Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

MURID UNIK...

Assalamualaikum...pagi yang indah lagi aman tenteram.. Kekadang kalau nyang tengah bagi buku-buku latihan pada murid, sambil tu nyang perhatikan nama di depan buku tu. Tengok nama ayah dia orang macam familiar, nyang akan bertanya samada dia orang ada adik-beradik di sekolah yang sama atau tidak. “Syafiq, kamu ada abang tak di sekolah ni?” “Ada.” “Ooo...darjah berapa abang kamu?” “Dia sekolah jauh.” “Cikgu tanya yang satu sekolah dengan kamu. Ada tak?” “Ada tapi dia sekolah jauh.” “Cikgu tanya yang satu sekolah dengan kamu, satu rumah dengan kamu.” “Ada. Sini rumah Apiq. Sebelah sini rumah abang.” “Kalau tak satu rumah tu bukan abang kamulah.” “Tapi dia sayang Apiq.” Lain kita cakap..lain yang dia cakap... sabar jelah...

MISTERI LOBAK PUTIH DAN BARLI

Minggu lepas nyang kena jangkitan di gusi dan gigi. Bengkak dan meradang sampai ke telinga berdenyut-denyut. Sakit ke tak? Kalau dah nak menganyam mimpi di langit berbintang bulan pun tak dapat, tak sakit apa namanya... Alhamdulillah...allah bagi nyang penyakit supaya nyang ingat kepadaNya.. Pesen nyang ko ni kalau sakit, katil is the best among the best...nak tidur je 24 jam. Hanpun ka...lappy ka... segala mak nenek barang-barang elektronik ni maaf cakap jela, memang nyang humban jauh bawah katil. Nyang sangat-sangat sensitif dengan bunyi. Lipas berjalan atas tikar pun nyang boleh terjaga. Inikan pulak jarum jam yang berdetik setiap saat, memang nyang bukak baterinya dan simpan atas gerobok. Dahsyat ke nyang ko ni? hahaha... Sebab tulah dekat 10 tahun nyang jadi cikgu, nyang tak pernah pun pakai jam loceng atau pasang alarm kat hanpun nyang tu. Nyang mmg senang terbangun. Ok, sambung cerita asal. Nyang bimbang dengan sakit nyang kali ini sebab tak pernah-pernah naik ke telinga punyalah…

EKSIDEN!!

mendung kelabu macam nak hujan....tapi mendung tak bererti hujan kan... Keh keh keh... Assalamualaikum... Rajin pulak nyang korang ni nak mengupdate blog ni. Maklumlah, ada macam-macam peristiwa berlaku yang kalau tangguh-tangguh rekodkan, alamat tak tercatatlah dalam diary karan nyang ni. “Aku nak pergi pasar ni. Aku balik lambat sikit hari ni. Kalau kau nak pergi pasar sama, mehlah sama dengan aku.”Nyang masih ingat lebih kurang macam nilah ayat nyang masa ajak kawan satu kerja nyang tu ke pasar kecil. Entah kenapa semalam tu nyang balik lambat sikit. Maybe sebab nyang tak boleh solat jadi taklah terkejar-kejar sangat nak balik rumah. Lagipun nyang fikir nak terus pergi pasar, cari lauk apa nak masak nanti. Dalam kepala masa tu terbayang Ikan Tenggiri. Sedap jugak digoreng dilawankan dengan bayam tumis air. Nak stabilkan perut punya pasal, nyang nak makan lobak putih dan masakan berkuah jernih macam singgang. Tapi kawan nyang tu banyak perkara nak diselesaikannya dulu, almaklumlah dah …

MADU DI TANGAN KANANMU....

Hari ni lambat sikit balik...assalamualaikum.. Masuk 25hb je hari gajilah. Nak enjoy macam dulu? Tak dapatlah nak, nyang ko ni tengah belajar jadi susah semula. Semua benda kena catu. Alhamdulillah ada satu ansuran mudah tu dah selesai nyang lunaskan. Terasa nafas nyang ni semakin sedap nak tarik, nak. Hehe.. Ansuran kereta nyang ni insyallah kalau dunia belum kiamat lagi, tahun 2016 nanti lunaslah. Kerja makan gaji memang macam nilah nak. Biasalah..kalau boleh nyang nak cicit-cicit nyang ni jangan kerja gomenlah. Dah grad tu cubalah bukak bisnes ya. Nak jadi macam nyang ni boleh, tapi nyang tak dapat nak bermewah sangat pun. Kesian pulak ko semua yang maintenance diri tinggi tu, baik cari kerja yang hari-hari pegang duit. Macam nyang ni, jiwa nyang ni tak berapa la nak bisnes ni semua. Jiwa nyang ni nak tidur je kerjanya keh keh keh... eh meroyan pulak nyang ni kalau gelak... Nyang nak bercerita tentang sahabat baik nyang yang dimadukan. Kesian kan? Sampai nak bunuh diri bagai... luluh…

TAHU APA ITU SAHABAT?


