Skip to main content

AL KISAH... POKOK BISMILLAH IBU TERSAYANG...


pokok bismillah...google marii
Assalamualaikum...
 
Petang yang tenteram, aman damai dan makmur...
 
Waktu awal-awal datang ke rumah baru ni, mama Mak Wok ada cucukkan batang Pokok Bismillah yang diambil dari tepi jalan di depan rumah Mak Wok. Dia nak tanam. Pokok ni kan berubat. Boleh sembuhkan darah tinggi, kencing manis.
 
Mama Mak Wok tak tanam dalam pasu sebab harap nanti pokok ni akan tumbuh merimbun. Tiap petang lepas asar dengan telekung yang tak tinggalkan lagi tu, mama akan pergi ambil sodok sampah, kaut air longkang yang jernih(longkang baru, mana ada keladak apa, tadahan air hujan je) lepas tu siram lah batang pokok bismillah.
 
Alhamdulillah...dari hari ke sehari, tumbesaran pokok sangat maju ke hadapan. Maju ke hadapan? hahaha... ayat entah apa-apa. Nampaklah batang pokok mula keluarkan pucuk kecik je. Tomeyy...
 
Makin lama makin tinggi sikit demi sikit.
 
Satu hari Mak Wok balik kerja, mama mengadu, bagitau ada orang patah-patahkan pokok bismillah yang baru tumbuh. Melihat wajah mama Mak Wok yang sepenuh hati mengadu kat Mak Wok, membuatkan hati Mak Wok terguris, luka. Sakit hati sangat. Bodohnya tu, Mak Wok parking kereta betul-betul dekat dengan pokok tu tapi boleh tak perasan. Manalah nak perasan, baru separas betis Mak Wok. Mak Wok cepat-cepat pergi tengok.
 
Astaghfirullahal azim... habis dipatah-patahkannya! Nak kata dilanggar dek orang, tentu tercabut macam tu je. Ini batangnya siap patah lima...Ohh...sakitnya hatikuuuuu!! Siapa 'nya' yang dimaksudkan?
 
Baru aja nak duduk di tempat baru, rumah baru dan jiran-jiran baru....alih-alih satu insiden dah berlaku. Biasanya kalau hal macam ni jadi, petanda kurang baik untuk Mak Wok di masa-masa mendatang. Kita belum lagi menetap betul di rumah baru ni, dah berhadapan dengan hal-hal yang buat kita sakit hati.
 
Sudahlah mama Mak Wok tu bosan duduk di kawasan taman perumahan ni, tak ada orang nak diajak berbual, lepas tu susah betul nak jumpa kaum mata bulat. Yang ada kaum mata sepet je. Kalau ada pun, balik kerja pergi kerja ajelah. Nak bertegur sapa jangan harap. Harremmm.. jauh sekali. Mak Wok kesian dengan mama. Mak Wok rasa kalau ikutkan hati, nak aja Mak Wok patah-patahkan tangan orang yang jahannamkan pokok mama Mak Wok tu. Itulah satu-satunya aktiviti meluangkan masa lapangnya.
 
Tapi mama Mak Wok tak putus asa, dia cucuk balik batang yang dah patah tu. Siram lagi dengan air longkang tu. Eeehhh... boleh hidup lagi! Tumbuh lagi pokok tu..alhamdulillah..
 
Sampai setinggi lutut Mak Wok, dipatahkan lagi!!! Kali ni Mak Wok tak boleh sabar. Sebab muka mama merah padam bila dia check tengok pokoknya dibuat macam tu lagi oleh tangan-tangan ghaib yang dajal sungguh ni.
 
So, petang tu Mak Wok bising-bising dekat pokok tu waktu jiran-jiran tengah berehat-rehat di depan rumah masing-masing. Mak Wok saja cakap kuat-kuat , "Kalau aku nampak lagi tangan syaitan mana yang patah-patahkan pokok ni, jagalah! Siaplah kau!"
 
Entah kenapa sejak amaran tu, pokok bismillah tu tumbuh dengan baik tanpa gangguan. Sampailah keluar daun-daunnya dan mula menghijau. Mak Wok sangat senang hati. Mak Wok beli jugak pokok-pokok lain tapi tanam dalam pasu. Mak Wok belajar menanam daripada mama. Pokok-pokok ni membesar sehinggalah mama balik kampung.
 
Satu pagi Mak Wok nak sidai selimut di pagar depan rumah. Mak Wok terpandang pokok bismillah Mak Wok. Ya rabbi!!! Orang sampah ni tebas pulak pokok bismillah dengan mesin rumput. Dah tinggal batangnya setinggi jari kelingking Mak Wok. Mak Wok tepuk kepala. Apalah nasib kau , Bismillah!!!  

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…