Skip to main content

HARI-HARI KERJA..LALALALA...

AM I A WORKAHOLIC?
 
Siap berantai besi bagai... Assalamualaikum..
 
Dah dekat nak akhir Ramadhan ni macam-macamlah aktiviti yang perlu disempurnakan seperti tahun-tahun yang lalu. Acara Khatam Quran, Penutupan Bulan Ihya' Ramadhan dan hari terakhir sekolah untuk cuti Hari Raya. Yeay! Nak raya!
 
Workaholic bukan ciri-ciri saya. Saya orangnya rileks and cool.. benda-benda yang nak mengikat-ikat ni memang ler pantang tok nenek. Sebab tu Allah takdirkan hamba ni kerja mengajar di sekolah. Pergi pukul 7.30 pagi kemudian balik jam 1.00 atau 1.30 petang. Boleh pergi pasar, cari lauk. Boleh masak di rumah. Paling best sekali boleh membuta.. Hahaha..
 
Jeles ler tewwww.... kikikiki..
 
Saya tak sukakan cabaran. Tak payah lah nak provoke saya dengan naik pangkat yang begini begitu, saya susah nak terliur. Atau janjikan APC yang berjumlah RM1000 tu, tak dapat pun tak apa. Saya suka buat kerja yang saya suka. No paksaan dalam Islam. Orait...
 
Dalam hidup ni, kenalah simpan sedikit energi dan fikiran serta tumpuan kepada alam semulajadi. Kena layan hati dan perasaan yang mahukan suasana indah lautan luas yang membiru. Layan sukma yang rindukan kedinginan air terjun yang damai. Layan rohani yang laparkan muhasabah, tadabbur, tazakkur kepada alam dan penciptanya serta makanan hati yang lain. Barulah ketenangan itu kita jumpa.
 
Dulu mungkin saya tak rasakan kelelahan ini. Tapi sekarang sudah mula tahu peritnya mengejar dunia. Penatnya mengejar edisi terbaru. Gadget terkini. Teknologi tercanggih. Dunia memang takkan habis dicari. Sehingga patah riuk tulang- belulang, semput-semput peparu nak bernafas, kudrat semakin lemah, dunia tetap semakin jauh rasanya. Kecewa dan gusar muncul bertimpa-timpa. Putus asa selalu menjadi the best ending.
 
Hati yang begitu tenang dan fikiran yang jernih. Kerja bagaimanapun sulitnya nak mengatur pasti akan beres juga. Itu yang susah nak dapatkan. Sukma yang tenang. Akal fikiran yang tidak berserabut.
 
Alhamdulillah.
 
Tahun ini panitia buat telur pindang dan bubur lambuk sebagai bontrot acara penutup nanti. Semuanya dapat. Tak terkecuali. Di awalnya terasa susah. Tapi entah kenapa dengan tak semena-mena periuk besar berisi 600 telur sudah siap ditenggek atas api dalam Bilik Kemahiran Hidup.
 
Baru nak tengok macam mana cara masak telur pindang. Dah siap bertutup dengan penutup periuk. Hmmm...
 
Memang mudah kerja berpasukan dan saling bekerjasama. Tak berkira dalam melaksanakan apa-apa program pun. Kalau berjaya, semuanya senang hati.
 
Terima kasih kawan-kawan satu tempat kerja. Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian. Amin...
 
Bunga telur dah siap beli. Paha dah ada. Bunga manggar dalam proses. Persiapan dewan sederhana je. Kotak telur pindang dah siap. Tinggal bubur lambuk dan menghitung hari. Haha.. Lepas tu cuti. Ops...kerja nak menghias rumahlah pulak nanti..
 
Ok sekian.
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…