Skip to main content

EKSIDEN!!


 
 
 
 
 
mendung kelabu macam nak hujan....tapi mendung tak bererti hujan kan... Keh keh keh...
 
Assalamualaikum...
 
Rajin pulak nyang korang ni nak mengupdate blog ni. Maklumlah, ada macam-macam peristiwa berlaku yang kalau tangguh-tangguh rekodkan, alamat tak tercatatlah dalam diary karan nyang ni.
 
“Aku nak pergi pasar ni. Aku balik lambat sikit hari ni. Kalau kau nak pergi pasar sama, mehlah sama dengan aku.”Nyang masih ingat lebih kurang macam nilah ayat nyang masa ajak kawan satu kerja nyang tu ke pasar kecil.
 
Entah kenapa semalam tu nyang balik lambat sikit. Maybe sebab nyang tak boleh solat jadi taklah terkejar-kejar sangat nak balik rumah. Lagipun nyang fikir nak terus pergi pasar, cari lauk apa nak masak nanti. Dalam kepala masa tu terbayang Ikan Tenggiri. Sedap jugak digoreng dilawankan dengan bayam tumis air. Nak stabilkan perut punya pasal, nyang nak makan lobak putih dan masakan berkuah jernih macam singgang.
 
Tapi kawan nyang tu banyak perkara nak diselesaikannya dulu, almaklumlah dah gaji kan, banyaklah bil-bil nak dilunaskan lebih dulu agaknya, tak dapatlah nak satu kereta dengan nyang. Nyang pun tak kisah je. Nyang ajak tu fasal nyang kesian je. Dia belum mahir pegang stereng. Kalau pergi sekolah pun lalu jalan kampung je kan.
 
Cari punya cari, last-last Ikan Kembung Batu jugak yang nyang sauk. Keh keh keh... Dulu anti betul dengan ikan ni pasal dagingnya yang keras. Tapi sekarang kenapa sedap pulak rasa ikan kembung ni? Lembut dan enak. Ke sebab nyang masak sedap? Atau sebab gigi nyang dah keras sebab tu ikan kembung tu rasa lembut pulak? Eh gigi memang ler keras. Entah apa-apa...
 
Nyang pun balik rumah then bersilatlah di dapur. Malas nak makan dulu sebab perut masih penuh. Tilam pun dah memanggil-manggil nyang ni... kata tilam ; nyang...mari sini nyang...
 
Nyang pun apalagi...bagai orang ngantuk disorokkan bantal...nyang pun cuba nak menghenyakkan tubuh comel nyang ni ke atas katil tapi....
 
Tut..tut...tut...tut... hanpun berbunyi pulak...
 
“nyang...ko kat mana ni nyang...aku eksiden kat pasar...”Suara member serak-serak sebab menangis teresak-esak...
 
Nyang pun start enjin dan berdezup pergi pasar. Allah...eksiden macam mana pulak member nyang ni pasal nyang memang dah tahu sangat dia kalau drive siput sedut pun laju. Nyang kalau sebelah dia waktu dia drive, nyang tarik nafas je panjang-panjang. Biar ler bawak 50km sejam pun. Yang buat nyang kecut usus tu bila dia selalu sangat termasuk lane bertentangan. Nak katakan rabun, tak pakai cermin mata pulak. Tapi macam mana lah kau boleh masuk lane orang? Adehh...
 
Sampai di tempat kejadian, nyang geleng-geleng kepala je. Tersenyum sendiri. Kawan nyang nak keluar simpang tiga. Dia nak ke kanan. Tup-tup bila dah belok kanan tu, berlanggar dengan Wira Putih. Terkejut sebab terlanggar, kawan nak tekan brake tertekan pedal minyak. Apalagi...terbang sampai ke rumah ketiga dari simpang tu.
 
Nyang tahu member nyang memandu macam mana. Nyang pasti Wira tu laju memandangkan drebarnya pun amoi umur 19 tahun. Nyang tahu member nyang tak pandai nak laju-laju di jalan.
 
“Siapa drebar Wira tu yek?”soal nyang kemudian. Lepas tu nyang tengok budak rambut rebonding bercermin mata tu.
 
“Mesti laju nih...”selamba nyang cakap. Amoi tu diam je. Apa tak lajunya, sampai kemek teruk Wira tu jadinya. Kancil member pulak terbarai bumper depan, lampu kereta pecah dan kemek sana sini.
 
Laluan tu memang laluan nyang tiap kali balik dari pasar. Nyang tau orang-orang yang dari arah kiri bawak kereta macam pelesit pasal dia tahu tu jalan dia kan. So dah ada mindset yang orang keluar simpanglah perlu beri laluan. Dan nyang cukup hapal macam mana kawan nyang ni memandu. Tengok muka amoi 19 tahun tu nampak kecik besar kecik besar je kt mata nyang ni. geram!
 
Tapi yang buat nyang tersenyum tu, habis kebun bunga nyonya tu berantakan dek penangan kancil member. Pasu pecah sana sini. Tanah pasu bersepah-sepah, berselerak. Tiang besar tempat letak peti surat terkopek.
 
Nasib baik tak ada budak kecil main-main basikal waktu-waktu macam ni. Atau orang berjalan kaki. Kalaulah ada...nauzubillah min zalik...
 
So, member nyang trauma. Menangis je. Susu pulak bengkak sebab seharian kat balai polis buat report sampai tak dapat nak susukan baby. Nasib baik baby baik je, tak meragam.
 
Kesimpulannya, Allah memang dah takdirkan member akan kemalangan semalam. Sebab tu bila nyang ajak dia sama-sama dengan nyang, dia tak jadi nak ikut. Dan selalunya kalau pergi pasar, member akan bawak anak dia nombor dua. Tapi semalam tu dia pergi seorang diri. Kalau memang dah nak kena kata orang...
 
 
 

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…