Skip to main content

BINGIT SEKEJAP PASAL TENTERA.

Biasa kalau plan-plan induk pendidikan disebut-sebut dalam tv atau hal-hal pendidikan menjadi tajuk utama akhbar dan media, mesti guru akan jadi bahan cerita.
 
So dengan tema WAR untuk tahun 2014 ni, meh saya nak sentuh hal tentera pulak. Tengoklah filem-filem zionis di pawagam, jika kita amati mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan itu, ia pasti tentang peperangan. Tapi tahun 2014 ni nampaknya semakin menjadi-jadi. Perasan tak?
 
Awal dulu MH370 jadi mainan dajjal sahaja. Kehilangannya buatkan gempar satu dunia. Rakyat Malaysia tak usah katalah. Keluar seribu satu spekulasi sebab benda tak nampak kan.
 
Sekarang MH17. Jelas dan terang ia ditembak. Tersalah tembak? Bapak luu...
 
Perkara ni tak boleh dipandang ringan sepatutnya. Mereka sudah mula menunjukkan kuasa dengan permainan ini. Tak perlu tambah permainan baru, menyalahkan negara itu dan negara ini. Menyalahkan pulak pilot yang dah berkubur. Sepatutnya kita kena ambil tahu, apa tindakan kita terhadap pembunuhan ini?
 
Kalau dalam pesawat itu ada ahli keluarga saya, tentu saya meroyan. Saya takkan terima dah nasihat orang suruh bersabar ka...suruh bertenang ka..apa ka... lagilah bila video tragedi tu diupload di mana-mana media massa. Sungguh hati saya akan hancur berkeping-keping.
 
Mereka sedang mengusik kita. Tapi apa tindakan kita? Nak kata PM ada hantar tentera ke GAZA ikut berperang, tak ada pun. Belum pun hantar berperang lagi, dah kena perang ni. Apa cerita? Selepas ini apa lagi? Whats next? What?
 
Saya respek dengan orang-orang yang bertugas sebagai tentera tak kiralah apa bahagian tentera sekalipun. Tahu tak, pahala kamu tidak sama dengan kami, rakyat biasa. Tapi kalau setakat menjadi tentera sebab takde kerja lain lagi dah di Malaysia ni, memanglah parah.
 
Mempersoalkan rakyat awam tentang kesediaan untuk menjadi anak-anak yang kehilangan bapa, isteri-isteri yang kehilangan suami, hilang tunang, dibunuh, disembelih dan kucar-kacir sebagai serangan balas  jika tentera ikut berperang ke GAZA, itu bukanlah tindakan yang bijak oleh seorang yang namanya tentera. Sudahlah kau takut nak pergi berperang, kau salahkan pulak orang awam dengan soalan : Kamu dah sedia ke nak hilang suami, anak tak berayah dan bla..bla....
 
Kalau macam tulah pendirian seorang tentera, tak adalah bezanya kita dengan negara-negara arab yang kita kecam sebab tak mahu bantu Palestin. Cuba dulu bang, offer pergi berjuang di Palestin, baru tahu mentaliti rakyat macam mana. Entah-entah orang awam yang tak ada basic ketenteraan ini lebih ramai yang nak pergi.
 
Pahala kamu berganda-ganda daripada kami rakyat biasa. Kamu menggadaikan nyawa untuk keselamatan rakyat dan keamanan negara. Kamulah yang seharusnya mendidik orang awam akan erti jihad yang sebenar. Kamulah yang sepatutnya lebih alim daripada orang awam kerana kamu lebih tahu pahala syahid di jalan Allah. Kamulah yang menjadi idola orang awam kerana keistimewaan-keistimewaan ini. Di palestine, setiap tentera yang syahid, ibunya akan menjerit ,"Seorang tentera allah yang mati hari ini, pasti akan lahir lagi beribu-ribu tentera allah yang sama."
 
Kalau tidak, untuk apa kamu jadi tentera? Apa definisi tentera bagi misi dan visi kehidupan kamu? Atau sebenarnya kamu langsung tak sedar apa keistimewaan kamu sebagai penjaga keamanan negara?

Kami orang awam, kami percaya dengan kewibawaan kamu sebagai tentera. Tapi kalau kamu sendiri kata begitu, rakyat tentu semakin takut. Dan nampaknya memang tak adalah orang yang berani di Malaysia ni. Dengan tidak menyertai perang di GAZA, adakah Malaysia akan  terselamat daripada sebarang peperangan? MH17 sudah menjadi buktinya...
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…