Skip to main content

BERITA SERIBU RENCAH

 
 
 
 Assalamualaikum...
 
Ramadhan Kareem...Allahu Akram.. Hiks..Hehe..
 
Heran sungguh hati Che’gu Murni ni. Waktu cuti dua hari kemain lagi mengadap blog sampai tak ingat dunia. Tak menulis blog. Tak menulis langsung. Cerpen apatah lagi. Novel lagilah...
 
Bila kat tempat kerja barulah sibuk nak menulis. Nasib baik waktu free. Bolehlah lepaskan gian menulis sepatah dua kata. Ahaks...
 
Walaupun baru dua hari, hadoi..macam-macam cerita dan berita Che'gu Murni baca dan masuk dalam cepu otak ni.
 
Berito pertamo : Mercun punyo hal...
 
Seorang murid Che'gu Murni putus jari(kelengkeng dan tunjuk) akibat main mercun. Apo nak dikato laie...jari dah putus pun. Baru umur 7 tahun. Dalam kelas katanya degil, tak reti nak duduk diam. Tapi waktu kelas Che'gu Murni, sonyap  jo macam budak skema. Tapi Che'gu Murni tahu kelaku budak-budak. Ini stail kalau depan cikgu, pijak semut pun tak mati. Belakang cikgu, semua dinosaur mampuih dibueknyo. Sekarang terlantar di Hospital Sultanah Aminah. Yang Che'gu Murni fikir, kenapolah anak  hingus tongah meleleh laie, dah dibiarkan hungga-hungga tak tentu arah, sampai berani bermain mercun BOLA? Kalau tengok bola tu tak apo laie, ini tak pasal-pasal dibolakan dek mercun tu. Ha, marasai waang!
 
Seorang murid lagi berjahit mulut dongan dagu eeehh... bulan puaso condo iko, dongan program tadarusnyo...program tayangannyo...raso macam terheran-heran bilo ado yang berjahit kek muko ni. Main-main lopeh tu jatuh lantai. Salah siapo? Che'gu Murni mengajar 40 orang murid sekelas. Maso bilo nak tengok sorang-sorang punyo peel. Kalu anak biri-biri yang Che'gu Murni gembalo memang sonang, degil jo den boleh tekak  sekali das. Ini anak orang. Maap sajolah banyak-banyak, bukanlah kuaso den kalau apo-apo terjadi kepado anak tuan-tuan semuo.
 
Berito keduo: Cikgu mengeluh, susah nak mengawal murid.
 
Ini perkaro biaso  jo, tak ado yang nak distress-stress sangat sabonanyo eh.. adat kalau kito masih baru dalam dunio pendidikan ni, nak menyerap segalo ilmu dan pengalaman tu akan mengambik maso. Mano ado perkaro instant di dunio ni kecuali Allah bagi ilmu macam Asif Bin Barkhiya tu. Itupun tang ilmu teknologi kan. Bak kato ayah Che'gu Murni, ilmu itu laksano ayu(air), indak kan pai kek nan tinggi, kan hanyo mengalir kek nan rondah. Jadi, konolah rondahkan hati, teliti pengalaman cikgu-cikgu lamo dan berpengalaman. Insya-allah banyak ilmu kan kito dapek. Jangan sombong dongan izazah(ijazah) yang ado. Sekeping kertas tu tak ado nilainyo kalau ilmu tak diamalkan. Cikgu-cikgu yang tak ado izazah tu lagi banyak pengalamannyo, tinggi ilmunyo. Sobab waktu demi waktu tolah mambino penguasaan ilmu pendidikan dalam diri cikgu itu.
 
Samo jo macam ilmu-ilmu yang ado di dunio ini. hatta ilmu-ilmu yang kito rasokan macam ilmu sosek(sesat) , boleh terawangan, boleh meraga sukma, boleh scan kehidupan seseorang, boleh tahu tentang masa depan seseorang, boleh berkomunikasi secaro batin dengan seseorang, boleh melihat makhluk ghaib, itu semua pado den bukan semuo sosek melainkan ado yang botul sabonar ilmu.
 
Tapi ilmu-ilmu hitam atau putioh ini ado silibus dan tahap-tahapnyo kalau nak belajar. Tak ado jalan singkek nak berjayo ni. Kono usaho sabanar usaho. Takkanlah tok guru yang dah boleh berinteraksi batin tu, sonang-sonang kito katokan sosek padahal kito bolum laie berusaho macam dia usaho. Atau kito tak kato sosek tapi kito nak jadi macam dio dalam waktu yang sakojap. Humang aihh... botulkan dulu solat 5 waktu kito tu baru top up dongan solat-solat malam. Ontah boleh ontah indak bangun tongah malam, itu yang kono persoalkan sabona eh. Jangan sodap-sodap kato orang itu mengamalkan ajaran sosek kalau solat subuh kito pun subuh gajah.
 