Ramai yang selalu samakan istilah sahabat dengan kawan/teman. Sahabat ialah orang yang selalu berkata benar kepada kita dan bukan membenarkan semua perkataan kita. Sahabat bukanlah orang yang selalu berada di belakang kita walaupun kita di pihak yang tidak betul. Sahabat sejati bukan bersahabat kerana apa yang kita ada. Sahabat sejati muncul kerana dia sayangkan kita ikhlas demi Allah. Dia akan bantu waktu kita memerlukan pertolongannya. Dia akan mendengar dengan baik tatkala kita memerlukan telinganya. Dia akan menegur dan memberi nasihat untuk kebaikan kita. Itulah sahabat. Bukannya sahabat tu orang yang selalu ada waktu kita nak bershopping, tea time atau tengok wayang. Dah dapat seorang sahabat, kemudian kita sia-siakan sahabat itu. Maka diri sendirilah yang rugi. Selalunya orang begini hanya menilai seseorang berdasarkan material sahaja. Lalu muncullah kata-kata ,"Waktu aku senang, semua mengaku kawan. Waktu susah, semua lari lintang-pukang."  Sahabat sejati kekal hing…

HARIKU BERTAMBAH INDAH DENGAN GUSI BENGKAK!

assalamualaikum.. Aiyarkk...baru je cerita tentang penyakit, dah dapat gusi bengkak, meradang sampai ke urat telinga.. Allahu Akbar... Inilah bahananya kalau makan tak berhati-hati. Mentang-mentang ler kacang goreng tu sebiji macam kacang goreng buatan mak, terus je kunyah tak ingat donia... aaaa..ambik lah sedas dua... Sakitnya minta ampun apabila sisa kunyah terselit di celah gusi... sekejap je naik bengkak. Mula lah telinga berdesing, nak menelan pun tak boleh. Rasa nak melempang orang je kalau bising-bising dekat telinga. Sabar jelah.. Kumur-kumur dengan air garam ada berkurang sikit tapi takut juga kalau lebih lama nanti melarat. Sendiri juga yang susah. Kalau dah terlantar nanti, bukan ada orang boleh jaga kan.. Free je terus ke klinik. Lupa pula Ahad klinik tutup. Ke farmasi cari antibiotik. Tapi antibiotik cuma ada di klinik bhaaiii... Mahu atau tidak, beli jugaklah pain killer... sepapan 4RM. Mudah-mudahan bengkak ni surut... Ya allah..ampunkanlah dosa-dosa hamba... Sekian.

ERTI SAKIT SEBENAR

Jumaat yang indah... Assalamualaikum... Sejak suami kawan disahkan mengidap penyakit berbahaya, saya selalu membaca blog pesakit-pesakit kanser. Suami kawan disahkan mengidap Kanser Hidung Tahap 3. Walaupun tahap 3, barah tersebut belum merebak ke bahagian paru-paru. Mudah-mudahan kawan dan suaminya dapat melalui ujian getir ini dan diberi kesembuhan oleh Yang Maha Kuasa...amin... Allahu Akbar... Dahulu hanya dengar jauh-jauh saja tentang orang yang terkena barah. Sekarang cerita ini sudah boleh didengar dari dekat. Dan beberapa jenis ubat-ubatan yang tak biasa didengar, terpampang di depan mata semasa melayari blog. Juga muncul pelbagai jenis rawatan alternatif, produk-produk kesihatan yang mula fokus kepada penyakit-penyakit berat ini. Semasa saya membaca blog pesakit-pesakit ini, selain daripada saya mengambil maklumat tentang punca, emosi dan perjalanan rawatan si pesakit, saya turut membaca sesuatu tentang mereka dari sudut lain. Ada sebahagiannya menulis dengan begitu optimis dan …