Skip to main content

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI



Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  
Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.

Cara nak mohon elaun pindah rumah sendiri ni, pastikan tidak lebih daripada 6 bulan dari tarikh kita duduk rumah. Dan jarak RUMAH BARU dengan PEJABAT tidak boleh melebihi 33 km.

1) Cari borang rasmi PERMOHONAN KELULUSAN TUNTUTAN ELAUN-ELAUN KERANA BERPINDAH RUMAH DALAM STESEN YANG SAMA. LAMPIRAN 'A'. Kat internet banyak. Kalau boleh ambil di laman web rasmi pejabat yang berkaitan. Oleh sebab taklah jauh sangat kawasan rumah saya dengan pejabat, jadi saya isi yang sama stesen la. Kalau luar stesen tu macam mana pulak ye? Tunggu saya pindah luar stesen baru saya buat entri tu hehe. Isi borang ni dengan lengkap dan buat 3 salinan jugak. Tandatangan mesti hidup ya.

2) Surat kelulusan Pinjaman Perumahan Kerajaan kena copy 3 salinan seperti dalam borang. Seeloknya mintak la ketua jabatan buat pengesahan kan. Senang sikit.

3) Selepas tu ada ruangan di mana Ketua Jabatan kena isi. Minta tandangan dan cop sekali. Biar formal gitu. Ahaks..

4) Poskan ke Jabatan Pelajaran Negeri. Saya bernaung di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Maka ada ler perkataan Johor di sebelah JPN itu. Mintaklah kerani poskan atau PAR yang bertugas. Kalau kita yang buat semua, senanglah depa tu kan. Kalau berbaik hati nak buat dari awal hingga akhir sendirian, ya silakan. Apa salahnya kan.

5) Tunggulah jawapan macam saya tunggu ni.

6) Kalau jawapan positif, kerani akan uruskan akaun bank dan hal-hal yang sewaktu dengannya. Dan tunggulah duit masuk ke dalam bank sambil garu-garu dagu.

7) Kalau negatif macam saya ni, kenalah tunggu dan tunggu lagi kan. Tak apalah, janji dapat. Nak cover belanja pindah barang kalau setakat seratus dua tak apa lagi. Ini sewa lori dah berapa RM.

8) Ada kes yang tak dapat. Contoh: Kawan saya yang berpindah dari Johor ke Penang. Jauh tu. Tapi tuntutan ditolak sebab dia belum 3 tahun dalam perjawatannya.

Sebut pasal pindah ni, saya nasihatkan kepada guru-guru baru yang masih belum stabil tu, tak usah kelam-kabut sangat nak berpindah kecuali ada penyakit kronik dan perlukan pantauan ahli keluarga setiap waktu.

Bukan kita seorang sahaja yang bermasalah dan mempunyai kesulitan. Paling tidak, tunggulah pengesahan jawatan kita sampai selesai. Tidaklah besok urusan penting begini tertunda-tunda disebabkan kerja asyik nak berpindah. Ini belum apa-apa lagi dah bingit nak mintak pindah. Bersabar dulu. Memang bukan senang nak sabar. Kawan saya sampai 5 tahun mohon pindah tak dapat-dapat. Saya naik letih tengok dia setiap tahun meroyan apabila permohonan ditolak. Dah siap turun naik Jabatan pun. Dah siap bergaduh dengan orang-orang jabatan pun. Letih sungguh kalau diingat-ingat semula. Akhirnya penantian dia selama 5 tahun berakhir juga.

Pengalaman di sekeliling selalu memberi saya pengajaran bahawa tidak semua yang kita inginkan kita akan dapat. Tapi jika sesuatu peluang dan rezeki tu memang ditentukan untuk kita, sesiapa pun takkan dapat merampasnya daripada kita. Yang susahnya ialah nak menerima kenyataan bahawa sesuatu yang kita inginkan tu sememangnya bukan untuk kita. 

 p/s : Update 

- Permohonan saya telah diluluskan dalam tempoh sebulan daripada pembetulan borang. Jumlah yang saya dapat ialah RM1402.00. Syukur kepada Allah atas rezekiNya.










Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…