Samolah dongan cikgu baru tu. Banyakkan sabar, tingkatkan usaho, barulah boleh kuasai  ilmu mengawal murid-murid tanpo ado rotan dan segalo macam mak nenek alat pukul. Kalau botul nak copek, rajin-rajin tengok cikgu-cikgu lamo mengajar di dalam kelas. Kono tau, kito ni mendidik anak murid, kono ado tautan hati dan perasaan dongan murid. Kalau Che'gu Murni, doa memang terlibat 100% dalam mengawal murid-murid den. Lopeh solat, den akan bayangkan wajah-wajah yang agak terejal dalam kelas, den tiupkan raso kasih sayang dan rindu kek wajah-wajah itu. Den berdoa agar Allah melembutkan hati murid-murid den dalam pelajaran dan mintak Allah sampaikan pado hati murid-murid den, Che'gu Murni amat menyayangi dan mengasihi murid-muridnyo. Percayolah, Allah maha pengasih dan penyayang. Doa seorang guru dari hati yang ikhlas pasti akan sampai kepado tuan empunyo badan. Iyo memang sampai, insya allah.
 
Berito ketigo : Isu Gaza dibedil lagi dengan Israel.
 
Sungguh ini berita duka buat Che'gu Murni. Sejak di Mesir, Che'gu Murni dah tak kuasa nak menatap mayat-mayat tak berdosa yang sudah setinggi gunung. Kini, duka ini datang lagi di bulan yang teramat mulia dan berkah. Bulan Ramadhan.
 
Setiap kali isu perang timbul, akan berekor dengan pertelingkahan tentang syiah dan sunnah. Mereka yang lahir selepas tahun 1979 tak payah baca entri Che'gu Murni ni. Lagi-lagilah budak-budak hingusan yang suka baca sejarah setakat apa yang ditampal di status FB, lepas tu nak kondem sana sini. Nak kutuk sana sini. Baik tak payahlah, kau duduk pergi baca buku Sejarah Dunia, Sejarah Islam lagi bagus. Itulah, mak suruh pergi sekolah, kau tidur dalam kelas. Mengadap FB 24 jam. Mengadap Google 24 jam. Memang tak ke manalah jawabnya. Inikan pulak nak diharap baca berita-berita luar dari kotak. Berita-berita dunia jam 10 tv1 tu entah tengok entah tidak! Kerja nak mengadap KPOP tak berhenti. Hanyut dalam gelombang Korea.
 
Kena hentam sekali dengan orang bukan Islam, menanar kepala nak menjawab. Mulalah kondem pulak orang bukan Islam dengan macam-macam perkataan kesat. Maki hamun. Itukah cara yang Rasul Allah SAW. ajarkan kepada kita untuk berbincang dengan orang bukan Islam?
 
“Tanah Palestin tu tanah asal Israel. Bila dorang dapat balik tanah diorang, kenapa nak bela orang Palestin pulak? Tanah tu memang tanah Israel. Tanah yang diberkati.”- Kata Orang Bukan Islam.
 
Ha, apa kau nak jawab?
 
“Kau ni yahudi, sebab tu ko tulis macam tu!”
“Yahudi Laknatullah!”
“Yahudi detected!”
 
Kalau macam di atas tulah jawapan kita, jangan haraplah mereka akan hormat orang Islam. Jawapan sebegitu sungguh menunjukkan kita dangkal tentang sejarah. Semuanya main ‘kot’, ‘rasanya’lah, ‘ada dalam Quran ni’ dan bla..bla..bla..
 
Che'gu Murni bukan nak ajar berdebat. Nak berdebat apa kalau kerja asyik nak mencarut, memaki hamun aje. Bila orang tindas Islam, pandai pulak marah. Tapi nak jawab tak reti. Salah sendirilah sebab tak membaca.
 
Bani Israel di dalam Al Quran dengan Israel yang ada sekarang TIDAK SAMA. Ingat, ISRAEL tu nama lain bagi Nabi Ya’qub. Bermaksud ROH ALLAH dalam Bahasa Ibrani. Israel tu nama nabi kita. Tanah Palestin tu, tanah nabi kita. Ramai nabi dan rasul yang menetap di sana. Palestin tu hak kita jugak. Cubit peha kanan, peha kiri akan terasa.
 
Israel yang ada sekarang digunakan oleh ZIONIS. Penyembah Iblis. Penyembah Dajjal. Penyembah Syaitan. Jadi, jangan musuhi nama itu. Musuhi umat Iblis yang bernaung di bawah nama itu.
 
Bani Israel dalam Taurat, Injil dan Al Quran disuruh menyembah Allah yang satu. Solat, berpuasa, tidak boleh berzina. Tidak boleh makan riba dan lain-lain pensyariatan yang  sama. Sebab turunnya Al Quran adalah untuk membenarkan apa yang diajarkan di dalam Taurat dan Injil serta nabi-nabi utusan sebelum ini. Tapi adakah Israel sekarang sama dengan ajaran Al Quran?
 
