri. Tapi kenapa terlalu sukar Senah nak tengok generasi begini?
 
Harga barang yang semakin naik, menyukarkan taraf hidup keluarga. Ibu bapa terpaksa bekerja siang malam mencari duit. Mana nak dicekau duit nak bayar semua perbelanjaan. Dah sekolah, nak ada tuisyen pulak. Semua pakai duit. Nak hantar anak pergi sekolah tak ada masa, gunakan van sekolah. Pakai duit jugak. Dah bekerja, tak boleh nak mengasuh anak. Kena hantar pada pengasuh. Duit lagi. Kadang balik kerja dah tak sempat nak masak. Beli lauk je di kedai. Duit lagi. Kenderaan ulang-alik sana sini, guna minyak. Duit lagi. Sewa, bil air, api dan segala keperluan. Duit. Desakan ini sehingga terpaksa mengabaikan keperluan anak-anak. Ye ke?
 
Pada pendapat Senah, setiap insan sudah ditentukan rezekinya. Anak-anak lagilah, pembawa rezeki, bukan penghalang rezeki. Allah tak bagi bunuh anak(gugur) semata-mata takut miskin. Yang tak betul apabila berkahwin macam ayam kahwin. Nak berkahwin kena ada ilmu tentang rumahtangga. Daripada masa bertunang, sudah boleh bincang tentang perancangan bersama ke depan. Kita hanya merancang je, rancangan Allah lebih baik. Tapi usaha perlu ada. Kehidupan di sekeliling kita jadikan ilmu untuk kita. Bertolak ansur, bertimbang rasa, jujur dan penuh kasih sayang. Mohonlah keberkatan daripada tuhan. Kalau susah, buat cara susah. Jangan hidup susah, berangan macam orang senang sampai hutang keliling pinggang. Susah macam mana sekalipun hidup ni, mesti ada jalan penyelesaiannya. Jangan sampai anak-anak terabai padahal merekalah harta pusaka kita, yang akan topupkan pahala waktu kita di alam abadi. Jangan abaikan amanah tuhan. Sebab tu sebelum buat anak lagi dah ada adab-adabnya. Kalau kita berusaha ikut jalan tuhan, tentu Allah akan kurniakan kita anak yang baik-baik. Insya Allah.
 
 
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…