Skip to main content

JANGAN SUKA MENJADI JASSAASAH....




Assalamualaikum...
 
Dua tiga hari lepas, cuaca kemain terik. Sungguh tak berdaya nak drive balik ke rumah kerana kepala rasa nak terbakar. Dalam keadaan tak sihat ni, rasa nak jumpa tilam dengan bantal je.
 
Tapi kewajipan tetap perlu dilaksanakan. Solat. Paksakan diri untuk menunaikannya walaupun bermacam dugaan dan godaan melanda. Syaitan boleh bersembunyi di dalam salur darah kita, jadi bukan senang nak mendekati diri kepada Tuhan Maha Kuasa kalau tak didik hati dan latih diri untuk disiplin dalam solat. Lagi-lagi waktu sakit macam ni. Rasa nak bertapa atas tilam tak mau bangun-bangun. Dahsyat kan? Belajar tinggi-tinggi tapi nak lawan syaitan pun tak mampu. Lemahnya diri Joyah ni...
 
Joyah bersyukur sebenarnya diberikan rasa sakit dalam keadaan cuaca yang terik. Inilah Ramadhan sebenar. Lapar dan dahaga di tengah-tengah panas yang membahang, ditambah kesihatan yang merudum. Memang pakej. Ini membuatkan Joyah teringat warga Palestin yang sedang berperang dengan musuh Allah. Warga Palestin yang bila-bila waktu sahaja berdepan dengan maut. Joyah baca Quran, terkena pula ayat-ayat tentang peperangan. Airmata Joyah tak tertahan dibuatnya, tentulah Joyah teringat Rakyat Islam Palestin. Di bulan yang perlu menahan lapar dan dahaga, mereka perlu berperang demi mempertahankan agama dan bangsa. Tak tentu lagi tu dapat berbuka ke tidak. Tak tentu lagi tu dapat berjumpa keluarga ke tidak. Tak tentu lagi dapat melihat matahari besoknya ke tidak. Tapi Joyah rasa bangga, mereka tu dah tentu akan menjadi tetamu elit di alam abadi. Malaikat Ridhwan pasti tersenyum sambil mengucapkan Salam Sejahtera buat mereka yang sudi menjual nyawa kepada Allah.
 
Joyah tak berdaya nak tengok kezaliman di Palestin di dalam FB. Cukup-cukuplah era Ariel Sharon dulu, Joyah demam 3 minggu. Tak boleh nak makan setiapkali menatap berita-berita di Mesir. Kalau benarlah kononnya Jerusalem itu milik zionis yang mendakwa mereka Israel, mereka takkan sewenang-wenangnya membunuh kanak-kanak yang tidak bersalah. Menembak orang awam yang sedang berjalan kaki tanpa sebab. Perjuangan apa yang mereka buat untuk merampas tanah Palestin? Tiada lain kecuali hendak menghapuskan seluruh etnik Arab dan Islam. Tu je. Memang tu sahaja. Tak payahlah nak berdrama sangat, katakan Jerusalem itu milik Israel. Itu tanah yang dijanjikan. Tanah yang diberkati. Humang aiii... fitnah akhir zaman sudah terasa semakin dahsyat sekarang pada pengamatan Senah.
 
Zionis diberi bekalan senjata canggih manggih. Rakyat Palestin cuma ada batu. Tang mana yang logik nak kata Palestin tulah yang merampas tanah Israel? Otak bodoh mana yang tak boleh fikirkan pihak mana yang membuli pihak mana? Untuk melihat ini, tak perlukan baca status-status FB atau benda-benda yang pakai gunting dan gam ni. Ia perlukan pembacaan yang bertahun-tahun. Perang zionis-Palestin bukan sekarang baru nak tercetus. Jadi mana-mana yang buta sejarah tu, baik pergi bukak buku atau tanya orang-orang tua dahulu sejarah peperangan palestin dan Zionis. Taklah nampak dungu sangat. Kan?
 
Peliknya kita pun sekarang dah terikut-ikut dengan tabiat suka menjadi JASSAASAH. Mengintip apa sahaja melalui smartphone kemudian pos di FB. Perangai itu memang perangai zionis. Yang terbaru ni tentang perempuan mengamuk sebab kereta kena langgar.
 
Kita jangan lupa, fenomena ini menjelaskan lagi bahawa memang akan ada perhitungan di akhirat kelak. Memang akan diputarkan semula amalan-amalan kita semasa di dunia apabila hari perhitungan itu tiba. Semua manusia akan dibangkitkan dan tak ada yang terkecuali. Walau dosa seberat zarah, semuanya akan dihisab. Mustahil ke?
 
Joyah tak kuasa nak tengok video orang mengamuk tu. Takut Joyah pulak meroyan nanti. Kih Kih... baik Joyah habiskan cepat-cepat bacaan Quran Joyah. Lagi bagus. Lagipun orang perempuan ni tau ajelah, dah lepas 17 Ramadhan pun, masih terkial-kial Juz 6. Orang lain dah nak khatam pun.
 
Ish... panjang pulak mukaddimah Joyah ni. Erk? Mukaddimah?
 
hahaha... yep..baru mukaddimah tu.
 
Pagi ni, hujan lebat tapi masih berbahang. Patutlah terik sangat dua tiga hari ni, nak hujan rupanya. Alhamdulillah...terasa damai sikit walaupun badan masih lemah. Semalam cuma mampu makan kurma dengan susu segelas je. Harap-harap perut ni tak meragam nak tunggu berbuka nanti.
 
Gagahkan diri pergi sekolah. Usahakan dapat memandu dengan baik dan awas kiri kanan. Alhamdulillah.
 
Ayah pulak call beritahu yang Joyah tak payah lah balik ke sana. Mereka aje yang akan datang ke mari, beraya. Alhamdulillah...allah sampaikan isi hati Joyah ni kepada kedua orang tua Joyah. Tak sangka. Tapi...nak kena mengemas pulak la teratak buruk Joyah yang dah usang ni. Hehe...
 
Joyah akan bersabar dengan segala kesulitan yang Joyah rasakan. Joyah akan lawan segala dugaan yang melanda. Hidup  Joyahhh!! Hoyeah!
 
 
 P/S : Sekejap Joyah..sekejap Senah...hahaha... hentam sajalah labu..
 
 
 
 
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…