Adakah orang zionis yang anggap diri tu Israel, menyembah Allah? Malah mereka membunuh, menyembelih wanita dan anak-anak yang tak berdosa semasa peperangan. Riba adalah sistem perbankan yang diasaskan oleh zionis dan digunapakai di semua jajahan sekarang. Pasal zionis ni, katak bawah tempurung je yang tak tau siapa mereka. Mengapa mereka gunakan nama ISRAEL dan bendera ISRAEL? Bani Israel dalam Al Quran kita sungguh jelas jauh berbeza dengan zionis yang gunakan nama ISRAEL. Jadi, tanah palestin/Jerusalem itu bukan tanah milik zionis yang dakwa mereka adalah ISRAEL. Bukan. Itu tanah milik Bani Israel yang pernah menjadi kaum Nabi Ya’qub, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Isa.
 
Perlu diingat, Nabi Ya’qub anak kepada Nabi Ishaq. Dan Nabi Ishaq bersaudara dengan Nabi Ismail dari berlainan ibu. Dari keturunan Nabi Ishaq, Bani Israel terbentuk. Dari keturunan Nabi Ismail, Arab terbentuk. Sebab tu jalur keturunan Nabi kita terakhir Muhammad S.A.W.W adalah dari sisi Nabi Ismail. Samada dari jalur Nabi Ishaq atau Nabi Ismail, keturunan yang lahir adalah daripada  satu darah. One Blood Line. Darah Nabi Ibrahim AS. Kan? Kalau satu bapak lain mak tu, masih dikatakan adik-beradik. Bukan adik-beradik tiri. Ingat tu! Jadi, Bani Israel dan Bangsa Arab adalah bersaudara. Satu darah!
 
 
Tak payahlah nak kondem gila babi sangat kalau tak baca Al Quran, tak membaca makna-makna ayat Al Quran, Sejarah-sejarah, berita-berita dan maklumat-maklumat dari segenap segi. Heran betul, biasa asal sebut aja subjek Sejarah samada sejarah apa punlah, tak ramai pun yang minat. Alasannya, tak minat cara cikgu mengajar subjek tu. Tapi bila timbul kontroversi, provokasi dan isu-isu yang melibatkan sejarah, kau pulak yang beria-ia sangat!
Memang betul, tin kosong kalau diketuk paling kuat berbunyi...
 
Nak jadi tentera Brigade Izzudin Al Qassam tu aje  kena solat Subuh berjemaah 3 bulan berturut-turut antara syarat-syaratnya. Baca Quran sehari satu juz. Kau hado? Kau berperang ke...kau tidur dalam selimut tebal ke...ajal maut di Luh Mahfuz memang takkan pernah berubah. Bezanya, tentera-tentera tu dah ready nak syahid anytime. Dah biasa tengok mayat bergelimpangan, runtuhan sana sini, lantai bermandikan darah dan teriak pekik orang yang trauma. Kau hado? Hado ke nan hado?
 
Jadi di bulan Ramadhan yang penuh berkah, sama-sama kita ambil iktibar untuk memperbaiki diri kita daripada peristiwa yang berlaku. Betulkan diri dulu. Inilah kesempatan emas untuk kita. Bulan penuh pengampunan. Bulan yang ada LAILATUL QADAR. Betulkan solat kita, kuatkan semangat kita untuk top up dengan solat malam. Ikhlaskan hati dalam menunaikan ibadah puasa. Lazimkan lidah kita membaca Al Quran walau mampu satu muka sehari. Muhasabah diri. Peringatan ini untuk Che'gu Murni. Yang membaca tu tak payahlah nak terasa hati. Che'gu Murni tak tujukan bicara ni pada sesiapa pun. Ini semua luahan duka nestapa yang meraja di tangkai hati. Dah terluah ni kira oklah...
 
 
Berito kaompek : Nak berayo kek mano la Che'gu Murni kali ni?
 
Piti pun indak lai... kalau naik feri, marasai badan ni dok sambung-sambung Feri. Nak naik burung terbang, boleh terbang duit poket yang baru nak dikumpul dalam bantal liur basi den tu. Camano la yo...mmm ... ..mmm (garu-garu dagu).
 
Tak balik kang, jadi anak durhako pulo den nanti. Ginilah hidup marantau...permusafiran ke Terengganu sudah ndak ado, diganti pulo dongan musafir ka PekanBaru Kota Bertuah. Memang batuah banar badan ni haa... hajat di hati nak bertapo sajo kek teratak buruk berpenunggu ni selamo 365 hari. Tapi dongar suaro mak ayah yang macam nak manangih jo tiapkali den call...terpaksolah batalkan hajat asal. Den ni muko memang kombar dongan UNDERTAKER , tapi dalam hati ado syurga..auchh..
 
Terpaksolah Che'gu Murni berhenti di sini sobab tak sodar dah menulis sampai 4 page! Jumpa di lain hari, wassalam.
 
 


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…