Skip to main content

WALAU GAJI BERTAMBAH, NAFSU TETAP TAK PERNAH SURUT....


Macam mana nak cari duit lebih ni...

Salam Pagi Khamis yang cemerlang.. ahaks..
 
 
Terjaga daripada tidur, dengar hujan menghempap atap. Ohh...nyamannyaaa... Tapi tak lama. Sekarang giliran matahari menyimbah cahaya, terang benderang. Sejuk masih lagi terasa waktu papan kekunci ini diketik-ketik...
 
Dengar-dengar penjawat awam dapat bantuan 500RM dalam berita. Sebab dah lama sangat tak tonton tv, jadi tak tengoklah pengumuman tu. Tahu daripada status-status kawan-kawan di FB.
 
“Lemahnya rasa dapat 500RM je. Tapi daripada tak dapat...”Seorang kawan bercerita.
“Adoi...banyaknya nak pakai duit...anak nak itu ini..”keluh kawan yang lain...
“Beruntung jugak suami isteri yang kerja gomen, dapat jugak 1000RM. Kalau bujang...?”Seorang lagi menyampuk.
 
Apa pun, Mak Temah rasa bersyukur dengan nilai yang akan Mak Temah dapat iaitu RM500. Itu bukan bantuan kerajaan. Itu bantuan Allah untuk Mak Temah sebab Mak Temah sedang melalui fasa yang teramat sulit sejak duduk di rumah baru. Sejak gaji sudah dipotong untuk pembayaran rumah, sejak cukai rumah dua kali setahun kena selesaikan, cukai kereta yang mesti bayar, bil air dan api yang perlu lunas, pinjaman kereta yang perlu tuntas, LHDN yang perlu dibayar.....dan itu dari poket Mak Temah seorang...Mak Temah terasa amat bersyukur. Apa yang penting Mak Temah tidak menyusahkan orang lain, tak meminta kepada orang lain. Mak Temah hanya minta pada Allah.
 
Mak Temah terkadang pening nak menguruskan kewangan apabila fikir pula duit makan sebulan, duit minyak kereta, dan beberapa keperluan lain... itu tidak termasuk tanggungan seperti di atas. Dan Mak Temah fikir bagaimana kalau Mak Temah adalah janda yang punya anak? Keperluan anak?
 
Mak Temah fikir lagi, bagaimana kalau ada suami yang langsung tak membantu, bergantung kepada isteri sepenuhnya, seperti yang dialami beberapa kawan Mak Temah? Bagaimana nasib Mak Temah?
 
Akhirnya Mak Temah buang segala fikiran tu daripada terus melemahkan semangat Mak Temah. Mak Temah solat dan minta tolong. Solat dan minta tolong. Solat dan minta tolong kepada Allah. Apa dan bagaimana caranya agar fasa sulit ini dapat dilalui dengan baik, Mak Temah tak mahu fikir caranya. Mak Temah hanya solat dan mintak tolong. Mak Temah letih sangat nak berfikir. Mak Temah berserah kepada Allah.
 
Sesungguhnya kita memang perlu ada pendapatan sampingan selain daripada kerja utama ini. Jangan sambung berhutang lagi. Jangan gunakan title penjawat awam ni untuk dapat buat pinjaman lagi dan lagi. Walaupun gaji semakin bertambah tiap tahun, nafsu kita tak pernah surut tiap hari. Jangan ikutkan nafsu yang akan menyiksa tubuh badan kita. Mak Temah cakapkan diri Mak Temah. Badan nak pakai lama. Kalau boleh setiap nyawa ni dipinjamkan, nak niat ibadah untuk kerja-kerja kita. Nak berbakti kepada ibu bapa kita. Nak membantu ibu bapa. Mula-mula memang takkan terasa bayar kereta 630RM sebulan menyiksakan. Belum dengan servis. Belum dengan layan benda-benda rosak yang  menuntut pembaikan.  Lama-lama setelah pengeluaran kita semakin besar tirisnya, hutang ini akan terasa mencengkam leher kita, menghempap nafas kita sampai kita tercungap-cungap.
 
“Kau seorang yang very very realistic.”Seorang kawan kata begitu pada Mak Temah.
 
Mak Temah sungguh hairan, mengapa di antara kita ada yang sukar nak menerima kenyataan benar yang berlaku sehari-hari, yang dirasakan setiap masa? Hidup ni kena realistik! Jangan tahu berangan nak berasa seperti hidup di kayangan. Dalam novel, drama, filem dan aneka media fiksyen bolehlah. Realitinya? Kalaupun hidup kita senang sejak kecil, takkan tak tahu yang roda kehidupan ni selalu berubah? Bukan selamanya kita berada di atas. Malah yang selalu di atas tulah boleh terjatuh bila-bila masa berbanding yang di bawah.
 
Jangan bangga dengan gelaran penjawat awam. Jangan megah bila bank kejar kita, tawarkan pinjaman peribadi sejumlah itu ini... sudi datang ke tempat kerja kita bila-bila masa untuk dapatkan tandatangan kita. Sanggup text kita untuk tawaran pinjaman sampai ratus ribu! Sanggup bermuka manis, lidah tak bertulang, menanam tebu di pinggir bibir. Yang menanggung hutang itu siapa sebenarnya? Yang bakal tercekik tu siapa?
 
Jangan kembang hidung apabila ramai yang ingin mendekati semata-mata kerana kita penjawat awam. Gelaran yang tersemat di dada ini sebenarnya membuka peluang kepada mereka yang berhati busuk untuk mendapatkan kita. Gelaran ini secara tidak langsung mendedahkan kita kepada orang-orang seperti mereka. Mereka yang hanya mahu mengambil kesempatan. Bukan semuaaaaaa!! Bukan semua. Tapi berhati-hatilah. Pengalaman orang lain begitu banyak di sekeliling Mak Temah sampai tak terkira dah. Paling tidak, jangan sampai kita tandatangan pinjaman peribadi untuk orang yang tak ada kena-mengena dengan kita, tak ada hubungan darah pun dengan kita, dan tak pernah tahu susah perit hidup kita. Jangan lakukan kebodohan itu kecuali kalau memang dah kena mandremmmm...atau dianiaya...
 
Berniaga! Cari pendapatan tambahan. Cari kerja sambilan. Jangan sampai kita mengabaikan kerja utama kita. Pernah seorang jin sufi cakap, “Daripada kau buat ritual menyembah jin, mintak nombor atau pergi ke makam-makam keramat untuk kaya, lebih baik kau kerja, berjimat, simpan duit. Lama-lama akan kaya juga.” Betul tu apa jin tu cakap. Orang kaya ialah orang yang tidak berhutang. Apalagi kalau kita buat bisnes sambilan. Perlahan-lahan kalau istiqamah, keuntungan tu akan nampak. Antara nak buat dengan tidak aje. Antara nak pilih jalan pintas atau jalan sebenarnya.
 
Mudah-mudahan bisnes Mak Temah akan berjalan baik. Mudah-mudahan novel Mak Temah siap pada waktunya. Mudah-mudahan Mak Temah terus menjadi penjawat awam yang bekerja untuk  beribadah kepada  Allah dan bukan untuk menjadi hamba manusia...Amin...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…