Skip to main content

KASIH SEORANG AYAH

Assalamualaikum...


Erm....pagi ni alhamdulillah, sakit kepala hilang. Malam tadi Mbah Kidul dah boleh selesaikan kerja-kerja  yang  menuntut konsentrasi, lepas tu rebah tak sedar alam. Dah lama jugak Mbah Kidul tak diserang sakit kepala. Mungkin faktor cuaca yang tak menentu ditambah lagi dengan kemunculan seekor makhluk yang tiba-tiba je merenung Mbah Kidul tengah tidur, kepala ni memang tak tentu arah jadinya.

Waduh..waduh menulis dengan tablet ni memang ler mencabar kesabaran Mbah Kidul uhuks... Tapi ni yang ada di tangan waktu ini. Kebetulan dah lama sangat tak menulis gunakan prasasti abad 21 ni, kekok semacam. Sebelum Mbah Kidul terlupa nak kongsi, baik tulis dulu kan. Karang je edit semula.

Pagi tadi hujan lebat. Biasa kalau hujan aje mesti rasa berat nak pergi kerja. Lain pulak hari ni. Rasa badan segar sikit. Datang sekolah je, terus ke pejabat, check in. Ahaks... 

Sewaktu turun dari pejabat, Mbah Kidul nampak seorang lelaki tergesa-gesa menapak ke satu arah. Tengok pada lorong itu, Mbah Kidul agak, tentu dia ke kelas tahun satu. Mbah Kidul terpaksa berjalan lenggang kangkung sebab jalan licin. Mbah Kidul jugak menapak ke lorong yang sama. Dan apa yang Mbah Kidul nampak?

Lelaki berbaju t lengan pendek, seluar jean dan bertopi itu sedang memakaikan anaknya tali leher dengan cepat, takut loceng berbunyi agaknya. Kalau loceng dah bingit, murid kena beratur. Tentu dia tak mahu anaknya terlewat.

Mbah Kidul terharu lihat situasi itu kerana ia adalah bukti,"Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak?

Kebetulan Mbah Kidul ada kelas dengan murid itu. Mbah Kidul tanya,"Kenapa ayah kamu pakaikan tali leher pagi tadi?"

Rupanya tersedar bila sampai sekolah, tali leher tak pakai lg. Maka si ayah balik rumah pergi ambil tali leher tu dan berlakulah seperti yang Mbah Kidul nampak tadi. 

Agung kasih sang ayah. Membuatkan Mbah Kidul teringat jasa-jasa ayah Mbah Kidul. Airmata pun mula la nak bergenang...

Tahun ni berpuasa tanpa ayah dan mak. Oh ayahhh... 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …