Skip to main content

MAK! SAYA NAK KAHWIN DENGAN USTAZZZZ.....

              
Nak yang pakai kopiah camni ke dik? 
 
  “Konah, ko tolonglah nasihatkan anak akak tu. Dia tak berkenan dengan calon jodohnya. Dia siap bagitau lelaki tu yang dia terima lelaki tu disebabkan ikut cakap aku. Memalukan aku sungguh. Ha, nak calon yang sempurna macam mana lagi? Kalau nak yang pakai kopiah tu, tok imam banyak. Pilih aja nak jadi bini tok imam yang mana satu. Menyampah pulak akak.”
 
                Uhuk...uhuk..uhuk...
 
                Terbatuk-batuk Kak Konah bila dengar curahan hati kawan-kawan ni. Nak tergelak pun memang iya. Mentang-mentanglah Kak Konah ni susah nak sukakan lelaki, tak semestinya Kak Konah ni nak cari yang berkopiah. Mentang-mentanglah anak dia tu ciri-cirinya macam Kak Konah, tak semestinya kami ni serupa yang oi... Rambut sama hitam tapi hati lain-lain juga maa...
 
                Wokeh...untuk gadis-gadis riang ria remaja yang sedang asyik masyuk dalam ikatan ukhwah fillah bersama rakan-rakan satu kampus...
 
                Kak Konah ni Libran. Kononnya dari segi astrologinya, zodiak pertama yang fokus kepada hubungan dua hala. Walaupun dalam susunan perbintangan, Libra adalah zodiak ketujuh. Simbolnya timbangan. Waah...kau dah mula mengarut ya Konah.
 
                Jadi, Kak Konah memang suka berkawan, berkumpulan. Dari sekolah menengah sampailah dah kerja, Kak Konah ada geng. Geng Kak Konah. Eh, bukan namanya Geng Kak Konah. Maksud Kak Konah, geng Kak Konah ni bukan geng yang ditubuhkan tapi ia silaturahim yang tersimpul berkat daripada keikhlasan, kasih sayang dan sentiasa tolong-membantu antara satu sama lain. Senang sama senang. Susah sama susah. Gitulah.
 
                Ke mana pun kita pergi, di mana pun kita berada, geng kita takkan kita lupa. Kalau nak ajak ngeteh pun kalau boleh dengan geng jugak. Tapi dah kerja ni, masing-masing pun dah ada keluarga, haluan sendiri kan. Eh..buat juga reunion. Yang mana ada anak tu dok heret la anak ke sana ke mari. Apa ada kisah. Janji dapat jumpa, tukar-tukar cerita. Alhamdulillah...hilang rindu.
 
                Tapi...! Ingat... kasih sayang yang melimpah ruah dalam persahabatan ini kadangkala buat kita lupa bahawa kita perlukan LELAKI dalam hidup. Ini pengalaman Kak Konah juga. Masa kita tengah belajar, kita memang happy go lucky. Kita selalu tulis, ‘SAHABATKU TILL JANNAH’... ‘SAHABATKU DUNIA AKHIRAT’.... ‘SAHABATKU SELAMANYA”
 
                Dan apabila waktu hamba Allah yang bernama LELAKI  tu tiba untuk menjadi sebahagian daripada diri kita, kita menolak. Kita kononnya tak bersedia. Kita tak minat. Kita belum nak kahwin. Belum nak itu. Belum nak ini. Masih nak aktifkan diri dengan kerja-kerja ukhwah fillah. Itu SALAH. Sama sekali SILAP.
 
Ye ler...masa kau belajar, kau memang nak berkepit dengan kawan-kawan aja. Cuba besok dah kerja, dah stress, dah menyendiri, kawan-kawan dah berjumpa jodoh memasing...masa tu kau kat mana? Masa tu kau nak buat apa? Masa tulah baru kau TAHU. Ahaks...
 
Aduhai...terkenang pulak waktu-waktu bermakna bersama kawan-kawan dulu. Alhamdulillah ala kulli hal. Allah berikan sahabat yang baik di dunia sampai akhirat kepada Kak Konah. Kak Konah sentiasa doakan mereka berbahagia dengan kehidupan masing-masing sehingga ke hujung nyawa.
 
                Adik-adik tersayang, Kak Konah memang bangga dengan usaha adik-adik untuk jadi muslimah cemerlang dunia dan akhirat. Menjaga pakaian dan tutur kata. Memelihara diri daripada perbuatan yang tak baik. Sungguh Kak Konah respek walaupun adik-adik bukan keluaran negara Arab, bukan hafizah 30 juz, bukan master atau phd. Adik-adik tekun memperbaiki diri adik-adik untuk jadi wanita yang terpelihara. Sungguh Kak Konah gembira, dik.
 
                Tapi jangan sesekali kita pandang rendah LELAKI yang berseluar jean, tak pakai kopiah atau tak nampak langsung ciri-ciri islamik dia sekiranya kita memang tak kenal dia. Selama kita tak pernah nampak dia buat perkara yang tak senonoh. Selama kita tak tahu latar belakang dia. Jangan.
 
                Ayah kita sendiri pun waktu kecil-kecilnya tidak memakai kopiah. Ayah kita tak hafal Al Quran. Tajwid ayah kita pun tak semahir mana. Ayah kita bukan seorang alim ulamak. Malah mungkin dia seorang perokok tegar padahal kita tahu merokok tu HARAM. Bahkan dia juga berseluar pendek dulu-dulu. Mungkin saja kan? Tapi ayah kita mendidik dan membesarkan kita dengan nilai-nilai agama yang dia dapat ketika dia sedang berubah daripada kurang baik kepada baik atau baik kepada yang lebih baik. Manusia boleh berubah. Manusia sentiasa berubah.
 
                Begitu juga dengan LELAKI yang datang dan pergi dalam hidup kita. Jangan anggap SEPI. Jangan buang begitu sahaja. Sebab Allah hadirkan hamba-hambaNya yang tertentu ke dalam hidup kita dengan alasan tersendiri. Kita mana tahu rahsia Allah. Tak ada satu perkara pun yang berlaku ke atas diri kita di luar pengetahuan Allah.
 
                Cari LELAKI YANG BERAGAMA. Itu betul. Menilai agama seseorang daripada luaran sahaja. Itu salah. Jangan tergoda dengan rupa paras. Sungguh, jangan terpedaya dengan harta yang dia ada. Kitalah yang perlu percantikkan rupa paras kita. Kitalah yang perlu ada harta.
 
                Dapat muka bak bidadara pun kalau mulut macam longkang, kerja nak mencarut, memaki hamun 24 jam, memang kitalah yang BODOH, bukan lelaki. Dapat yang pandai menanam tebu di pinggir mulut, waduh-waduh...kitalah yang BODOH, bukan lelaki. Dapat yang PISAU CUKUR lagilah...Nauzubillahi Min Zalik. Minta dijauhkan tuhan.
 
                Kesimpulannya, kepada Allah kita kembali. Biar siapa pun yang datang dalam hidup, kalau benar kita ni nak menjadi muslimah sejahtera, doakanlah dalam tiap tahajud kita. Sebutlah nama lelaki yang hadir dalam hidup kita. Minta kepada Allah. Kalau dia menarik hati kita sekalipun andainya tidak baik untuk kita, pasti ada saja halangan dan hambatan yang menyebabkan hubungan tak jadi. Tapi kalau dia bukan pilihan kita, dan ia memang jodoh kita, tolaklah macam mana sekalipun, itu juga yang datang untuk kita. Bergantung sejauh mana kita bertawakal kepada Allah. Sejauh mana kita betul-betul redha dengan ketentuan Allah dan adil kepada diri kita sendiri.
 
Jangan sebut tentang cinta di depan Ilahi. Allah lebih maha mencintai hambaNya. Kita sendiri pun takkan tahu apakah cinta yang kita rasakan itu adalah cinta yang sebenarnya, seharusnya atau sewajarnya. Sebab cinta tak mesti memiliki. Memiliki seseorang pula bukan bermakna kita mencintainya. Kan? Jadi apa?
 
Kita makhluk allah yang tidak sempurna. Sungguh punya cacat dan cela. Jangan mendambakan KESEMPURNAAN dalam diri makhluk bernama LELAKI...
               

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…