Skip to main content

KECIL-KECIL SUDAH PANDAI MEMBULI?



Assalamualaikum...

Ooo cian dia... kena buli ya cayang...?

Orait... hari ni kelas penuh. 9 masa! Dua tiga hari ni rasa badan tak berapa sihat. Mungkin sebab cuaca. Pepagi hujan lebat, kemudian tengaharinya panas seterik-teriknya. Maklumlah, badan bila dah tua-tua ni rasa tak boleh nak compatible dengan cuaca. Compatible? Ahaks..
 
Walau bagaimanapun syukur ke hadrat Ilahi, hari ni Allah pinjamkan lagi hari buat Neng Loro di dunia. Alhamdulillah, boleh lagi bernafas dengan baik di bulan Ramadhan ini. Badan boleh bekerja seperti biasa walaupun sudah terasa bisa-bisa. Kepala dah mula berdenyut-denyut. Paling teruji apabila waktu sakit nilah kena buat tugas yang perlu gunakan tumpuan penuh. Neng Loro memang tak boleh buat satu kerja pun waktu kepala tak sihat. Kalau boleh nak berbaring sepanjang hari. Benda-benda yang ada radiasi ni mesti off dan letak jauh- jauh. Tak peduli dah itu semua. Tapi ini ujian buat Mbak Loro. Dalam kesakitan, Mbak Loro kena selesaikan tugas ini. Insya-Allah, Mbak Loro mohon pada Allah agar permudahkan urusan Mbak Loro. Mbak Loro tahu, kalau tak mampu, Allah tak mungkin bagi Neng Loro dugaan-dugaan ni semua kan.
 
Ha...sekejap Neng Loro..sekejap Mbak Loro..Nampak nah kepala tengah tak berapa waras...keh keh keh...
 
Okeh...
 
Selama 10 tahun Neng Loro mengajar, sampai sekarang Neng Loro tak boleh lupa satu kelas paling pandai yang Neng Loro pernah ajar di Terengganu. Waktu tu Neng Loro jadi cikgu ganti sahaja. Setiap kelas, maksima jumlah murid di sekolah itu ialah 30 orang. Jadi, murid tahun 3 sampai ada 5 kelas. Apa pengalaman Neng Loro masuk kelas paling pandai waktu tu? Tahun 2005.
 
Murid kelas itu sangat tumpu dengan apa yang Neng Loro sampaikan. Waktu mengajar, mereka sungguh mendengar dengan teliti. Mereka akan angkat tangan kalau nak bertanya. Mereka sungguh terdidik dengan adab-adab di kelas walaupun masa tu baru umur 9 tahun. Rasanya macam mengajar orang besar. Sepatah kata pun takkan terdengar dari mulut mereka. Senyap sepi. Tetapi waktu membuat latihan, mereka berbual juga tapi tidaklah sampai cikgu terganggu. Sungguh tenteram dapat mengajar murid macam tu. Siapa yang Neng Loro respek? Tentulah ibu bapa mereka yang telah memberi didikan yang terbaik.
 
Sampai sekarang Neng Loro tak pernah jumpa kelas seperti tu lagi. Malah di tempat Neng Loro mengajar ni, kelas pandailah yang Neng Loro paling garang sekali. Di sini murid yang pandai itulah yang melampau sikapnya kepada guru. Mereka berasa mereka pandai, jadi mereka kurang amalkan adab-adab di depan guru. Berbeza dengan kelas kurang pandai, mereka memang lemah sedikit dalam pencapaian. Neng Loro boleh beralah dengan mereka kerana Neng Loro tahu keadaan mereka.
 
Penyakit yang Neng Loro selalu jumpa dalam kelas pandai: Suka membuli kawan yang dirasakan tak cukup pandai seperti mereka dalam level mereka. Mereka pulaukan. Kalau pilih tempat duduk, mereka akan paksa murid kurang pandai tu pergi tempat lain walaupun murid itu lebih awal tiba.

"Jangan tegur dia."
"Kita tak nak tegur awak!"
"Kita tak mau kawan dengan awak!"
"Awak jangan kawan dengan dia!"
"Awak jangan tegur dia!"

Dialog-dialog ini biasa terdengar di dalam kelas pandai.  'Tegur' dalam dialog mereka bukan bermakna teguran. Ia bermaksud 'kawan'. Jadi, kalau ayat di atas terkena pada sesiapa, orang yang terkena itu akan menangis kerana terluka perasaannya.

Jangan main-main ya. Dalam dunia sekolah rendah, perkara-perkara macam ni adalah perkara besar yang mampu mempengaruhi emosi murid-murid. Sebatang pensil hilang pun dah dianggap macam tragedi tsunami. Apalagi kalau kasut hilang atau tertukar kasut. Itu bencana paling tahap maksima la tuh. Kalau tak berjejeran air mata, tak melalak sekuat-kuatnya, bukan merekalah jawabnya. Begitu juga dengan hal boikot kawan.

Sebagai ibu kedua mereka, perkara ini Neng Loro akan anggap sesuatu yang mesti dicegah. Terutamanya tabiat suka memilih kawan sehingga ke tahap memboikot. Neng Loro pernah rasakan bagaimana diri diboikot dalam kelas. Haa..tengok! Kenangan lama sekolah rendah. Neng Loro masih boleh ingat. Jadi Neng Loro tak suka tengok anak-anak Neng Loro ada yang berperangai suka memboikot kawan. Mentang-mentanglah kawan tu tak cantik, tak pandai, tak menonjol, pensil warna bukan jenama LUNA/SWAN STABILO, tak punya SHAKER/PENSIL TEKAN/PENSIL PICIT, tak ada mainan, tak bawak banyak duit, kau pun tak maulah geng dengan dia ya? Siap kempen dengan kawan-kawan lain supaya jangan geng jugak dengan kawan tu. Amboi...amboi...siapa ajar? Cikgu tak pernah ajar pun.

Dengan suara tegas, wajah yang serius dan sesekali nampak macam meroyan jugak, Neng Loro akan memberi teguran dan nasihat. Cukup dengan kata-kata, mereka kan tertunduk dan terasa sendiri. Selepas tu mereka takkan berani nak bergaduh lagi depan Neng Loro. Kalau ada salah faham pun, mereka akan diam. Nanti habis kelas, baru bertumbuk. Heh heh..

Tapi kalau murid-murid darjah satu.... eyyyy... hebat juga bab pulau-memulau kawan ni dalam kelas pandai. Tapi bila Neng Loro siasat :

"Kenapa kamu ambil pensil dia?"
"Habis tu dia tak nak tegur kita"

Neng Loro renung pulak muka si mangsa.

"Kenapa kamu tak nak tegur dia?"

Baru aje tanya, belum pun buat apa-apa lagi. Dua-dua dah bergenang airmata. Lepas tu apalagi... menangis macamlah kena belasah. Hahaha...

"Kecik-kecik dah pandai ya ni? Biasaaaaaa..!!"Tambah lagi camtu, ha bertambahlah kuat dia melalak. Keh keh keh.

"Cikgu nak kamu salam kawan, lepas tu mintak maaf sama-sama. Dan sama-sama maafkan kesalahan kawan."

Walaupun terpaksa, dah depan cikgu kan, mereka akan paksakan diri bersalaman dan saling meminta maaf. Kemudian sama-sama juga akan memaafkan. Kemudian masing-masing muncung je berjalan pergi tempat duduk.

Ala..sekejap aja tu.. Jap lagi lepas lima minit, mereka akan bergurau lagi. Ketawa lagi. Kemudian bergaduh lagi. Dan mengadu lagi...haha..

mode : Si kecil pun ada alam mereka tersendiri yang perlu ditonton dan difahami...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…